Berita Terkini

Pemimpin terbaik adalah ulama

Foto kredit: qualitydigest.com

Pertama sekali saya mahu tanya anda wahai muslimin dan muslimat, siapakah contoh terbaik dalam hidup anda? Sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat kan?

Justeru, Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat besar menjadi pemimpin @ ketua negara. Dan para sahabat yang menjadi pemimpin @ Khulafa' Ar-Raasyidin itu juga adalah ulama', pewaris nabi. Dan di kalangan mereka tiada yang jahil, kerana sudah tentu mereka adalah orang-orang alim dengan ilmu agama.

Oleh itu adalah jelas, contoh terbaik untuk menjadi seorang pemimpin negara adalah seorang yang alim dengan ilmu agama. Kemudian penasihat-penasihatnya lah yang mesti alim dengan ilmu-ilmu lain seperti ilmu undang-undang, ilmu ekonomi, ilmu ketenteraan, ilmu sejarah dan macam-macam ilmu lagi yang bermanfaat.

Mudah dan jelas untuk difahami, maka adakah kita masih mahukan pemimpin yang jahil dalam ilmu agama? Tepuk dada tanya iman anda. Adakah anda mahukan seorang yang jahil memimpin hidup anda? Ke mana anda akan pergi nanti kalau bukan ke kubur dan alam akhirat?

Jika seorang pemimpin jahil itu sudi menerima teguran dan pendapat ulama', boleh lah tahan lagi. Tetapi bagaimana jika pemimpin jahil tersebut tidak mahu mendengar teguran dan pendapat ulama? Malah ulama' pula yang ketakutan untuk menegur, kerana dikhuatiri hilang periuk nasi dan dipecat.  Dan hanya ulama yang betul-betul takut pada Allah saja yang berani menegur. Itu pun bukannya pemimpin jahil itu mahu mendengarnya.


Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- "Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."   (Hadits Riwayat Muslim)

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." (Hadits Riwayat Ahmad)

Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Kadang-kadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutar-belitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.

Daripada Anas r.a. dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik."  (Hadith Riwayat Ibnu 'Adi).

Abdullah ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka. (Hadith Riwayat Ibnu Majah). [1]

Sepertimana yang kita lihat sekarang lah, agama sudah diasing-asingkan dengan politik, maka menjadilah sekular. Dan malangnya, ada juga ulama' yang senang dan memperjuangkan sekular itu, na'uzubillah.



Pemimpin adalah contoh tauladan kepada yang dipimpin

Imam al-Ghazali rahimahullah berkata, "Ketahuilah bahawa jawatan khalifah selepas Nabi S.a.w dipegang oleh Khulafa' ar-Rasyidin dengan petunjuk Allah (iaitu Abu Bakr, Umar, Utsman dan Ali). Mereka adalah imam, ahli ilmu dan faham segala hukum Allah. Bebas mengeluarkan fatwa dan mampu menyelesaikan segala peristiwa hukum. Tidak perlu meminta bantuan ahli-ahli hukum Islam (fuqaha'). Kalau pun ada maka amat jarang sekali, iaitu mengenai peristiwa-peristiwa yang harus dimesyuaratkan." [2]

Seorang pemimpin adalah 'role model' / contoh tauladan kepada orang-orang bawahan. Adalah sangat tidak bagus seorang pemimpin menunjukkan contoh yang buruk kepada rakyat. Usahkan soal-soal lain, kalau isteri sendiri pun tidak boleh dipimpin untuk menutup aurat dengan betul, bagaimana dia nak pimpin rakyat keseluruhannya?

Jika isterinya sendiri tidak menutup aurat dengan betul sebagai contoh, maka rakyat akan semakin mempermudahkan lah hukum tutup aurat bagi seorang wanita. Apa tidaknya, bagaimana untuk seorang rakyat wanita merasa bersalah jika tidak menutup aurat, jika dia boleh menjawab, "isteri pemimpin kita pun tidak tutup aurat, so why not us?"

Pemimpin sebuah negara pun sebaik-baiknya dapat juga menjadi Imam dalam solat. Kerana isyarat telah diberikan oleh Rasulullah S.a.w ketika hampir wafatnya baginda S.a.w. Beliau memerintahkan agar Abu Bakr r.a menjadi Imam solat waktu itu.

Imam Ibnu Katsir dalam kitab Al-Bidayah wan Nihayah menceritakan, dari Abdullah ibnu Zam'ah  ibnu al-Aswad ibnu al-Muthalib ibnu Asad dia berkata, "Ketika Rasulullah sakit, aku berada di sisinya bersama beberapa orang dari kaum Muslimin, kemudian Bilal mengumandangkan azan, maka Rasulullah S.a.w pun bersabda, "Perintahkan agar seseorang menjadi imam kaum Muslimin." Maka aku keluar dan di sana aku bertemu Umar, sementara Abu Bakr ketika itu tidak kelihatan, maka aku katakan kepada Umar, "Bangkitlah wahai Umar dan majulah anda menjadi Imam solat. Maka Umar berdiri dan mulai bertakbir. Tatkala Rasulullah S.a.w mendengar suara Umar, Rasulullah S.a.w berkata;

"Mana Abu Bakr? Sesungguhnya Allah dan kaum Muslimin tidak akan rela dengan perkara ini, sesungguhnya Allah dan kaum Muslimin tidak akan rela dengan perkara ini."

Maka diutus orang untuk mencari Abu Bakr dan akhirnya beliau datang setelah Umar selesai melaksanakan solat dan Abu Bakr kembali solat mengimami manusia.

Disamping itu, Abu Bakr as-Siddiq r.a juga adalah yang paling alim di antara para sahabat. Ini diakui sendiri oleh Abu Sa'id, dia berkata, "Rasulullah S.a.w pernah berpidato sambil berkata, "Sesungguhnya Allah menyuruh seorang hamba memilih antara dunia dan apa-apa yang dijanjikan-Nya di sisi-Nya, namun hamba tersebut memilih apa yang ada di sisi Allah."

Abu Sa'id berkata, "Seketika itu Abu Bakr menangis, dan kami hairan kenapa beliau menangis, padahal Rasulullah S.a.w hanya menceritakan seorang hamba yang diberi pilihan. Namun akhirnya kami faham bahawa Rasulullah tahu siapa hamba yang dimaksudkan tersebut, kerana itu maka Abu Bakr lah yang paling alim di antara kami."  [3]

Begitu jugalah halnya dengan kesungguhan pemimpin mahukan Islam , terutamanya Undang-undang Islam agar tertegak. Jika pemimpin sendiri seperti tidak bersemangat untuk menegakkan Undang-undang Islam, bagaimana mahu rakyat semuanya bersemangat? Sedangkan Undang-undang Islam itu WAJIB dilaksanakan oleh pemimpin, bukannya sunat, harus, makruh dan sebagainya.

Sepertimana pemimpin dalam solat, yang biasa kita panggil tok imam, mestilah dipilih yang utamanya adalah orang yang alim dalam ilmu tajwid AlQuran. Kerana dia yang akan membaca dengan kuat bacaan dalam solat, dan mewakili jemaah keseluruhannya. Jika pincang bacaan imam, maka pincanglah dilihat jemaah tersebut.

Apa lagi dalam bab cara hidup manusia. Islam is 'the way of life' / 'cara hidup', maka untuk kehidupan lebih baik dan diredhai oleh Allah, mesti dipimpin oleh orang yang ada ilmu tentang cara hidup yang diredhai oleh Allah juga.


Kesimpulan

Ulama melihat dari kaca mata Islam, sedangkan orang jahil melihat dari kaca mata kepala otak sendiri semata-mata. Sedangkan manusia dicipta oleh Allah S.w.t, dan Islam adalah satu-satunya agama yang diredhaiNya.

Jika kita sudah tahu diri ini jahil tentang agama dan selok-belok hukum-hakamnya, tidak arif dengan ilmu Tauhid, Feqah, Madkhal Ulum Quran, Al-Quran Mufassar, Musthalah Hadits dan sebagainya, tak payah lah bercita-cita sangat untuk menjadi pemimpin, hanya kerana mahukan kemewahan dan kemegahan duniawi.

Maka apa lagi yang lebih baik untuk menjaga manusia selain dari Islam? Siapa lagi yang lebih faham tentang diri manusia zahir dan batin melainkan Allah ta'ala? Maka manusia mana lagi yang lebih baik untuk menjaga dan memimpin manusia selain dari manusia yang faham dengan suruhan-suruhan dan larangan-larangan Allah, dan faham Islam dengan sebaiknya?  Renung-renungkan dan selamat beramal , jazaakumullahu khoirol jazaa' :)

Brunei nak laksana Undang-undang Islam


Rujukan:

1 - Abu Ali al-Banjari An-Nadwi - 40 hadith tentang peristiwa akhir zaman.
2 - Imam al-Ghazali - Ihya Ulumuddin, Juz 1, Kitab Ilmu.
3 - Imam Ibnu Katsir - Al-Bidayah wan Nihayah.

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.