Berita Terkini

Politik kutuk mengutuk sukar untuk menarik hati pihak lawan

Politik kutuk mengutuk
Di negara mana pun kita akan dapat lihat, budaya politik kutuk-mengutuk antara satu sama lain ini tidak berkesudahan dari dulu lagi. Sebelah pihak akan sentiasa cuba mencari kesalahan pihak yang satu lagi, tanpa memikirkan bahawa pihaknya sendiri mungkin juga membuat kesalahan yang sama.

Dan budaya itu juga berlaku di negara kita ini sejak dari zaman penjajah British lagi. Dan itulah di antara hasil peninggalan British pada kita, iaitu kita sesama kita bercakaran sesama sendiri.

Sebenarnya, jika kita teliti dan amati betul-betul, budaya kutuk-mengutuk ini tidak akan menyelesaikan kes, malah makin membuatkan keadaan bertambah parah. Ia umpama virus yang merbahaya yang boleh merebak ke mana saja dan kepada siapa saja.

Maka bagi mereka yang berjuang ingin memartabatkan agama Islam dan mengembalikan kegemilangannya, tiada cara yang lebih baik lagi melainkan ikut kaedah yang pernah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w.  Memang amat banyak jika hendak diceritakan, dan tidak akan muat dalam ruangan tulisan di sini, tetapi mari kita tumpukan kepada kaedah dalam menarik hati orang lain agar suka kepada apa yang kita bawa, apa lagi yang kita bawa ini adalah satu kebenaran dan untuk kebaikan orang ramai.

Kita lihat saja, rata-rata orang-orang kafir termasuk Yahudi di zaman Rasulullah s.a.w memeluk Islam pertamanya kerana akhlak Rasulullah sendiri yang sangat mulia dan terpuji. Jika kita baca kisah-kisah nabi dan sahabat, maka kita akan dapati ramai mereka yang peluk Islam selepas kagum dengan akhlak baginda.

Begitu juga jika kita lihat kisah-kisah mualaf, atau kisah-kisah orang memeluk Islam di zaman sekarang, hampir kesemuanya dapat hidayah kerana tertarik dengan akhlak dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Muslim yang dia kenali. 

Ini kerana dengan akhlak mulia lah dapat menyentuh hati manusia lain walaupun seorang yang berhati keras macam batu kelikir. Apa lagi jika mahu menarik hati mereka-mereka yang berhati lembut dan ada taman di dalamnya.


Isikan minda masyarakat dengan ilmu

Kita mesti tahu bahawa masih ramai umat Islam di negara kita yang masih boleh dikatakan jahil (terutamanya jahil feqah politik) dan belum mengerti dan mengetahui sepenuhnya ajaran dalam Islam. Ini kerana matapelajaran Agama Islam sejak dari zaman British lagi sudah banyak ditapis. Maka jika seseorang itu hanya bergantung kepada pengetahuan agama yang dia belajar di sekolah rendah dan menengah sahaja, payah lah jadinya untuk dia faham betul-betul apa sebenarnya kandungan dalam Islam. Untuk itu , tugas mereka yang lebih mengetahui lah untuk mendidik dan memberi kefahaman kepada mereka yang masih belum faham.

Tetapi jika kita mahu memberi kefahaman sambil mengutuk mereka, secara logiknya itu tidak akan memberi kesan yang baik. Ibarat kita mahu suruh seorang kanak-kanak solat, tetapi kita mengutuknya terlebih dahulu, contohnya dengan berkata, "Kamu ni nak jadi apa!?" , tanpa kita beritahu dengan sebaiknya kelebihan dan kenapa perlu bersolat.  Maka mungkin dia akan bersolat kerana dipaksa oleh kita, tetapi adakah dia akan ikhlas dan faham?  Apatah lagi jika kita suruh seorang dewasa untuk solat dengan cara kasar dan mengutuknya, mungkin dia terus tidak akan solat kerana marah pada kita.

Bukan lah saya kata kita langsung tidak boleh marah, tetapi biarlah bertempat dan dengan bijaksana, bukan sekadar melepaskan kemarahan kita kerana tidak puas hati, kemudian mengutuk untuk memuaskan hati kita tanpa memikirkan apa kesannya kepada individu yang kita kutuk.

Justeru, sebaiknya kita bekalkan kepada mereka-mereka yang masih tidak mengerti itu dengan ilmu-ilmu. Ceritakan kepada mereka tentang Islam itu syumul (menyeluruh), dari sekecil perkara hinggalah kepada pemerintahan sebuah negara. Islam itu indah dan Undang-undang Islam sudah pasti indah juga. Ceritakan kisah-kisah pemerintahan zaman nabi dan sahabat, juga pemerintahan oleh khalifah-khalifah contoh seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan sebagainya.

Sekurang-kurangnya itu pun satu usaha menyebarkan ilmu, dan ia adalah satu amal soleh. Biar lah banyak dilakukan pengulangan pun, kerana manusia ini memang selalu lupa dan selalu mesti diperingatkan.

Sepertimana yang diberitahu dalam ucapan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Pas ke 57 yang lalu, mesti menggunakan bahasa yang difahami dan uslub yang menarik untuk menarik pengundi. Jangan gunakan bahasa yang dapat halau pengundi.  Mesti menggunakan cara yang bijaksana , bukan yang bijaksini dan syok sendiri. Perlu mendekati mereka-mereka yang tidak mengerti.


Biar lah orang lain kutuk kita

Kalau lah kita boleh contohi perjalanan dakwah nabi dulu kan bagus, walau dilontar najis, walau dimaki hamun, walaupun dihina dan sebagainya, Nabi Muhammad s.a.w tetap sabar dan istiqomah mengajak orang ke jalan yang benar.

Apa lagi jika kita mahu mengajak orang yang sudah muslim agar lebih faham lagi Islam dan menerima Islam sepenuhnya termasuklah Undang-undang Islam. Biarkan orang memaki hamun, kerana itu adalah contoh perangai orang-orang musyrikin Quraisy dan Yahudi dulu. 

Malangnya kita sekarang ini kurang sabar, dan selalu mahu membalas kutukan dengan kutukan juga. Jika berterusan begitu, apa lah contoh yang baik yang kita boleh berikan pada pihak lawan?

Islam turun dengan hujjah, maka marilah kita berhujjah dengan dalil-dalil serta perkataan-perkataan yang bijaksana dengan fakta-fakta ilmiah.  Hanya orang jahil yang tiada hujjah. Apabila tiada hujjah, maka mulalah mereka merepek-meraban, bercakap mengikut ideologi masing-masing semata tanpa panduan dari wahyu ilahi, mengutuk sesuka hati, mencarut dan sebagainya. Maka orang yang berilmu jika melayan sangat karenah orang jahil, maka dengan dia sekali jadi seperti orang jahil.

Terus-terang saya katakan, ramai umat Islam di luar sana yang berhati baik dan mahukan kebaikan bagi negara juga. Tetapi mereka tidak banyak tahu dan belajar tentang Islam, akibat tapisan pelajaran agama sejak zaman penjajahan British itu. Apalagi ramai yang sudah terpengaruh dengan media massa prima seperti televisyen dan radio yang sudah terang-terang dikuasai oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab. Ramai di antara mereka bukannya gila dunia sangat, tetapi mereka tidak nampak kebaikan yang dibawa oleh mereka-mereka yang mengaku berjuang untuk Islam kerana AKHLAK yang tidak baik dipamerkan oleh pejuang-pejuang itu.

Sepertimana jika diadakan ceramah di mana-mana, penceramah-penceramah pun asyik mengutuk dan mengata pihak yang satu lagi. Maka bagaimana nak menarik hati orang supaya mendengar? Kalau setakat bersemangat memberi ucapan kerana mendapat tepukan gemuruh dari penyokong-penyokong, itu namanya syok sendiri. Apa hikmahnya jika berceramah berapi-api tetapi pihak yang sebelah sana semakin lari?  Inilah yang menjadikan kelemahan kita selama ini.


Penutup

Marilah sama-sama kita beri penerangan kepada masyarakat semua bahawa Islam itu indah. Segala-gala tentang Islam itu adalah indah termasuklah Undang-undang Islam.  Allah Maha Indah, Dia suka kepada yang indah-indah. Dan begitulah Dia merangka undang-undang yang indah untuk manusia ikuti dan patuhi. Keindahan Undang-undang Islam akan terserlah apabila diamalkan, setelah maksiat dan jenayah berkurangan dan mungkin pupus kesan darinya, insyaAllah.

Tugas kita semua adalah untuk dakwah @ mengajak, bukan mengutuk, itu yang kita mesti betul-betul ingat dan muhasabah diri. Dan paling penting , kita perlu mengajak orang-orang yang masih belum beriman agar beriman dengan Allah s.w.t.  Itu adalah tugas kita semua, bukan tugas para ustaz dan ustazah saja.

Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jeilani dalam kitab Sirr Al-Asraar , "Orang yang berilmu menyeru dengan lemah lembut dan baik hati, sementara yang jahil menyeru dengan kasar dan kemarahan."

"Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan contoh pengajaran yang baik dan berdailoglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah Al-Nahl : Ayat 125)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.