Berita Terkini

Jahil feqah politik jadi punca salah faham Negara Berkebajikan


Konsep asas negara berkebajikan
Sepatutnya mereka-mereka yang masih tidak faham dengan konsep Negara Berkebajikan yang mahu dibawa oleh PAS, perlu membaca dan memahami dengan teliti dulu sejarah pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Dimana Khalifah Umar berjaya membasmi kemiskinan rakyatnya hingga TIADA seorang pun yang layak menerima zakat, masyaAllah.

Acuan inilah yang sepatutnya kita turuti. Tapi sekarang masih tak habis-habis mahu ikut acuan barat, macam lah barat itu dapat membawa kebahagiaan kita di dunia dan di ahirat yang paling penting.

Jika terus dengan keadaan kerajaan Sekular yang dipengaruhi British sekarang ini, maka jurang ekonomi dan gaya hidup manusia akan bertambah jauh lah, dek mengejar kemajuan hingga lupakan nasib golongan bawahan dan yang ketinggalan.

Akibat mengejar kemajuan sangat, maka jangan salahkan orang lain nanti jika semakin banyak jenayah mencuri, merompak, meragut, memecah rumah dan seumpamanya, kerana hasil dari jurang ekonomi yang jauh berbeza dan manusia bermegah dan berbangga dengan harta kekayaan masing-masing, na'uzubillah.

Apa lah salahnya jika KEKAYAAN NEGARA dikongsi sama rata, sama adil dan saksama. Biar semua orang senang, tenang dan dapat amal ibadat dengan baik sekali. Semoga dapat menjadi contoh yang sangat baik kepada negara-negara lain. Jangan terlalu ikutkan keadaan negara lain, kita semua diberikan AKAL FIKIRAN oleh Allah s.w.t untuk melakukan suatu yang terbaik.

Jika semua senang, semua dapat sama rata, insyaAllah tiada hasad dengki, busuk hati, mencuri, merompak dan sebagainya tu. Tetapi apakan daya kan, MANUSIA ni kalau diberi segunung emas pun masih tak cukup, dan nak segunung lagi. Dah kaya kemudian nak jadi JUTAWAN pulak. Itu yang menjadi MASALAH SEMASALAHNYA sebenarnya.

Berikut adalah laporan dari Harakah Daily hari ini, ulasan Ayah Cik @ Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang mengenai Negara Berkebajikan dan punca salah faham terhadapnya.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Orang yang jahil terhadap feqah politik Islam terus menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibawa oleh PAS adalah sama dengan pentadbiran kerajaan Malaysia yang ada pada waktu ini.

Malah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ada yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan adalah sama dengan istilah welfare state yang diamalkan di negara Britain dan Sweden atau liberal welfare state yang diamalkan di Amerika Syarikat.

Justeru, katanya buku kecil Konsep Asas Negara Berkebajikan perlu lahir untuk memberikan penjelasan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS adalah tidak sama dengan negara kebajikan (welfare state) yang difahami oleh kalangan pengamal sains sosial dan sains politik pada waktu ini.

“Apa yang ingin ditekankan dalam buku ini ialah bahawa pemahaman terhadap konsep Negara Berkebajikan perlu bermula dengan memahami makna, dasar, konsep dan cara pelaksanaannya melalui sumber asasi ajaran Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan kepada seluruh agenda PAS mengikut perlembagaannya [Fasal 5(1) dan Fasal 7(1)] dan bukan hanya slogan politik pilihan raya semata-mata,” jelasnya dalam buku tersebut.

Hakikatnya, kata beliau bahawa Negara Berkebajikan adalah berbeza dengan Negara Kebajikan (welfare state) kerana banyak perbezaan dari segi dasar, objektif dan wawasannya walaupun terdapat sedikit persamaan tertentu dari aspek fizikal yang ingin dibangunkannya tetapi berbeza dari segi semangat rohnya.

Jelasnya, aspek fizikal mungkin ada kesamaan atau selari tetapi tamadun Barat meninggalkan aspek rohani atau pembangunan jiwa.

“Inilah yang difahami oleh umat Islam bahawa tugas manusia adalah untuk melaksanakan ibadah, amanah dan menegakkan agama dan seterusnya mentadbir urusan dunia menggunakan panduan agama dalam erti katanya yang sebenar dan universal,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Menurutnya, Islam mengajar orang yang beriman bukan sahaja menerima yang terbaik daripada al-Quran dan as-Sunnah tetapi juga menerima pandangan manusia terbaik dan kebijaksanaannya walau dari mana sekalipun.

Ini, ujarnya dihuraikan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Kebijaksanaan itu laksana barang berharga yang jatuh tercicir kepunyaan seseorang yang beriman di mana sahaja sahaja dia menemuinya, maka dialah yang berhak memungutnya.

Beliau menambah, penjelasan yang ringkas melalui buku Konsep Asas Negara Berkebajikan tentunya tidak mencukupi, maka berkewajipanlah kalangan ilmuan Islam memanjangkannya dengan kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh.

Justeru, tambahnya perbincangan dan seminar sama ada secara kecilan atau lebih besar wajar dijadikan suatu medium untuk mencambahkan lagi penbendaharaan ilmu dan maklumat mengenai Negara Berkebajikan yang menjadi kepunyaan kita semua.

[Harakah Daily]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.