Berita Terkini

Sibuk dengan fahaman Wahabi dan Syiah, bagaimana dengan fahaman Sekular?

Fahaman Sekular
Baru-baru ini ditimbulkan kembali tentang adanya fahaman Wahabi di kalangan beberapa orang ulama' negara ini dan dikaitkan juga dengan kerajaan Arab Saudi. Kelmarin 8 Ogos, ditimbulkan pula munculnya sebuah buku yang membawa fahaman Syiah di Perlis, yang bertajuk 'Inilah Khulafa Ar-Rasyidin Rasul, Dialog Mengenai Islam dan Akhirnya Kutemui Kebenaran'.

Bagaimana pula dengan Fahaman Sekular yang sejak British menjajah Malaya dulu lagi sehingga kini masih merajalela? Jika ada lagi yang tidak tahu apa itu Fahaman Sekular, Sekular ialah memisahkan AGAMA dengan PEMERINTAHAN.

Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat serta khalifah-khalifah Islam dulu menjadi pemimpin dan melaksanakan Undang-undang Islam, tetapi mengapa kita sekarang lebih membesarkan Undang-undang ciptaan British dan manusia? Allahu akbar atau British akbar? Fikirlah dalam-dalam dan belajarlah tentang Islam dengan sebaiknya, bukan memandai-mandai dalam Islam ikut kepala otak kita tanpa panduan dari AlQuran dan AsSunnah.

Sejak British jajah Malaya dulu, Undang-undang Islam yang pernah dijalankan di Tanah melayu ini telah dibuang, kemudian kita semua dididik dengan Agama Islam yang telah ditapis di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah. Sehinggakan kini, umat Islam sendiri TIDAK FAHAM dengan Undang-undang Islam, TAKUT apabila disebut HUKUM HUDUD, hinggakan ada yang MENOLAK UNDANG-UNDANG ISLAM, dan mengatakan ianya TIDAK SESUAI dilaksanakan di zaman moden ini, na'uzubillah.

Sampai begitu sekali kita telah dididik oleh British, sejak Perdana Menteri Malaysia yang pertama terbang ke London, dan menandatangani perjanjian untuk MERDEKA, yang antaranya mesti menerima PERLEMBAGAAN British.

Hinggakan ramai umat Islam yang ada hari ini sudah tidak kenal mana yang betul , mana yang salah. Hinggakan tidak segan-segan silu lagi mengutuk alim-ulama' , bermulut celupar dan suka berkata-kata kesat dan mencarut, ditambah lagi dengan makin banyaknya maksiat, jenayah, murtad, ajaran sesat dan sebagainya.



Sekularisme

George Jacob Holyoake (1817-1906)
Sekularisme adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama.

Dalam satu segi, sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama. (Lihat juga Pengasingan gereja dan negara dan Laïcité.) Dari segi lain, ia merujukkan pada pandangan bahawa aktiviti manusia dan keputusan, khususnya yang berpolitik, harus berasaskan pada bukti dan fakta yang tidak berat sebelah dengan pengaruh keagamaan.

Sekularisme mendapatkan akar intelektualnya dari ahli falsafah Greek dan Rom seperti Marcus Aurelius dan Epicurus, polymath Islam zaman pertengahan seperti Ibn Rushd, pemikir Kesedaran seperti Denis Diderot, Voltaire, John Locke, James Madison, Thomas Jefferson, dan Thomas Paine, dan pemikir bebas, agnostik dan ateis seperti Bertrand Russell dan Robert Ingersoll.

Istilah 'sekularisme' pertama kali digunakan oleh pengarang British George Holyoake pada 1851. Walaupun istilah itu baru, tanggapan umum pemikiran bebas pada mana ia berasas telah wujud di sepanjang sejarah.  [Wikipedia]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.