Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat serta khalifah-khalifah Islam dulu menjadi pemimpin dan melaksanakan Undang-undang Islam, tetapi mengapa kita sekarang lebih membesarkan Undang-undang ciptaan British dan manusia? Allahu akbar atau British akbar? Fikirlah dalam-dalam dan belajarlah tentang Islam dengan sebaiknya, bukan memandai-mandai dalam Islam ikut kepala otak kita tanpa panduan dari AlQuran dan AsSunnah.
Sekularisme
George Jacob Holyoake (1817-1906)Sekularisme adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama.
Dalam satu segi, sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama. (Lihat juga Pengasingan gereja dan negara dan Laïcité.) Dari segi lain, ia merujukkan pada pandangan bahawa aktiviti manusia dan keputusan, khususnya yang berpolitik, harus berasaskan pada bukti dan fakta yang tidak berat sebelah dengan pengaruh keagamaan.Sekularisme mendapatkan akar intelektualnya dari ahli falsafah Greek dan Rom seperti Marcus Aurelius dan Epicurus, polymath Islam zaman pertengahan seperti Ibn Rushd, pemikir Kesedaran seperti Denis Diderot, Voltaire, John Locke, James Madison, Thomas Jefferson, dan Thomas Paine, dan pemikir bebas, agnostik dan ateis seperti Bertrand Russell dan Robert Ingersoll.Istilah 'sekularisme' pertama kali digunakan oleh pengarang British George Holyoake pada 1851. Walaupun istilah itu baru, tanggapan umum pemikiran bebas pada mana ia berasas telah wujud di sepanjang sejarah. [Wikipedia]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)