Berita Terkini

Kisah di sebalik kenapa kita dilarang Beristinjak dengan Kotoran dan Tulang Haiwan

Tulang haiwan
Dikeluarkan oleh at-Tirmidzi dari Abdullah bin Mas'ud, dia mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;

 لَا تَسْتَنْجُوا بِالرَّوْثِ، وَلَا بِالْعِظَامِ، فَإِنَّهُ زَادُ إِخْوَانِكُمْ مِنَ الْجِنِّ

"Janganlah kalian beristinjak dengan kotoran binatang dan dengan tulang. Kerana sesungguhnya ia adalah bekal saudara-saudara kalian dari bangsa Jin."


Sababul Wurud (sebab muncul) Hadits

Dikeluarkan oleh ath-Thabrani juga Abu Nu'aim dalam ad-Dala'il dari Ibnu Mas'ud, dia mengatakan: "Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w di Makkah, beliau sedang berada bersama beberapa orang shahabat beliau, ketika itu beliau berkata: "Hendaklah berdiri bersamaku seorang lelaki (dari kalian), dan janganlah sekali-kali berdiri (bersamaku) seorang lelaki yang di hatinya terdapat dusta seberat dzarrah." 

(Dia berkata): "Maka aku berdiri bersama beliau, dan mengambil kantung air sedangkan aku tidak fikir itu kecuali air. Lalu aku pun keluar (bersama Rasulullah s.a.w) hingga tatkala kami berada di hujung Makkah aku melihat makhluk yang sangat banyak berkumpul." (Dia berkata): "Maka Rasulullah s.a.w menggariskan kepadaku sebuah garis, kemudian (beliau berkata): "Berdirilah di sini hingga aku datang kepadamu." (Dia berkata): "Maka aku pun berdiri dan (Rasulullah s.a.w) pergi kepada mereka. Aku pun melihat mereka bergegas dengan cepat menuju kepada beliau." 

(Dia berkata): "Dan Rasulullah s.a.w bergabung bersama mereka dalam (satu malam) yang panjang, (hingga) datanglah beliau kepadaku ketika fajar." Maka beliau berkata: "Engkau masih berdiri di sini, wahai Ibnu Mas'ud?" Dia berkata: "Maka aku berkata kepada beliau: 'Wahai Rasulullah, bukankah engkau telah berkata kepadaku, 'berdirilah di sini sampai aku datang kepadamu?' Dia berkata: "Kemudian beliau berkata kepadaku: "Apakah engkau mempunyai (air untuk) berwudhu?" Dia berkata: "Maka aku menjawab: "Ya." Lalu aku pun membuka kantung air. Ternyata itu adalah nabidz *. Dia berkata: "Maka aku berkata kepada beliau: "Wahai Rasulullah, demi Allah aku telah membawa kantung air, dan aku tidak mengiranya kecuali itu adalah air. Rupa-rupanya ia adalah nabidz."

Maka Rasulullah s.a.w bersabda: "Buah yang baik dan air yang suci." Dia berkata: "Kemudian beliau wudhu' dengannya. Maka ketika beliau berdiri dan shalat, dua orang dari mereka mengetahui beliau, dan keduanya berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Wahai Rasulullah, kami menginginkan engkau mengimami kami dalam shalat kami." Dia berkata: "Maka Rasulullah s.a.w membariskan keduanya di belakang beliau, kemudian shalat bersama kami. Ketika keduanya telah pergi aku pun berkata kepada beliau:, "Siapakah (mereka itu), wahai Rasulullah?" Beliau menjawab: "(Mereka adalah) dua jin yang beruntung. Mereka datang kepadaku dalam perkara-perkara yang ada di antara mereka. Dan mereka telah bertanya kepadaku mengenai perbekalan mereka, dan aku telah memberi mereka bekal."

(Dia berkata): "Aku pun bertanya (kepada beliau, "Lalu apakah engkau mempunyai sesuatu untuk memberi mereka bekal, wahai Rasulullah?" Dia berkata: "Maka beliau bersabda, "Aku telah memberi mereka bekal." Aku pun bertanya, "Lalu apa yang engkau bekalkan kepada mereka?" Beliau berkata: "Ar-raj'ah (kotoran), dan apa yang mereka dapati dari kotoran haiwan, mereka dapati (sebagai gandum), (dan apa yang didapati oleh mereka) dari tulang, mereka dapati sebagai pakaian." (Dia berkata): "Dan sejak itulah Rasulullah s.a.w melarang bersuci dengan kotoran haiwan dan tulang."


Penjelasan sababul wurud hadits

Hadits dengan lafazh Ahmad (1/459), dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra (1/9:12), dengan lafazh yang hampir serupa. Juga al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan tambahan: "Beliau (S.a.w) menggaris dengan kaki beliau sebuah garis. Kemudian memerintahkan aku untuk duduk di sana. Lalu beliau berangkat kemudian beliau berdiri dan mulai membaca al-Qur'an. Maka beliau dikerumuni banyak makhluk yang menyebabkan aku dan beliau terpisah, sehingga aku tidak dapat mendengar suara beliau. Kemudian mereka pergi dan mulai terputus sebagaimana terputusnya awan dan mereka pergi, hingga tinggallah beberapa orang dari mereka. Rasulullah s.a.w pun selesai bersamaan dengan terbitnya fajar, dan beranjak, maka beliau pun muncul kemudian mendatangiku seraya berkata, "Apa yang dilakukan mereka?" Aku pun berkata, "Itu mereka wahai Rasulullah." Maka beliau mengambil tulang dan kotoran binatang dan memberikannya kepada mereka (sebagai bekal) kemudian beliau melarang...," al-hadits. Al-Hakim tidak berkata apa-apa mengenai hal tersebut. Sementara adz-Dzahabi mengatakan: "Hadits shahih menurut jama'ah." Dikeluarkan pula oleh Ibnu Abu Syaibah potongan dari itu (1/26). [1]


Riwayat lain

Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir, dari Qatadah, adalah Nabi S.a.w pergi bersama Ibnu Mas'ud pada malam dakwah jin, kemudian dia menggariskan pada Ibnu Mas'ud satu garisan (di tanah), kemudian beliau berkata kepadanya, "Jangan kamu keluar darinya." Kemudian beliau pergi kepada sekumpulan jin dan membacakan ke atas mereka al-Quran. Kemudian kembali kepada Ibnu Mas'ud lalu berkata, "Adakah kamu melihat sesuatu?" Dia (Ibnu Mas'ud) berkata, "Aku mendengar satu teriakan yang kuat." [2]


Hukum istinjak dengan tulang dengan adanya hadits-hadits ini

Imam ath-Thahawi mengatakan: "Sebahagian orang berpendapat tidak boleh beristinjak dengan tulang, dan menjadikan hukum beristinjak dengannya adalah seperti orang yang belum beristinjak. Mereka beralasan dengan atsar-atsar ini, hadits pada bab ini, dan hadits-hadits yang mirip seperti itu, yang dinukil dari jalan Abu Hurairah, Salman, dan Ruwaifa' bin Tsabit al-Anshari."

Dia mengatakan: "Sementara yang lain berbeza pendapat dengan mereka, dan mengatakan: Dilarang untuk beristinjak dengan tulang bukan kerana alasan istinjak dengannya tidak seperti istinjak dengan batu atau yang lainnya. Akan tetapi dilarang beristinjak dengannya kerana ia telah dijadikan sebagai bekal para jin. Maka anak-anak Adam diperintahkan untuk tidak mengotorinya."' Lihat Syarh Ma'anial-Atsar (1/122). [3]


Rujukan:

1 - Imam as-Suyuthi - Asbaabul Wurud al-Hadits.
2 - Imam as-Suyuthi - Luqathul Marjan fii ahkaamil Jaan.
3 - Imam as-Suyuthi - Asbaabul Wurud al-Hadits.


* Nabidz: semacam minuman yang dibuat dari kurma.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.