Mujahid r.a berkata, aku mendengar Ibnu Abbas r.a berkata, "Ada lima perkara yang lebih aku sukai melebihi dari kuda yang bagus (kenderaan mewah) yang dipersiapkan untuk dikenderai, iaitu;
Pertama: Janganlah kamu berkata akan sesuatu yang tidak bererti bagimu. Kerana ia merupakan bentuk pembicaraan yang berlebih-lebihan dan menjadikan kamu tidak aman dari dosa. Dan jangan pula kamu membicarakan akan sesuatu yang kamu anggap penting, sebelum kamu mendapat tempat yang sesuai untuk membicarakan perkara tersebut. Kerana ramai orang yang berkata tentang sesuatu yang penting baginya, namun dia menyampaikan dalam kondisi yang tidak tepat, sehingga dia mendapat kesulitan.
Kedua: Janganlah kamu bertengkar (bermusuhan) dengan orang yang lemah-lembut dan jangan pula terhadap orang yang jahil. Kerana orang yang lemah-lembut itu akan marah kepadamu dalam hatinya, sementara orang yang jahil akan menyakitimu dengan lidahnya.
Ketiga: Sebutlah saudara (teman) mu ketika dia jauh darimu dengan perkataan yang dia suka kamu menyebutnya dengan perkataan itu. Dan maafkan lah dia mengenai sesuatu yang kiranya kamu suka dia berikan keampunan kepadamu, sebagaimana (keampunan) yang kamu berikan padanya itu.
Keempat: Bergaul lah dengan teman-mu dengan cara sebagaimana yang kamu sukai dia bergaul dengan-mu.
Kelima: Berbuatlah sebagaimana perbuatan seseorang yang tahu bahawa dengan perbuatan itu dia bakal dibalas dengan kebaikan, atau dengan perbuatan yang dilakukannya itu dia akan mendapat seksa.
[Imam al-Ghazali - Afatul Lisan]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)