Berita Terkini

Antara sebab golongan Yahudi Menolak kenabian Nabi Muhammad S.a.w

Yahudi tidak suka malaikat Jibril

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hashim ibnu Qasim, telah menceritakan kepada kami Abdul Hamid, telah menceritakan kepada kami Syahr, bahawa Ibnu Abbas pernah menceritakan, "Ada segolongan Yahudi datang kepada Nabi S.a.w, lalu mereka berkata, "Ceritakan-lah kepada kami tentang beberapa perkara yang akan kami tanyakan kepadamu, tiada yang mengetahuinya kecuali hanya seorang nabi."

Rasulullah S.a.w menjawab, "Tanyalah kepadaku apa yang kalian kehendaki, tetapi berjanjilah kalian kepadaku, demi kerana Allah dan janji yang telah diambil oleh Ya'qub dari anak-anaknya, sekiranya aku menceritakan kepada kalian sesuatu hal, lalu kalian mengetahuinya (membenarkannya), maka kalian benar-benar mahu mengikutiku masuk Islam."

Mereka menjawab, "Baiklah, kami ikuti apa mahumu." Mereka bertanya, "Ceritakan-lah kepada kami empat perkara; ceritakanlah kepada kami makanan apakah yang diharamkan oleh Israil (Nabi Ya'qub) ke atas dirinya? Bagaimanakah perihal air mani lelaki dan air mani wanita, yakni bagaimanakah perbezaan antara anak lelaki dan anak perempuan darinya? Ceritakanlah kepada kami perihal Nabi yang ummi ini dalam hal tidurnya? Siapakah yang menjadi teman-nya dari kalangan para malaikat?"

Lalu Nabi S.a.w mengambil janji ke atas mereka, iaitu jika beliau menceritakan hal tersebut kepada mereka, maka mereka benar-benar mahu mengikutinya. Nabi S.a.w bersabda, "Aku bertanya kepada kalian, demi Tuhan yang telah menurunkan Taurat kepada Musa, apakah kalian mengetahui bahawa Israil pernah sakit kuat dalam waktu yang cukup lama, lalu dia bernazar kepada Allah, jika Allah menyembuhkan penyakit yang selama ini dideritainya, dia benar-benar akan mengharamkan makanan dan minuman yang paling disukainya. Sedangkan makanan yang paling disukainya adalah daging unta, dan minuman yang paling disukainya adalah air susunya?"

Mereka menjawab, "Ya Allah, benar." Nabi S.a.w bersabda, "Ya Allah! Persaksikanlah ke atas mereka."

Nabi S.a.w bersabda, "Aku tanyakan kepada kalian, demi Tuhan yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang menurunkan kitab Taurat kepada Musa, apakah kalian mengetahui bahawa air mani lelaki itu berwarna putih lagi kental, dan air mani wanita itu berwarna kuning lagi cair. Maka yang mana pun antara keduanya lebih kuat, maka si anak nanti akan mirip dengannya, baik jenis mahupun rupanya. Dengan kata lain, jika air mani lelaki mengalahkan mani perempuan, maka anaknya nanti adalah lelaki dengan izin Allah. Dan jika air mani perempuan mengalahkan air mani lelaki, maka anaknya nanti adalah perempuan dengan izin Allah.

Mereka menjawab, "Ya Allah, benar." Nabi S.a.w bersabda, "Ya Allah! Persaksikanlah ke atas mereka."

Nabi S.a.w bersabda, "Aku bertanya kepada kalian, demi Tuhan yang telah menurunkan Taurat kepada Musa, tahukah kalian bahawa Nabi yang ummi ini kedua matanya tidur, tetapi hatinya tidak tidur."

Mereka menjawab, "Ya Allah, benar." Nabi S.a.w bersabda, "Ya Allah! Persaksikanlah ke atas mereka."

Nabi S.a.w bersabda, "Dan sesungguhnya temanku adalah Jibril, tidak sekali-kali Allah mengutuskan seorang nabi melainkan dia adalah teman-nya."

Mereka berkata, "Kerana jawapan inilah kami berpisah dengan-mu. Seandainya teman-mu adalah selain dia, nescaya aku benar-benar mengikutimu."

Pada waktu itulah Allah berfirman, "Katakanlah, "Barangsiapa yang memusuhi Jibril ......." [Al-Baqarah : 97] hingga akhir ayat.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Baqarah, ayat 93 - 95]


Yahudi dengki Rasulullah S.a.w kahwin ramai

Muhammad bin Sa'ad berkata; "Muhammad bin Umar al-Waqidi telah memberitahu kepada kami, Hisyam bin Sa'id telah meriwayatkan kepadaku dari Umar, pembantunya Afrah dia berkata; "Yahudi telah berkomentar ketika mereka melihat Rasulullah S.a.w menikahi seorang perempuan. "Lihatlah oleh kalian semua, orang itu (Muhammad S.a.w) tidak pernah merasa kenyang. Demi Allah, obsesinya perempuan sahaja."

Orang-orang Yahudi hasad dengki kepada Nabi Muhammad S.a.w kerana ramainya isteri beliau dan mereka menganggapnya satu aib, seraya berkata; "Kalau memang dia seorang Nabi, pasti dia tidak mahu dengan perempuan." Dan orang yang paling lantang dalam perkara ini adalah Huyai bin Akhtab. Kemudian berdusta dan memberitahu mereka tentang keutamaan dan keluasan rahmat Allah S.w.t ke atas nabi-Nya.

Allah S.w.t berfirman yang ertinya, "Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya?" [an-Nisaa' : 54]

Allah S.w.t berfirman yang ertinya; "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar."

Maksudnya ialah apa yang diberikan oleh Allah S.w.t kepada Nabi Sulaiman bin Daud a.s, dia memiliki seribu orang isteri, 700 dinikahi dengan membayar mahar dan 300 orang dari tawanan peperangan. Sedangkan Nabi Daud a.s mempunyai seratus orang isteri.

[Imam Ibnu Katsir - Qashashul Anbiya']


Yahudi dengki kerana Rasulullah S.a.w berbangsa Arab

"....... ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepada manusia itu?" [Surah an-Nisaa' : 54]

Yakni dengki mereka kepada Nabi Muhammad S.a.w yang telah dianugerahi kenabian yang besar oleh Allah S.w.t. Hal yang menghalang mereka untuk percaya kepada Nabi Muhammad S.a.w ialah, rasa dengki mereka terhadapnya, mengingatkan Nabi S.a.w dari kalangan bangsa Arab, bukan dari kalangan Bani Israil.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, ayat 93 - 95]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.