Iran serius dengan pembangunan reaktor nuklear di negaranya. Bahkan, untuk mencapai sasaran itu, Russia dikhabarkan sepakat untuk membina 8 reaktor nuklear di Iran, 12 hari sebelum batas waktu perjanjian sekatan program nuklear Iran.
Perjanjian itu dibuat kedua negara, di tengah usaha 5 anggota kekal Majlis Keselamatan PBB, termasuk Russia, dalam menekan Iran untuk menyekat aktiviti penggunaan nuklearnya, di bawah level yang diperlukan untuk membina senjata nuklear, BBC melaporkan pada Rabu (12/11/2014).
Iran sendiri berkeras menuntut untuk menggunakan reaktor nuklearnya demi kepentingan awam, bukan kepentingan tentera.
Sejumlah diplomat dari AS, Perancis, Inggeris, Cina, Russia, dan Jerman (P5 + 1) akan bertemu pada pusingan akhir rundingan minggu depan untuk membincangkan nuklear Iran ini.
Belum diketahui pasti kesan daripada perjanjian antara Russia dan Iran ini terhadap usaha P5 + 1.
[Islam Pos / BBC]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)