Berita Terkini

Lelaki Indonesia kehilangan enam gigi ketika rokok meletup di mulutnya

Sebuah syarikat tembakau Indonesia telah bersetuju untuk membayar kos rawatan sebagai pampasan kepada seorang lelaki yang kehilangan enam batang gigi ketika sebatang rokok yang dihisapnya meletup.

Andi Susanto, 31, berkata kepada media Indonesia rokok telah meletup di dalam mulutnya ketika dia sedang menunggang motosikal di Bekasi, dekat Jakarta. Dia kehilangan enam batang gigi dan menerima 51 jahitan.

Mr Susanto berkata kepada Metro TV melalui sebuah wawancara dari katil hospital bahawa pengilang rokok PT Nojorono Tobacco Indonesia telah membayar 5 juta rupiah ($535 dollar / £335) untuk rawatan perubatan.

"Para pegawai syarikat telah bercakap dengan keluarga saya dan kami bersetuju untuk menyelesaikannya secara damai, sebagai penyelesaian di luar mahkamah," katanya dengan bibir yang berbarut.

Penyebab letupan belum diketahui. Dia mengatakan kepada surat khabar Jakarta Post bahawa beliau telah merokok sejak masih bersekolah dan tidak pernah mengalami masalah.

Mr Susanto yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengatakan dia tidak mengunyah apa-apa ketika dia menyalakan rokok Clas Mild, dan tidak melihat sesuatu yang aneh tentang bau, warna mahupun rasa.

Dia mengakui bahawa dia mengalami trauma oleh kejadian itu dan akan cuba untuk berhenti merokok.

Tulus Abadi, daripada Yayasan Perlindungan pengguna Indonesia, mengatakan hanya ada kemungkinan kecil letupan ini dipicu oleh bahan-bahan dari rokok.

"Dari sekitar 4,000 bahan kimia yang ditemui dalam rokok, ada satu substansi yang identik dengan substansi yang digunakan untuk merumuskan bahan bakar roket," kata Tulus kepada The Jakarta Post, merujuk pada metanol.

"Tapi walaupun ada dalam rokok, saya fikir jumlahnya terlalu kecil untuk memicu ledakan." Muhammad Warsianto, NTI penasihat senior, menegaskan bahawa produk-produknya, dicap sebagai Clas Mild, tidak mengandungi bahan letupan.

Mr Warsianto mengatakan syarikat membantu membayar bil perubatan sebagai bentuk simpati untuk "pelanggan yang setia".

Indonesia adalah salah satu dari negara yang mempunyai kadar perokok yang tertinggi dan pasaran tembakau yang paling menguntungkan di dunia, dengan lebih daripada 60% lelaki merokok secara tetap.


Via - Sky News, BBC News, Telegraph





~ Blog berita aneh, pelik, misteri, unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.