Berita Terkini

Aceh sahkan hukuman Sebat untuk Homoseks dan Penzina

Dewan Perwakilan Rakyat Aceh @ DPRA akhirnya mengesahkan Rancangan Qanun Hukum Jinayat (jenayah) menjadi qanun yang mengatur hukuman bagi pesalah syariat Islam di Aceh, sebagaimana dilaporkan oleh Aceh Kita.

Aceh sahkan hukuman Sebat untuk Homoseks dan Penzina

Pengesahan qanun tersebut melalui sidang penuh yang berlangsung hingga Sabtu (27/9/2014) pagi. Seluruh fraksi di DPRA (Fraksi Partai Aceh, Fraksi Partai Demokrat, Fraksi Partai Golkar, dan Fraksi Gabungan PKS-PPP). Akhirnya, Wakil Ketua DPRA Tanwir yang memimpin sidang mengetuk palu tanda disahkannya qanun tersebut.

"Apakah rancangan ini boleh diterima menjadi keputusan DPRA?" tanya Tanwir kepada 69 anggota DPRA yang hadir.

Para anggota dewan yang padat menyatakan setuju.

Gabenor Aceh Zaini Abdullah dan Ketua DPRA Hasbi Abdullah turut menghadiri sidang pengesahan Qanun Jinayat.

"Qanun jinayat adalah sebahagian dari pelaksanaan Syariat Islam di Aceh dan itu sudah banyak dinanti oleh warga Aceh yang ingin memohon secara keseluruhan," kata jurucakap Parti Aceh Muhammad Harun kepada AFP.

Siapa saja yang tertangkap melakukan hubungan seks sesama jenis akan dihukum dengan 100 kali sebatan, 100 bulan penjara atau denda 1,000 gram emas, menurut Akta baru tersebut.

Akta tersebut juga menetapkan bahawa pasangan yang belum berkahwin dan ditangkap berciuman boleh dihukum dengan 30 sebatan, denda 300 gram emas atau penjara sehingga 30 bulan.

Menurut kompas.com, Qanun Hukum Jinayat ini mengatur tentang pelbagai hukuman bagi kes-kes jenayah kriminal, seperti rogol, zina, gangguan seksual, rogol anak, seks, judi, mabuk-mabukan, dan hubungan sejenis (gay dan lesbian).

Hukuman sebatan yang bakal dikenakan bagi pesalah berbeza-beza, mulai dari 10 kali hingga 150 kali. Qanun ini juga berlaku bagi non-Muslim yang melanggar syariat Islam. Perkara ini diatur dalam Pasal 5 mata b dan c.

Ketua Suruhanjaya G DPR Aceh Ramli Sulaiman berkata, hukuman yang sudah ditetapkan tidak serta-merta boleh dijatuhkan terus kepada defendan, tetapi akan melalui proses-proses pemeriksaan, termasuk adanya saksi yang menguatkan terhadap pelaku kejahatan.

"Jadi, tidak ada yang perlu dirisaukan di sini kerana semua perbuatan kejahatan ini tidak ada yang diluluskan oleh agama mana pun," ujar Ramli Sulaiman. Begitu pula halnya dengan warga bukan Muslim yang ditangkap melakukan kejahatan.

Penguatkuasaan undang-undang Islam bagi non-Muslim ini diatur dalam Pasal 5 butir b dan c. Butir b berbunyi, "Setiap orang beragama bukan Islam yang melakukan jarimah (kejahatan) di Aceh bersama-sama dengan orang Islam dan memilih serta menundukkan diri secara sukarela pada hukum Jinayat."

Sementara itu, butir c berbunyi, "Setiap orang beragama bukan Islam yang melakukan perbuatan jarimah di Aceh yang tidak diatur dalam KUHP atau ketentuan pidana di luar KUHP, tetapi diatur dalam Qanun ini." 

"Ada toleransi di sini bagi penduduk Aceh yang bukan beragama Islam. Jika melanggar syariat, mereka boleh memilih undang-undang yang dikenakan, jadi tidak ada yang kebal undang-undang di sini," ujar Ramli Sulaiman.



p/s: Brunei sudah. Aceh sudah. Malaysia bila lagi? :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.