Berita Terkini

Cara Sederhana untuk hidup Bahagia

Betapa dekat kebahagiaan bagi mereka yang menetapi do’a ini;

 اَللَّهُمَّ قَنِّعْــنِيْ بِـمَا رَزَقْــــتَــنِيْ، وَبَارِكْ لِيْ فِيْهِ، وَاخْلُفْ عَلَى كُـلِّ غَائِـبَةٍ لِيْ بِـخَيْرٍ 

"Ya Allah, jadikanlah aku merasa qana’ah (merasa cukup, puas, rela) terhadap apa yang telah engkau rezeqikan kepadaku, dan berikanlah barakah kepadaku di dalamnya, dan jadikanlah bagiku semua yang hilang dariku dengan yang lebih baik." (HR Al Hakim)

Mengingat sejenak sabda Nabi shallaLlahu ‘alaihi wa sallam,

 قَدْ أفْلَحَ مَنْ أسْلَمَ وَرُزِقُ كَفَا فًا، وَ قَنَّعَهُ اللهُ بِمَا آتَاهُ

"Beruntunglah orang yang memasrahkan diri, dilimpahi rezeqi yang sekadar mencukupi dan diberi kepuasan oleh Allah terhadap apa yang diberikan kepadanya." (HR. Muslim, At-Tirmidzi, Ahmad dan Al-Baghawi)

Betapa sederhanya kebahagiaan. Ingatlah sejenak bagaimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berbekas pipinya kerana alas tidur kasar. Hari ini betapa ramai yang mempunyai tempat tidur mewah, tapi hampir-hampir tak pernah dia merasai tidur yang nikmat. Betapa berbeza.

Tengoklah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Betapa mudah makannya. Tak menuntut syarat yang berat, justeru jadikan makan lebih nikmat. Sungguh, ketika engkau tak meninggikan syarat terhadap apa yang engkau reguk dari dunia ini, semakin mudah engkau rasai kebahagiaan. Dan adakah yang lebih berharga daripada ganti yang lebih baik; ganti yang lebih membawa kebaikan atas apa-apa yang terlepas dari kita?

Maka do'a riwayat Al-Hakim (beliau menshahihkannya) yang dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ini merupakan kunci agar kita mampu bersikap secara tepat terhadap dunia: qana'ah terhadap rezeqi dari-Nya, barakah atas rezeqi yang kita terima dan ganti yang lebih baik (bukan lebih banyak) atas apa-apa yang terlepas dari kita. Sungguh, rezeki yang tak barakah, amat jauh dari kebaikan. 

Jika tiga hal ini ada pada kita, maka semoga lisan kita mampu memanjatkan do'a yang menyempurnakan pembersihan jiwa kita, mudah-mudahan.

Do’a itu  (semoga kita dapat menghayati sepenuh kesungguhan.) adalah;

اَللَّهُمَّ إنِّي أعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ، وَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَ الْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَ غَلبَةِ الرِّجَالِ

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari (bahaya) rasa gundah-gulana dan kesedihan, (rasa) lemah dan malas, (rasa) bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penguasaan orang lain."

Inilah do'a yang memohon pertolongan Allah Ta'ala agar kita mampu mengalahkan hasrat untuk merehatkan badan disaat ada kebaikan yang seharusnya kita kerjakan; memohon kekuatan untuk TIDAK berpelit dalam menghulurkan rezeki kepada orang lain; serta kelapangan hati untuk memberi kan perkhidmatan kita yang membawa kebaikan.

Maka, jika engkau berkeinginan untuk berkelimpahan rezeki agar waktu istirahatmu lebih banyak dan engkau boleh bersantai-santai bila pun engkau mahu, sesungguhnya engkau telah mengingkari do'a yang diteladankan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam ini. Dan jika engkau pergi ke sana ke mari untuk menyeru manusia agar bersegera perkaya diri sehingga boleh bermalas-malasan, sedarilah bahawa mereka sedang mengajak manusia untuk menjauh dari sunnah dan mengelak dari kebaikan. Padahal bersama sunnah ada barakah.

Semoga kita terhindar dari ghurur (terkelabui) disebabkan angan-angan kita sendiri. Marilah kita memanjatkan do’a kepada Allah Ta’ala;

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ 

"Ya Allah, tunjukilah kami bahawa yang benar itu benar, dan berilah kami rezeki kemampuan untuk mengikutinya. Dan tunjukilah kami bahawa yang bathil itu bathil, serta limpahilah kami rezeki untuk mampu menjauhinya."

Semoga kita tak terpedaya oleh persepsi kita sendiri. Sungguh, kebenaran itu bukan bergantung pada persepsi kita. Baik dan buruk juga bukan bergantung kepada persepsi kita. Bukan bergantung pada cara pandang kita. Hari ini, ketika banyak manusia menyeru bahawa yang paling penting adalah persepsi kita tentang sesuatu, marilah kita ingat kembali do'a ini. 

Di masa yang semakin jauh dari kehidupan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam ini, semoga Allah Ta'ala limpahi kita hidayah agar tidak mudah takjub pada kebanyakan perkataan manusia yang terlepas dari Al-Qur'an dan As-Sunnah Ash-Shahihah. 

Lisan kita berdo'a. Hati kita berharap. Tapi, adakah kita pun merenungkan maknanya?

[Oleh: Mohammad Fauzil Adhim , Hidayatullah]

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.