Kementerian Kesihatan Israel berkata, sejak tahun 2011 hingga tahun 2014, tercatat 409 kes orang Israel yang bunuh diri atau 120 kes setiap tahun. Sementara itu jumlah mereka yang bunuh diri dan gagal mati mencapai 6 ribu kes.
Data yang dimiliki kementerian kesihatan yang dilaporkan oleh harian Israel Yediot Aharonot pada hari Rabu (28/5/2014) menegaskan, sebahagian besar kes bunuh diri dilakukan dengan menjerut leher atau mencekik diri sendiri yang tingkatnya mencapai 13%, dengan senjata api mencapai 11%, dan melompat bangunan tinggi mencapai 9%, atau meracun diri sendiri sebanyak 9%.
Di tahun 2011, seramai 91 orang Yahudi dari negara-negara pecahan Uni Soviet dan berhijrah ke Palestin juga bunuh diri. Ditambah 16 orang dari Yahudi Ethiopia.
Laporan menegaskan, fenomena bunuh diri ini mulai marak juga di kalangan komander dan tentera Israel yang meningkat 4% setiap tahun, di mana sebanyak 11 tentera Israel tahun lalu bunuh diri.
Laporan juga menegaskan, sebahagian besar kes ini kerana keadaan hidup yang sukar yang dialami oleh pasukan 'Israel' di tengah minimumnya gaji mereka.
[islampos]
"Barangsiapa bunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, dia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan minum racun, maka di neraka jahanam nanti dia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, dia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya." [HR Muslim, 109]