PEKAN 2 Julai - Kuala Pahang dan Dataran Pekan pasti meriah pagi ini apabila acara pelepasan peserta Kategori Laut sempena pusingan ketiga Karnival GP Joran dijadual berlepas jam 10.30 pagi ini dengan menaiki 80 bot yang disediakan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di sini.
Kemeriahan itu dijangka dihangatkan lagi dengan acara Larian 1Malaysia yang dilancarkan serentak ke seluruh negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dataran Pekan.
Pemancing Kategori Laut berpeluang menduga 17 lubuk sekitar perairan Kuala Pahang dengan memastikan bekalan umpan hidup terdiri ikan kembung, selar, tamban dan sotong dibawa secukupnya.
Karnival GP Joran 2011 di Kuala Pahang menawarkan wang tunai keseluruhan RM82,000 kepada 80 pemenangnya bagi kedua-dua kategori.
Acara dua hari bakal diserikan dengan pelbagai acara sukaneka seperti mewarna untuk kanak-kanak, sukaneka, cabutan bertuah dan jualan promosi penaja terdiri Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA); Universal Fitness & Leisure Sdb Bhd (Coleman); TCE Tackles Sdb Bhd, Nestle Product Sdn Bhd (Maggi dan Nescafe); Boat Explorer Sdn Bhd dan Adabi Consumers Sdn Bhd.
Pada sebelah malamnya, penduduk sekitar Kuala Pahang juga berpeluang menonton persembahan kebudayaan bertemakan 1Malaysia oleh artis Pentas Rama yang dibawakan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Baca selanjutnya di Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)