SubhanAllah, itulah kalimat pertama yang akan di ucapkan oleh seorang muslim jika melihat hasil tangkapan jurugambar asal India, Azzam Husein.
Seekor tikus yang akan tenggelam di salah satu bahagian tasik di bandar Lucknow, India, diselamatkan oleh seekor katak yang pandai berenang dengan cara menggendong tikus tersebut dan memindahkannya ke bahagian yang lebih cetek.
Dalam wawancara dengan akhbar 'The Mirror', Azzam mengatakan "saya waktu itu sedang meletak skuter saya di salah satu sudut tasik, saya kemudian melihat sesuatu terapung di atas air dan segera menyedari bahawa ada seekor katak sedang menggendong tikus di belakangnya."
Azzam menambah "semua itu terjadi dalam waktu yang sangat cepat, saya beruntung dapat segera mengeluarkan kamera digital saya dan mengambil gambar adegan yang jarang berlaku ini."
"Malangnya, saya tidak dapat menangkap gambar ketika katak sampai ke tepi dan tikus hanya pergi dengan cepat dari sini," tambah Azzam.
[Era Muslim / The Mirror - 8 Oktober 2013]
p/s: MasyaAllah, haiwan pun pandai menunjukkan contoh baik dengan menyelamatkan haiwan spesis lain. Tetapi dalam dunia yang dikatakan serba moden ini, masih ada lagi manusia yang DAHAGAKAN darah manusia lain tanpa belas kasihan, ih ih ih ih ih .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)