Berita Terkini

Harun Taib mahu PAS laksana Islam tanpa rasa takut

Harun Taib mahu PAS laksana Islam tanpa rasa takut
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menegaskan tiada tempoh tertentu bagi PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud dan menyeru pemimpin serta aktivis parti itu untuk jelas dan lantang dengan pendirian tersebut.

Biarpun beliau tidak menyebut secara terangan-terangan nama yang diperkatakan itu, Harun turut mengkritik rakan Pakatan Rakyat yang meminta PAS membatalkan pendaftaran parti itu kerana berdasarkan agama, sebaliknya menggesa rakan dalam pakatan pembangkang itu untuk menerima Islam sebagai sebuah ideologi yang mampu mengukuhkan perpaduan kepelbagaian kaum.

Harun berkata demikian dalam reaksinya apabila melihat wujud trend yang kerap membangkitkan konsep negara Islam dan undang-undang jenayah hudud PAS terutama pada musim pilihan raya umum lalu.

Menurut Harun, kenyataan demikian sering dimainkan bagi memperlihatkan PAS sebagai sebuah parti yang boleh menarik golongan pengundi terdiri daripada Melayu moderan dan bukan Islam.

"Kita tidak mahu ada ahli kita yang takut untuk mengakui kepayahan kita melaksanakan undang-undang Islam kerana mengambil kira negara yang diduduki  pelbagai kaum dan agama semasa Nabi Muhammad S.A.W menyebarkan agama Islam dilakukan dengan suasana negara di mana yang mempunyai kepelbagaian dan masyarakat kita tidak boleh lemah hanya kerana perbezaan agama dan kaum, " katanya semasa ucapan pembukaan di Muktamar Dewan Ulama PAS di Shah Alam hari ini.

Rakan PAS dalam PR, DAP, dilihat kurang senang apabila PAS cuba berkempen untuk mengubah Malaysia menjadi negara Islam dan mahu melaksanakan Hukum Hudud bagi negeri yang ditadbir PR.

Terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh dikritik hebat oleh PAS kerana mencadangkan parti politik yang berasaskan agama dan kaum dibatalkan pendaftarannya.

Bagaimanapun Karpal menafikan kenyataannya itu ditujukan kepada PAS.

Dewan Ulama PAS merupakan sayap yang terdiri daripada pemimpin agama dan mereka menentukan dasar parti.

Mereka merupakan barisan paling hadapan dalam memastikan PAS akan mengubah Malaysia sebagai negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam sekiranya memerintah negara nanti. – 21 November, 2013.



p/s: Ketegasan yang sebeginilah yang diperlukan dalam MEMPERJUANGKAN HUKUM ALLAH, bukan hanya masa PILIHANRAYA sahaja.

Rakyat perlu diperjelaskan lagi tentang Hukum Hudud, Qisas dan Ta'zir.  Dan UMNO perlu dinasihatkan agar melaksanakannya.   Kalau UMNO sedia laksanakannya, kita pakat sokong UMNO belaka insyaAllah.

Undang-undang Syariah boleh dilaksanakan di negara ini – Aziz Bari

Brunei laksana Hudud secara berperingkat dalam 6 bulan

Ramai Non-Muslims pun FAHAM dan beriya-riya nak kan HUDUD

Kesan negatif penjajahan barat terhadap Undang-undang Islam

Sejarah Undang-undang Islam di Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.