Moktar Belmoktar, Islamis yang mendalangi serangan bulan Januari terhadap loji gas BP di tenggara Algeria yang mengakibatkan 37 orang mati, secara rasmi bekerjasama dengan kumpulan jihad yang berpusat di Mali iaitu MUJAO, Pergerakan untuk Kesatuan dan Jihad di Afrika Barat.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web Nouakchott Information Agency Mauritania, para jihadis yang baru bersatu itu berjanji untuk melancarkan serangan di Mesir.
Kenyataan itu menambah mereka mahu "untuk berhadapan dengan kempen Zionis terhadap Islam dan Muslim" dengan mewujudkan barisan bersatu umat Islam dari seluruh Afrika Utara.
Belmoktar, yang dipercayai berada dalam usia 40-an, berpecah dari Al-Qaeda selepas tidak sehaluan dengan pemimpin-pemimpinnya, dan telah untuk beberapa waktu sekarang telah disyaki bekerja dengan gerakan Islam yang berpengkalan di Mali.
Pemimpin bermata satu, yang dipercayai telah kehilangan matanya sewaktu latihan di Afghanistan, juga dipercayai menjadi dalang di sebalik serangan bom Niger pada bulan Mei, apabila pengebom berani mati membunuh 26 orang dan berpuluh-puluh yang lain cedera.
[albawaba News]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)