Berita Terkini

Kini lelaki Muslim Mesir berjanggut tidak merasa bebas kerana dicurigai

Kini lelaki Muslim Mesir berjanggut tidak merasa bebas kerana dicurigai
Disebabkan propaganda media tempatan pro-tentera yang menggambarkan ciri-ciri 'pengganas' adalah lelaki berjanggut, kini lelaki-lelaki Muslim Mesir yang mempunyai janggut merasa tidak bebas dan mengeluh disyaki oleh pasukan keamanan.

Akibatnya, rakyat yang tidak memahami situasi, membenci orang-orang berjanggut.

"Permusuhan dari orang-ramai bahkan lebih buruk daripada kekerasan polis," kata Mohammed Tolba, seorang Muslim dari kumpulan Salafi, mengatakan kepada Agence France Presse (AFP) pada Khamis (22/8), seperti dilaporkan On Islam.

"Kami mematuhi sebuah prinsip Islam, tetapi kami menghadapi kebencian dari penduduk," kata Tolba.

Ketika Muhammad Mursi berkuasa, presiden Mesir pertama yang berjanggut, ramai lelaki Muslim Mesir memilih untuk memelihara janggut mereka dan banyak Muslimah mengenakan penutup atas niqab kerana merasa aman dan bebas.

Bagi mereka, saat itu seperti mengembalikan kebebasan dan keselamatan yang telah lama hilang yang dulunya disasarkan oleh pasukan keamanan.

Tetapi, keadaan berubah setelah panglima tentera Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Mursi pada 3 Julai dalam rampasan kuasa. Kempen yang telah disebarkan oleh media tempatan pro-tentera, yang menyiarkan gambar lelaki berjanggut bersenjata yang diduga menembak pasukan keamanan pada masa demonstrasi anti-rampasan kuasa, telah merampas kembali kebebasan lelaki Muslim menjalankan salah satu sunnah Nabi Muhammad (shalallahu 'alaihi wa sallam).

Sebuah video, yang kemudian terbukti dipalsukan, menunjukkan seorang lelaki berjanggut membawa senjata dengan bendera "jihadis" menyerang para pemuda setelah mereka dilemparkan dari atap pangsapuri di Alexandria.

Kerajaan baru dan media tempatan pro-tentera juga dengan lantang melabel Ikhwanul Muslimin sebagai 'pengganas'.

Hal ini juga memberi kesan terhadap orang awam yang berjanggut, mereka menjadi mudah dicurigai.

"Saya sedang berada di teksi menuju ke bilik mayat, memindahkan jasad teman saya yang maut dalam demonstrasi," Abdul Salam Badr (29) mendedahkan.

"Saya diberhentikan oleh para anggota kumpulan yang menghakim sendiri kerana saya berjanggut," tambah pemuda yang tidak termasuk dalam organisasi politik mana pun.

"Satu-satunya perkara yang menyelamatkan saya ketika itu adalah kenyataan bahawa saya sedang memindahkan jasad yang mati."

Dengan terpaksa, kerana sering menjadi sasaran, Badr terpaksa mencukur janggutnya.



p/s:  Sedih, kerana ada umat yang mengaku Islam sendiri yang memandang buruk dan memperlekehkan sunnah .......

Kalau dulu lelaki rambut panjang telah diperlekehkan oleh penjajah dan pengganti penjajah kerana ada segolongan manusia berambut panjang yang terlibat dengan dadah, jenayah, budaya rock dan sebagainya, maka sunnah itu telah semakin tersisih dan dipandang buruk. Dan kononnya rambut pendek itulah disiplin dan moden.

Kini, janggut pula yang seakan mahu diperlekehkan.......

Tidak kurang juga di tempat kita. Ada segelintir generasi baru kita ini terutamanya kanak-kanak yang tidak faham, hinggakan lelaki memakai jubah pun dikatakan seperti perempuan. Inilah akibatnya jika KEJAHILAN dibiarkan berleluasa dan ibu bapa juga tidak mendidik anak tentang sunnah (tambah lagi jika ibu bapa sendiri yang tidak amalkan dan tahu tentang sunnah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.