Berita Terkini

Saya tidak percaya Tuhan boleh mati - Abdur Raheem Green

Abdur Raheem Green
Anthony Vatswaf Galvin Green menukar namanya menjadi Abdur Raheem Green setelah memeluk Islam. Sejak kecil lagi, lelaki kelahiran Dar As-Salam, Tanzania ini, sering mempersoalkan konsep ajaran Katolik yang menurutnya banyak yang tak masuk akal, hingga dia menemui cahaya Islam.

Ibu Green yang berasal dari Poland dan penganut Katolik Rom yang taat, membesarkan Green dan anak-anaknya yang lain dengan didikan ala Katolik. Green bahkan sempat disekolahkan di sebuah keuskupan Katolik Rom di Yorkshire di utara England.

Perkara pertama yang mengusik fikirannya tentang ajaran Katolik adalah ketika dia mendengar ibunya berdoa dan menyebut "Bunda Maria, ibu kepada tuhan Yesus". Green merasa aneh dengan doa itu, bagaimana boleh Tuhan punya ibu? Kerana Yesus yang dia kenal selama dalam konsep ajaran Katolik adalah tuhan, bukan nabi seperti dalam ajaran Islam.

"Saya duduk dan memikirkan tentang ibu dari tuhan itu. Jika Bunda Maria adalah ibu kepada tuhan (Yesus), dia pastilah lebih juga tuhan yang lebih baik dari tuhan itu sendiri. Itulah soalan pertama yang muncul di kepala saya," tutur Green mengenang pengalaman masa kecilnya.

Ketika masuk sekolah di keuskupan, Green mulai lebih banyak memikirkan banyak hal, mempelajarinya dan melakukan penyelidikan terhadap ajaran Katolik yang dianutinya. Salah satunya tentang "kewajipan" pengakuan dosa yang ditetapkan oleh para pendeta di keuskupannya. Green masih ingat, seluruh pelajar diwajibkan sekurang-kurangnya sekali setahun untuk melakukan pengakuan dosa.

"Para pendeta selalu mengatakan, 'kamu harus mengakui semua dosa kamu, jika tidak mengakui semua dosa, pengakuan di akhir nanti tak ada gunanya dan tak satu pun dosa kamu yang akan diampuni'," ujar Green meniru ucapan para pendeta di sekolahnya dulu.

Buat Green, doktrin pengakuan dosa adalah doktrin aneh dan tidak lebih dari konspirasi besar untuk mengendalikan orang lain. "Mengapa? Kenapa saya perlu mengakui dosa-dosa saya pada para pendeta itu? Tidak bolehkah saya meminta pada Tuhan saja untuk memaafkan saya? Apalagi menurut Alkitab Isa berkata, berdoalah pada Bapa (Tuhan Yesus) untuk meminta ampunan atas dosa-dosa kita. Jika demikian, mengapa saya harus datang pada seorang pendeta untuk meminta pengampunan dosa? " ujar Green.

Green merasa ada persoalan besar dalam doktrin Katolik, doktrin inkarnasi di mana tuhan boleh menjelma menjadi manusia.

Cari Jawapan

Ketika usia 11 tahun, ayah Green mendapat pekerjaan sebagai Pengurus Umum di Bank Barclays di Kaherah. Sejak itu, hingga 10 tahun kemudian, Mesir menjadi tempat Green menghabiskan cuti sekolah, kerana Green tetap bersekolah di England.

Green selalu menikmati cutinya di Mesir, dan ketika dia kembali ke England, banyak soalan yang menghantui fikirannya. Doktrin kehidupan Barat yang dia kenal selama ini, selalu mengukur kebahagiaan hidup dengan kecukupan dan dipenuhi keperluan bahan. Membandingkannya dengan kehidupan masyarakat Islam di Mesir, Green jadi bertanya-tanya, mengapa dia harus tinggal di sini (England)? Apa tujuan hidupnya? Untuk alasan apa manusia ada? Apa erti semua ini? apa ertinya cinta? hidup itu untuk apa?

Green merenungi semua soalan dalam benaknya. Bukan, hidupnya bukan hanya untuk sekolah, lulus ujian dengan nilai bagus, lalu kuliah, boleh gelar sarjana, kemudian dapat kerja yang boleh memberikannya banyak wang. Lalu berkahwin, punya anak, menghantar mereka ke sekolah terbaik, dan seterusnya ...

"Tidak, saya tidak percaya hidup hanya untuk melakukan itu semua," tegas Green.

Green termotivasi untuk mencari jawapan sebenar. Dia pun mulai mencari tahu tentang ajaran agama lain, yang dia fikir boleh memberikan pandangan dan pemahaman padanya tentang apa hidup itu dan apa tujuan hidup sebenarnya.

Sebuah peristiwa penting pun terjadi. Selama 10 tahun bolak-balik bercuti di Mesir, Green hanya mengenal seorang yang mahu berbual dengannya secara terbuka tentang Islam. Suatu hari Green terlibat perbincangan dengan orang itu, dan dia seperti merasa tinju seorang Mike Tyson mendarat di mukanya.

Dalam perbicangan selama 40 minit, orang itu akhirnya bertanya pada Green, "Kamu percaya Isa itu Tuhan?" Green menjawab, "Ya." Lalu orang itu bertanya lagi, "Dan kamu percaya Yesus mati di salib?". Green menjawab, "Ya."

"Jadi kamu percaya Tuhan itu mati," tanya orang itu lagi.

Soalan itu seakan menampar muka Green, dan dia tiba-tiba menyedari bahawa fakta itu sangat bodoh dan tidak masuk akal, bagaimana Tuhan boleh mati, mana mungkin manusia boleh membunuh Tuhan. Mendadak Green tersedar bahawa selama ini ajaran Katolik telah mengindoktrinasinya dengan doktrin-doktrin yang membuat hidupnya tak selesa.

Dalam usia muda, antara 19-20 tahun, Green menjalani kehidupannya sebagai hippis. "Saya berkata pada diri sendiri, lupakan soal agama, soal spiritual, lupakan semuanya. Mungkin hidup itu tidak ada maknanya, tak ada yang lebih penting dalam hidup kecuali menjadi orang kaya," ujar Green.

Persoalannya kala itu, Green tidak mempunyai wang yang banyak. Dia lalu berfikir untuk mendapatkan wang banyak. Dia berfikir tentang negara-negara yang dianggapnya kaya dan mudah untuk mendapatkan wang, bermula dari England, Amerika yang menjadi negeri impian, Jepun si negara kaya dari hasil kemajuan teknologi, sampai Arab Saudi yang juga salah satu negara kaya.

Di titik Arab Saudi, Green mula berfikir tentang apa agama yang dianuti orang Arab, apa kitab suci mereka? Green langsung mengingati Al-Quran dan dia pun pergi ke sebuah kedai buku untuk membeli Al-Quran yang dilengkap dengan terjemahannya.

"Saya adalah seorang yang boleh membaca dengan cepat. Saya masih ingat dengan jelas, ketika itu saya naik kereta, duduk dekat jendela dan membaca terjemahan Al-Quran. Saya memandang ke luar tingkap sejenak, lalu membaca lagi. Saya boleh mengatakan inilah waktunya ketika saya menyedari dan mempercayai bahawa Quran berasal dari Allah S.w.t, " ujar Green.

Tak sekadar membaca, Green ingin mencuba apa yang diajarkan dalam Al-Quran. Pulang ke rumah, Green cuba menunaikan solat meskipun dia tak tahu caranya. Dia cuma ingat pernah melihat tukang masak keluarganya di Mesir menunaikan solat, dan Green cuba meniru gerakan solat yang pernah dilihatnya itu.

Menjadi Seorang Muslim

Di hari berikutnya, Green pergi ke sebuah kedai buku yang merupakan sebahagian daripada sebuah bangunan masjid. Dia melihat buku-buku tentang Nabi Muhammad dan buku tentang solat. Ketika melihat buku-buku itu Green merasa kagum, "Wow, hebat!"

Seorang lelaki lalu menyapanya, "Maaf, apakah anda muslim?"

Green lalu menjawab, "Dengar, saya percaya hanya ada satu Tuhan dialah Allah S.W.T dan saya percaya Muhammad adalah utusan-Nya,"

"Kamu seorang Muslim!" pekik orang tadi.

"Terima kasih," jawab Green.

Orang itu lalu berkata lagi, "Ini hampir masuk waktu solat, Anda mahu solat bersama-sama?"

Hari itu hari Jumaat, kerananya masjid penuh dengan jemaah yang akan solat Jumaat. Green ikut solat meskipun masih bingung dan gerakannya banyak yang salah. Tapi hari itu menjadi hari bersejarah bagi Green, hanya dalam masa lima minit, dia mendapatkan ramai saudara baru, yang bersedia mengajarnya tentang Islam. 

Ya, hari itu juga iaitu pada tahun 1987, Green secara rasmi mengucapkan dua kalimah syahadah yang menandakan kemuslimannya.  

Sekarang ini Sheikh Abdur Raheem Green telah menjadi seorang ilmuan Islam dan mengajar serta berdakwah di merata tempat.  

7 ulasan:

  1. Saya telah menulis tentang Yesus tidak mati disalib sejak tahun 2008 dulu lagi dah
    Yesus tidak mati tapi diangkat ke langit - http://hikmatun.wordpress.com/2008/05/06/jesus-tidak-mati-disalib-tetapi-diangkat-ke-langit/

    Yesus tidak mati tapi diangkat ke langit - bahagian 2 - http://hikmatun.wordpress.com/2008/08/15/yesus-tidak-mati-disalib-tetapi-diangkat-ke-langit-2/

    Yesus tidak mati tapi diangkat ke langit - bahagian 3 - http://hikmatun.wordpress.com/2009/09/22/yesus-tidak-mati-disalib-tetapi-diangkat-ke-langit-%E2%80%93-bahagian-3/

    Setakat kamu nak bukti2 dari sekular, belambak2 tulisan barat yang MENAFIKAN penyaliban Yesus.

    Menurut Gunnar Samuelsson dari Universiti Gothenburg, cerita mengenai penyaliban Yesus adalah berdasarkan pada tradisi orang Kristian dan ilustrasi artistik, bukan berdasarkan naskhah-naskhah kuno. Ia telah ditulis oleh Samuelsson dalam kertas kerja untuk doktornya yang berjudul "Crucifixion in Antiquity - An Inquiry into the Background of the New Testament Terminology of Crucifixion".

    BUkti lain lagi , During research historical proof was found that the line of David, Jesus' blood line, existed in Europe during Medieval Times.

    According to Bérenger Saunière when the knight finds the Grail, he does not find the golden chalice, but proof that Jesus survived the crucifixion.

    Banyak sangat lagi bukti2 sejarah lama dan kajian2 baru mengatakan YESUS TIDAK DISALIB.

    http://www.youtube.com/watch?v=YKmOZ7ihKtM

    Umat-umat Kristian awal dulu MENOLAK TRINITY, baca http://hikmatun.wordpress.com/2008/09/03/kajian-kristologi-ramai-orang2-kristian-dahulu-yang-menolak-trinity/

    BalasPadam
  2. Adakah anda MENAFIKAN bahawa Yesus akan kembali nanti dan BERPERANG dengan DAJJAL??

    Tentang Nabi Muhammad s.a.w:

    - Selepas perang memang ada tawanan perang, maka apa masalahnya wahai saudara? Normal lah ada tawanan perang selepas perang, Islam bukan BUNUH belaka tak kira wanita, orang tua, ahli ibadat dan sebagainya.

    - Wahyu berdasarkan Latta, Uzza dan Manat apa pula ni? Itu semua adalah BERHALA-BERHALA yang disembah oleh MUSYRIKIN QURAISY.

    - Bangsa Arab KASAR tu bukti2 SEJARAH la wahai saudara TIWAS. Baca lah sejarah Arab sana yang penuh dengan PERANG SAUDARA.

    Sampai sekarang pun BANGSA ARAB memang terkenal sebagai bangsa yang KASAR.

    - KEKASARAN dilawan KEKASARAN? Islam memang menyuruh berbuat baik dan berlembut. Tetapi ada BATASNYA.

    Kalau begitu mengapa MEMBUNUH mesti dikenakan HUKUMAN BUNUH?

    Kalau begitu jika ada orang BUNUH adik beradik kamu, BUNUH ayah kamu, BUNUH ibu kamu, kamu akan KETAWA dan SENYUM. Kemudian kamu akan CINTAI orang yang BUNUH itu? Sila jawab dengan RASIONAL dan IKHLAS wahai Tiwas :)

    Ketahuilah, FALSAFAH YUNANI yang diserap ke dalam Kristian itu, dengan mengatakan KASIHILAH MUSUHMU. Itu semata2 untuk mengambil hati RAKYAT KRISTIAN ketika itu agar tidak MEMBERONTAK KEPADA KERAJAAN ROME. Kerana waktu itu berlaku kacau-bilau dalam masyarakat.

    Saya tanya kamu, musuh kamu adalah Syaitan dan Iblis kan? Kamu SAYANG Syaitan dan Iblis? Sila jawab dengan IKHLAS dan JUJUR :)

    BalasPadam
  3. Allah / Tuhan adalah yang MENYELAMATkan, hanya Dia sahaja yang mampu MENYELAMATkan manusia, seperti mana tersebut dalam Perjanjian Lama

    Mazmur 34:18 TUHAN dekat kepada orang yang hancur hatinya. Ia menyelamatkan orang yang dengan rendah hati menyesali dosanya.
    34:19 Orang yang baik juga mengalami kesusahan, tetapi TUHAN menolong dia dalam setiap kesusahan yang dihadapinya.
    34:20 Bahkan Allah melindungi dia terhadap kecelakaan.


    tetapi Yesus tidak dapat menyelamatkan, malah dia yang meminta keselamatan dari Tuhan

    Yohanes 12:27 Sekarang ini jiwa-Ku sangat berdukacita; apakah Aku hendak katakan? Ya Bapa, selamatkanlah Aku daripada saat itu! Tetapi karena itulah Aku sampai kepada saat ini.
    12:28 Ya Bapa, permuliakanlah nama-Ku!” Lalu kedengaranlah suatu suara dari langit mengatakan, “Aku sudah permuliakan Dia, dan Aku akan mempermuliakan Dia pula.”

    BalasPadam
  4. - Agama Yahudi sekarang dikenali sebagai JUDAISM, asal nya diambil dari nama anak Nabi yaakob iaitu Yehuda

    Pendek cerita, sekarang dinamakan agama yahudi itu Judaism

    Tetapi jika kamu kembali ke zaman Musa a.s, Musa TIDAK PERNAH pun mendengar JUDAISM, bagaimana mungkin agama itu disandarkan kepadanya

    Yang Musa tahu ialah agama yang BERSERAH kepada ALLAH sepenuhnya, TAAT kepada perintah dan laranganNya

    - Agama yang kononnya diajar oleh Yesus sekarang ini dikenali sebagai Christianity / kristian. Ianya nama yang diambil dari kata christ / kristus yang berasal dari Bahasa Yunani /Greek. Kata2 CHRIST / KRISTUS itu telah banyak diguna kepada tuhan2 agama penyembah berhala

    Sedangkan Yesus sendiri TIDAK PERNAH menggunakan kata2 itu dan mengatakan ajaran yang dibawanya ialah Kristian

    Yang Yesus tahu ialah agama yang BERSERAH kepada ALLAH sepenuhnya, TAAT kepada perintah dan laranganNya

    - Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.a.w dipanggil Islam, kerana Muhammad sendiri yang MENYEBUTnya dan juga di FIRMAN kan oleh Allah dalam AlQuran, NYATA disebut

    ISLAM dalam bahasa Arab asal dari perkataan Salam iaitu selamat dan juga perkataan seertinya iaitu ‘MENYERAH’

    Seorang Muslim ialah seorang yang MENYERAH diri sepenuhnya kepada ALLAH S.w.t. Jika MENYERAH DIRI sepenuhnya kepada ALLAH akan SELAMAT!!

    Dan ini lah yang dilakukan oleh para nabi dan RASUL iaitu menyerah diri kepada ALLAH S.w.t sepenuhnya. Termasuklah apa yang dilakukan oleh Yesus @ Isa a.s, kerana Nabi Allah itu MENYERAH DIRI kepada Allah semata2.

    BalasPadam
  5. Mengapa saya MENOLAK KRISTIANITI?? Hujjah2 saya sejak dari BLOG HIKMATUN dulu dah, takkan saudara tak baca kut? :)

    BalasPadam
  6. Hai,
    Baiklah, memang kita mempunyai sumber yang berlainan tentang sejarah.

    Tentang dialog perbandingan yang anda sarankan, boleh juga.
    Apa kata anda tetapkan topik yang hendak didialogkan, dan kita akan teruskan diskusi kita di sana.

    Tiwas.

    BalasPadam
  7. Nanti-nanti lah dulu ya, saya amat sibuk sekarang ini. Harap nanti ada masa2 terluang sikit. Terima kasih dan harap maaf :)

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.