Berita Terkini

Tips sebelum keluar berkhemah

Foto kredit: Panorama Paul

Jika anda mendengar perkataan berkhemah, jangan terus samakan dengan kegiatan yang berkaitan dengan Pengakap. Ketika ini berkhemah menjadi salah satu alternatif melancong. Berkhemah boleh dilakukan di mana sahaja, di pantai atau gunung, bahkan di pekarangan rumah anda.

Aktiviti berkhemah boleh dilakukan dengan sesiapa saja. Juga, tidak menghabiskan terlalu banyak kos. Walaupun nampak mudah, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan ketika akan melakukan kegiatan ini.

Tentukan lokasi berkhemah, ini sangat penting kerana akan mempengaruhi persiapan yang perlu dilakukan. Jika tapak perkhemahan jauh dari rumah, tentu peralatan yang dibawa harus mencukupi. Lokasi berkhemah juga harus mahal akses menuju ke sana, apakah dekat dengan sumber air atau pemukiman penduduk, atau bagaimana keadaan persekitaran di sana.

Hati-hati dalam memilih lokasi khemah. Tempat pendirian khemah perlu tanah yang stabil dan rata. Selain itu elakkan memilih tempat yang banyak terdapat binatang atau serangga.

Setelah menentukan tempat berkhemah, anda perlu memilih khemah yang sesuai dengan keperluan. Ini adalah bahagian terpenting kerana khemah yang akan melindungi kita dari hujan, angin, mahu pun panas. Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan, contohnya tinggi khemah kerana berpengaruh pada daya tangkap angin. Semakin rendah khemah maka semakin tahan terhadap tiupan angin.

Bahan khemah juga diperhatikan, lebih baik pilih yang dibuat dari nylon kerana akan memberi isolasi yang baik dari suhu lembab. Ukuran juga penting, lebih baik pilih yang ringan dan praktikal dibawa ke mana-mana.

Mengenai peralatan yang dibawa ketika berkhemah, peralatan ini merangkumi banyak perkara. Misalnya pakaian, usahakan membawa pakaian sesuai dengan lokasi perkhemahan. Untuk perkhemahan di cuaca panas, pakaian nipis yang menyerap peluh sangat disyorkan. Tetapi pakaian tebal wajib dibawa di lokasi yang berhawa dingin mahupun panas, untuk dipakai melindungi badan di malam hari.

Selanjutnya adalah alas kaki, bawalah alas kaki yang boleh melindungi kaki dari tercalar. Pilih alas kaki yang kuat untuk medan yang sukar. Selipar gunung boleh digunakan kerana kuat dan tetap mempunyai kesan santai.

Untuk membawa barang-barang perkhemahan, gunakanlah beg yang sesuai dan boleh memuatkan seluruh barang anda.

Peralatan memasak dan bahan makanan ketika khemah tidak boleh disediakan secara lalai. Bawalah peralatan memasak yang praktikal, misalnya dapur gas kecil yang boleh dilipat praktikal. Cek isi gas, nasting atau peralatan memasak susun yang diperbuat dari aluminium, alat makan plastik, dan mancis api. Jangan lupa membawa bahan masak seperti beras, air bersih, minuman sachet, mi segera, makanan tin, teh, gula, garam, dan mentega. Jenis makanan boleh dibawa bergantung kepada keperluan.

Selain barang yang telah disebutkan tadi, ada beberapa barang tambahan yang menjadi kewajipan untuk dibawa. Iaitu alas tidur, lampu suluh, ubat anti serangga, tali, dan peralatan memotong (gunting atau pisau), ubat peribadi dan P3K. Boleh juga membawa peralatan survival kit, set alat untuk berjaga-jaga apabila keadaan kecemasan.

Dan yang paling penting, sebelum keluar rumah baca dulu doa sebelum keluar rumah dan ayat Kursi.

[Diolah dari kompas.com]


2 ulasan:

  1. Seronok activity berkhemah ni. Therapy yang sangat baik untuk pasangan2 suami isteri. Closer to nature.

    BalasPadam
  2. Dalam makna tuuu huhu. Tapi bagus suami isteri mencuba bersama, asal di tempat yg selamat , berhati2 dan always tawakkal pada Allah :)

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (57) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.