Berita Terkini

Anda kesunyian tanpa teman?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Apakah itu sunyi? Bagi saya secara peribadi, sunyi ada 2 jenis. Ada sunyi yang bagus dan ada sunyi yang tidak bagus. Sunyi yang bagus ialah satu keadaan di mana tiada kebisingan, maka sunyi ini dapat mententeram dan mendamaikan diri. 

Ntah lah, mungkin ada orang yang aman dan tenteram jika bising kut. Jika demikian lah keadaannya, mungkin ada "something wrong." 

Manakala sunyi yang tidak berapa bagus ialah sunyi jiwa / hati. Mengapa ianya tidak bagus? Di bawah ada jawapan-jawapannya insyaAllah.

Mengapa biasanya sunyi jiwa / hati ini berlaku? Antaranya ialah kerana ketiadaan / kekurangan teman yang akrab. Terutamanya di zaman yang serba moden dan canggih ini, teman-teman pun canggih-canggih. Ada yang jenis memilih orang yang ada pangkat dan harta sahaja untuk dijadikan teman. Biasanya orang akan pergi kepada orang yang dijangka akan mendapat pulangan yang lumayan darinya. Ada juga yang ingin menumpang populariti dan glamor dengan orang-orang yang ada nama.

Itu adalah realiti kehidupan sekarang. Saya sendiri pun pernah mengalami zaman ramai teman dengan zaman teman makin berkurang setelah kita menjadi orang yang serba kekurangan dan tidak maju membangun seperti mereka. Walaubagaimana pun kita tidak boleh menyalahkan mereka,  kerana itu hak mereka. Mungkin kerana kita juga yang tidak pandai berkawan. Maka kita tidak boleh juga memaksa orang lain untuk berteman dengan kita. Kita mesti terima hakikat setakat mana kita mampu berteman dan setakat mana orang lain mampu menerima kita sebagai teman mereka.

Tidak berteman atau tidak mempunyai ramai teman tidak bererti kita perlu melayan kesunyian dalam diri kita. Dan ia tidak sepatutnya menjadikan kita sunyi. Keadaan sunyi dalam jiwa biasanya bukan semata-mata kerana tiada teman. Orang yang ramai teman sekalipun ramai juga yang masih kesunyian jiwanya. Mengapa kesunyian jiwa itu masih berlaku sedangkan dia mempunyai ramai teman? Ada yang memberi alasan bahawa teman-temannya tidak memahami dirinya, tidak pandai bergaul dengannya, pentingkan diri mereka sendiri dan sebagainya. Itu terpulang kepada pengalaman yang dilalui oleh masing-masing, kerana lain orang lain ragamnya.

Cuma apa yang saya mahu tekankan di sini ialah, jiwa kita ini sebenarnya perlukan pengisian dan santapan-santapannya yang tersendiri. Apabila ianya telah terisi dan mempunyai santapannya yang khusus, maka tidak ada teman ke, tidak ada boyfren atau girlfren ke, masyarakat menyisihkan kita ke, insyaAllah kita tidak akan sunyi. Tetapi sunyi sekali-sekala itu biasa lah, itu adalah lumrah. Cuma yang kita dapat elak ialah sunyi yang kronik yang boleh menyebabkan stress, mengamuk, sakit jiwa dan seumpamanya.

Memang naluri manusia perlukan teman, lebih-lebih lagi teman sejati yang akan dikahwini dan hidup bersama dengannya untuk selamanya. Tetapi jika jodoh anda masih belum sampai, anda tidak seharusnya merasa kesunyian yang kronik, kerana masih ada banyak alternatif untuk anda tidak merasakan sedemikian. Apa lagi kesunyian kronik hanya akan menyusahkan diri anda sendiri tanpa disedari. Jika kita pasrah terhadap takdir yang menimpa ke atas kita, maka insyaAllah kita tidak akan kecewa dan berputus asa yang menyebabkan kemurungan / kesunyian kronik.

Masing-masing kita mempunyai potensi diri, masing-masing kita mempunyai bakat anugerah ilahi, kita mempunyai kelebihan masing-masing. Dengan cara mengenali potensi dan bakat yang ada pada diri kita, ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kita dari kesunyian jiwa. Kerana kita boleh menyibukkan diri dengan kerja-kerja yang kita mahir. Apabila kita telah sibuk dengan kerja-kerja dan urusan-urusan kita, secara automatik perasaan sunyi itu sudah tidak dirasai lagi. Selagi kita berkhayal dengan perasaan sunyi kita, selagi itu lah kesunyian itu akan dirasai. Jika anda masih tidak menjumpai potensi anda dalam sesuatu bidang, cuba lah usaha untuk mencarinya. Percayalah, insyaAllah anda mempunyai kelebihan tersendiri yang mungkin anda sendiri tidak perasan.  Dan disamping itu, sentiasa lah isi jiwa anda dengan santapan-santapan yang paling sesuai dengannya.

Apa kah dia santapan jiwa? - Tidak lain dan tidak bukan iaitu sentiasa INGAT kepada PENCIPTA kita. 

"Ketahuilah, dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." [Surah Ar Raad : 28]

Dan antara cara yang kita boleh buat untuk sentiasa mengingatiNya agar jiwa kita tidak sunyi iaitu dengan solat, membaca Al-Quran, berzikir, belajar ilmu agama, buat baik dan jangan lupa sentiasa berdoa dan bertawakkal padaNya. Puji Allah banyak-banyak kerana Allah suka kepada hamba-hamba yang suka memujiNya. Jika semua santapan ini sentiasa kita lakukan, maka tidak ada kesempatan untuk "SUNYI" menggugat hati kita.

Jangan risau jika anda tidak mempunyai teman, kerana Allah S.w.t sentiasa ada dan mendengar luahan-luahan anda.  Manusia lain termasuk ibu bapa anda sendiri pun tidak boleh meluangkan masa untuk anda sentiasa. Manusia lain ada kesibukan dan hal masing-masing. Tiada manusia yang dapat meluangkan sepenuh masa untuk anda. Akan tetapi Allah S.w.t Yang Maha Berkuasa mempunyai masa untuk seluruh hambaNya setiap saat. Masa Allah tidak sama dengan masa kita dan kita tidak dapat bayangkan kekuasaanNya. Maka sesungguhnya anda tidak keseorangan, "Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." [Surah Qaaf : 16]. Luahkanlah segala isi hati anda padaNya, Dia Maha Mendengar, insyaAllah anda akan merasa selesa dan tenang dengan berbuat begitu.

Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, dan bentuk-bentuk pertolongan adalah berbeza antara manusia dengan manusia lain sesuai dengan apa yang dimahukan manusia itu sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui, Dia tahu apa yang diperlukan oleh hamba-hambaNya. Kerana itu lah di kala seorang hamba itu merasakan kesunyian tanpa teman, antara pertolongan-pertolonganNya ialah Dia mengutuskan hamba-hambaNya yang lain untuk menjadi teman kepada hamba yang kesunyian tadi. Maka doa dan tawakkal mesti diserahkan kepadaNya, insyaAllah pertolongan akan tiba. Mungkin teman yang akan diutuskan itu bukan dalam waktu terdekat. Mungkin memakan masa, semuanya itu adalah ujian dariNya untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita. 

Ingatlah, untuk mendapat pertolongan terbaik dari Allah juga perlukan kita melakukan solat dan sabar. 

"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu′."  [Surah Al Baqarah : Ayat 45]

Jangan merasa terlalu hina dan rendah diri jika anda tidak mempunyai ramai teman. Kerana Nabi Nuh a.s pun tidak ramai yang ingin berteman dengannya. Malahan lebih ramai manusia mencemuh, memperli dan mempermain-mainkannya. Mempunyai ramai teman tidak bermakna anda seorang yang hebat. Mempunyai ramai teman tidak bermakna anda di pihak yang benar dan sebagainya. Kerana ada kalanya seseorang itu mempunyai teman yang ramai, tetapi teman-teman itu hanya bersandiwara, ingin menumpang harta dan pangkatnya semata. Jika sekiranya harta dan pangkatnya hilang, nescaya beransur-ansur lesap lah teman-temannya tadi.

Ketahuilah, kesunyian yang kronik adalah merbahaya kepada jiwa anda sendiri. Ianya juga merupakan salah satu bisikan dari syaitan agar kita merasa tertekan, tidak berpuas hati, frust menonggeng, tidak bersyukur dan seterusnya kufur terhadap Tuhan secara halus. Maka sebaiknya lah kita cuba mengelak dari merasakan kesunyian yang terlajak. Perasaan kecewa dan tersangat sedih kerana dunia juga adalah salah satu dari pintu masuk jin, selain dari terlalu marah, terlalu gembira / ketawa dan terlalu menurut syahwat.

Tetapi kesunyian itu sendiri ada hikmahnya. Dengan perasaan sunyi itu lah seorang hamba merasakan kebergantungan terhadap Tuhannya. Di kala sunyi itu lah seorang hamba mudah teringat kembali kepada Tuhannya. Jika tidak, mungkin dia akan terus hanyut dengan kesenangan duniawi yang menipu ini. Cuma yang penting, kesunyian itu harus terkawal dan tidak keterlaluan sehingga boleh memudaratkan diri sendiri.

Maka bagi mereka yang masih merasakan ketiadaan atau kekurangan teman, sesungguhnya masih ramai lagi yang merasakan sebegitu, bukan anda seorang. Cuba lah belek-belek kat mana-mana nescaya akan terjumpa lah insyaAllah, orang-orang yang senasib dengan anda, di mana anda boleh kongsi bersama suka-duka anda nanti. Dan jangan lupa untuk sentiasa INGAT kepada Allah, sentiasa merasakan kehadiranNya, supaya hati kita sendiri akan menjadi tenteram keranaNya.  Semoga kita semua dilindungi Allah dari keadaan sunyi jiwa kerana Allah bersama orang-orang yang sabar. Allah bersama orang-orang yang bertaqwa, Allah bersama orang-orang yang bertawakkal kepadaNya, Allah bersama-sama orang yang membantu agamaNya. Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI!

Semoga anda mendapat rahmat, berkat dan keampunan dariNya, amin. Wallahu a'lam ....... :-)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.