Berita Terkini

Kedudukan Wanita sebelum Islam dan Wanita kini

Coat Button flower and reflection
Wanita sebelum zaman Rasulullah S.a.w, berdarjat tidak berguna kecuali untuk memelihara keturunan dan mengatur rumahtangga. Apabila isteri melahirkan anak yang tidak cantik mereka pun membunuhnya. Wanita yang 'subur' dipinjam oleh lelaki (bukan suaminya) untuk melahirkan anak. Pendek kata, masa perkembangan peradaban Yunani, wanita hanya melayani cinta dan hawa nafsu.

Aristotles tidak berpandangan baik terhadap kaum wanita. Dalam pandangannya, wanita adalah manusia yang serba kekurangan. Kehidupan dalam rumahtangga adalah kehidupan impian, dan adalah silap untuk menyamakan setingkat laki-laki. Menurut Plato, keberanian laki-laki adalah dalam kepimpinan dan keberanian wanita adalah dalam melakukan pekerjaan-pekerjaan yang rendah. 

Zaman Yahudi

Pada zaman Yahudi, sebahagian orang menjadikan anak perempuan setaraf pelayan, dan ayahnya berhak menjualnya. Wanita boleh menerima waris, kecuali bila ayahnya tidak mempunyai keturunan anak-anak lelaki. Dalam ‘Sifr Al-Jamiah’ dinyatakan, "Aku dan hatiku berkeliling untuk menyelidiki dan mencari hikmat dan akal, dan untuk mengetahui kejahatan adalah kebodohan, dan untuk mengetahui kedunguan adalah kegilaan. Aku mendapati yang lebih buruk dari maut adalah wanita yang merupakan jaring, sedang tangannya adalah perangkap dan tali."

Pepatah orang China mengatakan, “Dengarkanlah isterimu dan jangan mempercayainya.”

Pepatah Russia mengatakan, “Tidaklah anda dapatkan dalam setiap sepuluh wanita kecuali satu jiwa.”

Pepatah Itali mengatakan, “Kendali itu untuk beradu cepat dan kuda lumba, sedangkan tongkat itu untuk wanita yang buruk akhlaknya.”

Pepatah Sepanyol mengatakan, “Takutilah wanita yang buruk tingkah lakunya dan jangan membanggakan wanita mulia.”


Penganut Hindu

Disebutkan dalam hukum-hukum Hindu, wabak kematian, neraka, racun, ular dan api lebih baik daripada wanita.

Disebutkan dalam hukum Manu iaitu sebahagian dari ajaran Hindu, bahawa pada masa kecil wanita tunduk kepada ayahnya, pada masa muda tunduk kepada suaminya, pada masa jandanya tunduk kepada anak-anaknya. Dan ketika dia tidak mempunyai anak dan sanak saudara, ia tunduk kepada kerabat suaminya dan tidak boleh urus dirinya sendiri.


Bangsa Romawi

Dinyatakan dalam hukum Romawi, perempuan dianggap hamba lelaki dan sebagai barang dagangan murah yang dapat dipergunakan sebagaimana dikehendaki. Ia menguasai wanita sekehendaknya sehingga hidupnya menjadi milik ayahnya, kemudian suaminya, kemudian anak-anaknya. Pemilikan mereka terhadapnya sama lah seperti memiliki haiwan dan benda mati. Laki-laki melihat kepada perempuan sebagai pembangkit syahwat dan perempuan itu syaitan dan kotor, dan ia tidak memiliki kekuasaan atas kebetinaannya.

Patut kita ketahui penghinaan dan ejekan yang dialami wanita Romawi, iaitu ketika orang-orang Romawi berkumpul untuk membahas hal ehwal kaum wanita. Mereka memutuskan bahawa wanita adalah makhluk yang berjiwa dan tidak akan mewarisi kehidupan ukhrawi sedangkan dirinya kotor dan tidak boleh makan daging, tidak boleh tertawa dan tidak boleh berbicara. Wanita harus menghabiskan seluruh waktunya dalam layanan dan bersikap tunduk.

Mereka menghina wanita antara lain dengan melarangnya bicara sehingga wanita sejak mula merangkak hingga boleh berjalan, kemudian bekerja di rumahnya tanpa mengucapkan suatu kata apa pun. Apabila berbicara ia akan menimbulkan bencana. Kerana percakapannya adalah alat merayu. Larangan tersebut adalah undang-undang yang dikeluarkan oleh anggota Dewan Tribunal Romawi yang mengharamkan wanita memiliki lebih emas, dan memakai baju berwarna warni serta menaiki kereta hingga sejauh satu batu dari Rome, kecuali perayaan-perayaan umum yang tertentu.

Ada suku bangsa yang menganjurkan wanita yang ditinggal mati suaminya agar bunuh diri. Isteri yang malang terjun dari tempat yang tinggi sehingga patah lehernya atau patah tulang rusuknya. Adakalanya wanita membakar dirinya di dalam api yang digunakan untuk membakar jasad suaminya. 


Orang-orang Mesir Kuno

Wanita di kalangan mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dan hal ini nampak dalam penyembahan Isis, dewi keibuan, cinta dan kecantikan serta lambang bulan.

Isis melambangkan kesuburan seperti wanita. Wanita Mesir juga dibebani kekuasaan dan tunduk di atas takhta kerajaan. Ratu pertama yang memerintah menurut sejarah ialah Hatshapsut.

Oleh kerana wanita dianggap makhluk yang tinggi, maka hukum-hukum peradaban Mesir memperlakukan dengan baik. Hal itu dapat kita saksikan dengan jelas dalam sejarah penulisan Mesir. Ditemukan lembaran-lembaran kertas dekat Taibah yang mencantumkan nasihat-nasihat Tahotep yang berbunyi;

“Apabila engkau menjadi seorang lelaki yang berkedudukan, dirikanlah rumahtangga bagimu. CIntailah isterimu di dalamnya dengan cinta yang tulus. Berilah dia keperluannya berupa makanan dan pakaian. Dan berilah minyak wangi untuk isterimu. Kerana boleh menyegarkan anggota-anggota tubuhnya dan jadikanlah dia bahagia selama engkau hidup, kerana isteri adalah cermin suaminya yang memantulkan segala upaya yang dicurahkannnya demi kebahagiaannya. Jangan lah engkau bersikap kasar di dalam rumah. Kerana kelembutan itu mendekatkan hati wanita, sedang kekasaran itu menjauhkannya.”


Zaman jahiliyah Arab

Di zaman itu wanita mendapat penghormatan yang amat sedikit sekali, pada waktu-waktu tertentu di kalangan sebahagian kecil bangsa Arab. Ramai wanita dianiayai.

Beberapa contoh terburuk perlakuan bahkan paling kejam ialah menguburkan bayi hidup-hidup. Bayi perempuan di kalangan Arab zama jahiliyah amat menyedihkan dan sangat hina. Banyak kes penguburan hidup-hidup bayi yang tidak berdosa. 

Allah S.w.t berfirman yang maksudnya, “Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah. “  Surah An Nahl : Ayat 58

“Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan atakah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup), ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.”  Surah An Nahl : Ayat 59

“Dan demikianlah pemimpin-pemimpin mereka menjadikan orang-orang musyrik itu menganggap baik membunuh anak-anak mereka untuk membinasakan mereka  dan untuk mengaburkan mereka bagi agama mereka. Dan kalau Allah mengkehendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.”  Surah Al An’am : Ayat 137

Kes bunuh bayi hidup-hiduo itu dilakukan kerana takut jatuh miskin. Ini seperti yang diberitahu oleh Imam Al Qurthubi, “Di antara bangsa Arab ada yang membunuh anaknya kerana takut miskin, sebagaimana disebutkan Allah S.w.t. Di antara mereka ada yang membunuhnya secara kejam, tanpa alasan apa pun mereka membunuh. Mereka adalah suku-suku Rabiah dan Mudlar yang membunuh anak-anak perempuan demi harga diri.”

Diriwayatkan, seorang lelaki sahabat Rasulullah S.a.w nampak susah di hadapan Rasulullah S.a.w. Kemudian Rasulullah S.a.w bertanya kepadanya, “Mengapa engkau bersedih?”  

Orang itu menjawab , “Ya Rasulullah, aku telah berbuat dosa di zaman jahiliyah dan takut Allah tidak mengampuni jika aku masuk Islam.”

Baginda berkata, “Ceritakanlah kepadaku tentang hal itu.”

Orang itu berkata, “Ya Rasulullah, aku termasuk antara orang-orang yang membunuh anak-anak perempuan. Tatkala aku mendapat anak perempuan, isteriku memohon dariku agar membiarkannya. Aku pun membiarkannya sampai besar dan menjadi wanita yang paling cantik. Orang-orang meminangnya. Timbul rasa bangga dalam diriku dan hatiku tidak mengizinkan untuk mengahwinkannya dan membiarkannya di rumah tanpa kahwin. 

Aku berkata kepada isteriku, aku ingin pergi ke suku lain untuk mengunjungi para kerabatku dan ingin membawa puteriku. Isteriku gembira atas hal itu dan menghiasinya baju cantik dan barang perhiasan. Ia minta agar aku berjanji untuk tidak mengkhianatinya. Aku pergi bersamanya menuju tepi sebuah sumur. Kemudian aku memandang ke dalam sumur itu. Anak perempuan itu mengerti, aku akan melemparkannya ke dalam sumur. Ia pun memelukku dan mulai menangis seraya berkata, “Wahai ayahku, apakah yang akan engkau lakukan terhadapku?”

Aku pun kasihan kepadanya , kemudian aku memandang ke dalam sumur dan timbul rasa bangga paadku. Kemudian ia memelukku dan berkata, :Wahai ayahku, janganlah engkau mengkhianati amanah ibuku.” 

Aku terus memandang ke dalam sumur dan memandangnya pula hingga syaitan mengalahkan aku, lalu ku pegang dia dan ku campakkan ke dalam sumur kemudian ia berteriak di dalam sumur, “Wahai ayah, engkau telah membunuhku!”

Aku tinggal di situ hingga lenyap suaranya , lalu aku pulang.  Menangislah Rasulullah S.a.w dan para sahabatnya, baginda berkata;

“Andaikata aku disuruh menghukum seseorang lantaran perbuatan dilakukannya di zaman jahiliyah, nescaya aku menghukummu.”

Wanita juga bertindak bengis terhadap anak perempuan di zaman jahiliyah seperti yang dilakukan oleh lelaki. Menurut Ibnu Abbad, wanita di zaman jahiliyah ada yang bila mengandung, ia menggali lubang dan berbaring di tepinya. Apabila lahir bayi perempuan, ia akan mencampakkannya ke dalam lubang tersebut dan menanamnya hidup-hidup,  tetapi apabila bayi lelaki yang lahir maka ia pun membiarkannya hidup.

Menurut Qatadah, suku Mudlar dan Khuzaah menguburkan anak-anak perempuan hidup-hidup dan yang paling kejam antara mereka ialah dari Bani Tamim. Mereka takut tertindas.

Penghinaan terhadap wanita di zaman jahiliyah Arab bukan hanya terbatas kepada penguburan bayi hidup-hidup, tetapi kehinaan itu meliputi seluruh segi kehidupan mereka, seperti wanita dijadikan hamba seks, hamba abdi yang boleh diperintahkan apa saja dan tidak mempunyai apa-apa hak.

Setelah kedatangan Islam, martabat kaum wanita diangkat dan dimuliakan. Tiada lagi diskriminasi terhadap kaum wanita dan mereka juga mempunyai hak-hak tertentu di dalam kehidupan. Begitulah adilnya Islam terhadap kaum wanita dan telah membebaskan mereka dari diskriminasi yang telah sekian lama membelenggu diri mereka, alhamdulillah …….

[Petikan dari buku Suami Isteri yang engkar - Thana Abdullah Al-Afif]


Wanita kini

Red flower macro
Dan sebagai pengajaran juga kepada wanita sekarang, yang begitu mahu bersaing dan ada yang mahu melebihi kaum lelaki. Semoga kita tidak mudah lupa diri dan begitu kejarkan kejayaan duniawi yang sementara. Ini kerana jika dilihat di kebanyakan universiti negara kita sekarang, rata-rata nya dipenuhi oleh kaum wanita. Maka tidak mustahil lah suatu masa nanti akan semakin banyak isteri berkerjaya sedangkan suami menjadi suri rumah, yang mana telah pun wujud sekarang. 

Alasan yang diberikan oleh kaum wanita masuk universiti adalah untuk menimba ilmu. Saya nak tanya, ilmu itu hanya ada di universiti sahaja ke?  Sedangkan zaman sekarang sudah melimpah ruah media massa, ilmu boleh dikutip dari mana-mana sahaja asalkan sumbernya itu sumber yang betul dan diiktiraf. Ini lah akibatnya jika kerajaan tidak menapis betul-betul sistem kerja di negara kita dan masih mengguna pakai undang-undang British.

Keadaan ini adalah begitu bertentangan sekali dengan lumrah hidup manusia sendiri iaitu dari dahulu lagi, orang lelaki yang mencari rezeki sedangkan perempuan jaga rumah dan anak-anak. Keadaan yang mula berubah sekarang adalah satu rekod sejarah, kerana tidak pernah berlaku di zaman dahulu lelaki jaga anak manakala wanita bekerja di luar rumah. Ini lah namanya akhir zaman, maka hati-hati lah kaum wanita ya. Jangan keranamu kaum lelaki tidak ada pekerjaan dan menganggur. Dunia akan menjadi rosak jika keadaan sebegini semakin berterusan. Apa gunanya anda berkerjaya mewah dan tinggi sedangkan ramai lelaki yang menjadi penghisap dadah, peragut, pemecah rumah, perogol dan perompak? Siapa yang susah nanti?  Kita semua juga …….

Kita saksikan sahaja lah rekod-rekod jenayah yang sudah meningkat di dalam dunia sekarang ini. Akibat dari Undang-undang Islam diabaikan dan diguna pakai undang-undang yang merapu ciptaan manusia yang bukannya semakin membina bahkan semakin meruntuhkan lebih-lebih lagi runtuh akhlak dan peradaban.

Apa lagi wanita sekarang ramai yang gilakan pangkat dan jawatan tinggi-tinggi serta bergaji lumayan. Ini pun satu penyakit yang tidak disedari ramai dan telah menjadi suatu perkara yang biasa. Sedangkan ia boleh menjejaskan kehidupan manusia itu sendiri suatu masa nanti. Wanita sekarang suka menjadi pemimpin, sedangkan jawatan kepemimpinan amat tidak sesuai dengan mereka. Kaum wanita hanya sesuai menjadi golongan penasihat, bukannya menjadi imam atau pemimpin. Itu yang perlu difikirkan kembali. 

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka."  [Surah an-Nisa' : Ayat 34]

Ayat di atas dengan jelas dan terang (muhkam) menyatakan bahawa orang lelaki adalah pemimpin dan mempunyai kelebihan ke atas orang-orang perempuan. Maka adakah kita masih tidak berpuas hati dengan firman Allah? Mahu mencari alasan lagi?  Siapa kita untuk mempertikaikan firman Allah?

Rasulullah S.a.w. bersabda maksudnya: "Suami adalah penjaga (pemimpin) terhadap kaum keluarga dan dia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya."  [Hadits riwayat Bukhari]

Di dalam hadits di atas pun telah dibataskan kepimpinan isteri. Isteri tetap di bawah suami dan hanya boleh memimpin anak-anaknya.  Kerana itu lah amat tidak sesuai sekali seorang wanita menjadi pemimpin sebuah masyarakat di mana masyarakat tersebut masih mempunyai ramai orang lelaki. Adakah lelaki-lelaki itu semua tidak pandai memimpin sehingga terpaksa menggunakan khidmat wanita untuk menjadi pemimpin? Perkara ini juga perlu dikaji semula, kerana kesan pengaruh British terhadap perjalanan kehidupan di negara-negara bekas jajahan mereka banyak terpengaruh dengan cara hidup mereka.

Menurut Imam Hasan Al-Banna, wanita tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan di wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid seperti kepimpinan ketenteraan (wilayah jihad), wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan lain-lain bentuk umum. Selain dalil-dalil biasa dari Al-Quran dan al-Hadits, beliau juga berdalilkan ijma’ amali yang menunjukkan bahawa sejak zaman Rasul S.a.w, baginda tidak pernah melantik kepimpinan umum di kalangan wanita dan keadaan ini berterusan hinggalah jatuhnya empayar Islam Utsmaniyyah. Malah Rasulullah S.a.w dan para sahabat juga tidak pernah melantik ahli keanggotaan syura ( ahl al-hal wal aqd ) dari kalangan wanita.

"Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka kepada seorang wanita."  [Hadits Riwayat Bukhari]

Dan hujjah yang kukuh lagi tentang tidak layaknya wanita menjadi pemimpin lebih-lebih lagi pemimpin sebuah negara ialah tidak berlaku langsung pada zaman Nabi Muhammad S.a.w dan para sahabat bahawa mereka mengangkat seorang wanita menjadi KHALIFAH.  Itu sudah nyata dan terang bagi kita. Jika benar wanita itu layak, sudah pasti lah telah dicontohi oleh Nabi S.a.w dan sahabat r.a kerana mereka adalah contoh TERBAIK kita. Sedangkan dalam hal berpoligami pun telah dicontohi oleh Nabi Muhammad S.a.w, adalah tidak munasabah tidak dicontohi wanita menjadi pemimpin, jika benarlah wanita itu layak untuk memimpin rakyat.

Ada pendapat yang mengatakan wanita boleh menjadi pemimpin berdasarkan kepada peristiwa Ratu Balqis di zaman Nabi Sulaiman a.s. Tetapi perlu difikirkan semula, Ratu Balqis di zaman mana?  Dan apa yang jadi selepas dia sudah kahwin dengan Nabi Sulaiman? Tetap Nabi Sulaiman menjadi pemimpin.  Dan seperti hujjah di atas, tiada dicontohi oleh Nabi S.a.w dan para sahabat mengangkat wanita menjadi khalifah. 

Banyak syarikat sekarang ini mahu mengambil pekerja yang hanya wanita sahaja. Kerana biasanya wanita yang melariskan lagi perniagaan mereka. Ini pun satu hal yang menyebabkan semakin ramai wanita bekerja dan lelaki menganggur.  Senario ini sepatutnya dikaji dan di teliti kembali agar ianya tidak semakin parah di kemudian hari. Mencegah lebih baik dari merawat. 

Dan saya tidak mengatakan bahawa kaum wanita tidak boleh bekerja sama sekali. Tetapi kajian perlu diadakan semula bagi menilai mana pekerjaan yang sesuai dan mana pekerjaan yang sepatutnya di serahkan kepada kaum lelaki sahaja. Ini bagi mengelakkan terjadinya;

- Pengabaian terhadap anak-anak dalam rumahtangga.

- Penambahan pengangguran di kalangan lelaki.

- Peningkatan penghisap dadah.

- Peningkatan kadar jenayah yang disebabkan lelaki tidak bekerja dan menghisap dadah terutamanya.

- Berlaku fitrah kemanusiaan yang songsang iaitu perempuan bekerja di luar sedangkan lelaki jaga anak dan menjadi suri rumah.

- Masyarakat semakin tidak beruntung kerana di pimpin oleh ramai orang perempuan (sesuai dengan maksud hadits riwayat Bukhari di atas).

Wallahu a'lam ....... :-)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.