Berita Terkini

Sudah tukar! Makin ramai suami didera isteri

Foto kredit: sochina.net
Isteri dera suami
Sudah tukar ka? Agaknya ini lah yang akan ditanya oleh Ravi jika tajuk ini dikemukakan kepadanya. Wanita makin brutal sekarang nampaknya. 

Patut lah kawan saya sendiri pernah bercerita, bahawa kawan lelakinya sentiasa dimaki dan dikasari oleh isterinya, ih ih ih. Rupa-rupanya bukan dia seorang berada dalam situasi sebegini .......

Adakah kerana isteri lebih kattang dari suami? Atau suami cedding dan terlalu lembik?

Wahai isteri-isteri yang sedemikian, berasa gagah sangat doh ke? Gggrrrrrr

Oleh: NURUL HUSNA MAHMUD dan IRENE SURAYA KAMARUDIN

KUALA LUMPUR: Bilangan suami menjadi mangsa dera isteri semakin membimbangkan, malah aduan diterima meningkat sejak kebelakangan ini.

Fenomena itu didedahkan Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq pada majlis mesra Aidilfitri Wadah-Abim-PKPIM, di sini, semalam.

Menurutnya, jika dulu lelaki adalah pelaku dalam banyak kes dilaporkan, tetapi kini penderanya wanita.

“Abim pusat kerap menerima laporan golongan suami yang mengadu diri mereka dicederakan oleh isteri.

“Ada kes dirujuk kepada pihak kami apabila suami mengadu dipukul isteri menggunakan objek keras seperti batang pengelap lantai dan mangga kunci.

“Secara tidak langsung kami melihat ia sebagai penanda aras banyak kes keganasan rumah tangga kini dilakukan kedua-dua pihak. Ini kerana isteri hilang rasa hormat dan tak takut kepada suami, menyebabkan isteri berani menggunakan kekerasan,” katanya.

Beliau juga mengatakan, jika dulu penderaan dalam rumah tangga hanya tertumpu kepada emosi, sekarang ia cenderung kepada penderaan fizikal dan keganasan seksual.

Menurutnya, kursus pasca perkahwinan perlu diadakan dan bukan mengharapkan kursus praperkahwinan semata-mata bagi membantu mengukuhkan institusi kekeluargaan.

“Pasangan perlu kaji semula aspek merangkumi komunikasi, pengurusan ekonomi keluarga dan ikatan kasih sayang setiap lima tahun mereka mendirikan rumah tangga.

“Ia selaras dengan peredaran masa kerana kemungkinan komitmen akan bertambah berat selepas keluarga mula berkembang,” katanya.

Katanya, ini mengakibatkan pasangan tidak dapat mengimbangi tanggungjawab sedia ada dan akhirnya menimbulkan konflik dalam hubungan dan seterusnya menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes perceraian.

Usaha Abim membantu pihak berkenaan ialah dengan melancarkan program pembangunan komuniti (Tanmiyah al Mutafakkir).

“Melalui program aduan panggilan telefon meminta khidmat nasihat dalam mendapatkan perlindungan mengenai isu keganasan rumah tangga akan diteliti kumpulan peguam syariah Abim.

“Secara tidak langsung, ini satu usaha menjadikan program ini pusat sehenti Muslim iaitu rujukan dan perlindungan dalam membantu mangsa kes sebegini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.