Seorang petani Poland yang baik hati menyelamatkan itik yang berkaki empat dari dijadikan santapan, bahkan mengalu-alukannya ke dalam keluarga beliau selepas mewujudkan ikatan dengan rakan barunya itu yang dipanggil dengan nama quacky.
Krzystof Makles mulanya berfikir itik luar biasa yang dilahirkan di pusat penetasan itu akan mati. Walau bagaimanapun, Krzystof mengambil makhluk yang terbiar itu ke bawah penjagaannya, membela sehingga ia sudah cukup besar untuk menjaga diri sendiri.
Lelaki berusia 42 tahun dari Swiecie itu memberitahu bahawa rakan berbulu barunya itu sentiasa mengikutinya ke mana-mana di ladang, seperti seekor anjing.
"Kami menjumpainya di kalangan beberapa anak-anak ayam lain yang baru lahir dan secara jujur saya fikir dia akan mati, tetapi dia menjadi lebih kuat dan berjaya mengatasi masalah itu, dan saya mengagumi keberaniannya," jelas Krzystof.
"Tetapi tiga bulan kemudian dia telah benar-benar membesar dan, walaupun itik berkaki empat itu akan menjadi satu jualan yang besar bagi penjual daging, saya tidak akan membiarkannya berakhir di dalam oven sekarang. Dia adalah haiwan kesayangan keluarga," tambah Krzystof.
[Metro]
Sebelum ini ada lagi kisah itik berkaki empat yang diberi nama Stumpy. Ianya telah dilaporkan oleh BBC News pada tahun 2007.
Pemiliknya ialah Nicky Janaway, dari Ladang Itik Warrawee di New Forest, Hampshire, UK. Mutasi seperti ini jarang berlaku tetapi kes-kes sepertinya telah direkodkan di seluruh dunia.
Sungguh unik dan agung alam ciptaan Ilahi, ini baru di dunia dan di atas bumi saja, dah macam-macam ada! SubhanAllah :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)