Berita Terkini

Semoga polis lebih tumpu cari penjenayah brutal, bukan cari rakyat miskin untuk disaman

Foto kredit: Comstock/Comstock/Getty Images
Sebelum itu sila baca tajuk Samun: Isteri disimbah asid, suami dicampak tepi jalan  di Malaysiakini. Kejadian samun di Guar Chempedak dekat Yan malam tadi. 

Maka dengan ini saya mahu berbicara sedikit, sebagai pandangan kepada pihak polis. Ini kerana selama ini saya tengok ramai polis (bukan semua) yang hanya menumpukan usaha untuk mencari orang untuk diSAMAN. Termasuklah lah rakyat-rakyat miskin, kena juga saman kesalahan jalanraya (walaupun kesalahan yang sangat kecil).

Ini kerana arahan dari pihak atasan yang sememangnya ada TARGET untuk menyaman orang dalam setahun atau dalam tempoh masa yang tertentu. Kalau tak ada saman maknanya tak ada duit. Adakah duit yang lebih dipentingkan dari nyawa dan keselamatan masyarakat?

Maka saya menyeru lah pihak polis agar usahakan untuk menumpu buat operasi terhadap penjenayah-penjenayah hardcore dan brutal. Perbanyakkan kawalan terhadap jenayah-jenayah yang berat, bukan banyak tumpu kepada kesalahan-kesalahan kecil yang boleh mendatangkan duit semata.

Dan yang paling penting sekali, kita semua sebagai umat Islam mesti ingat. Bahawa Allah mewajibkan kita melaksanakan Undang-undangNya seperti yang termaktub dalam AlQuran. Mungkin ramai yang boleh kata, kita bukan semata baca AlQuran, tetapi mesti amalkan. Tetapi adakah kita betul-betul sudah AMALKAN apa yang disuruh oleh AlQuran?

Adakah kita hanya terus mahu menjadi golongan yang hanya BACA AlQuran tetapi TIDAK AMALKAN?

Tak perlu saya mengulas lanjut di sini, sila baca tentang Undang-undang Islam yang sudah banyak saya tulis dalam blog ini dalam macam-macam tajuk dah. Diharap semua agar bukalah MINDA dan bukalah HATI. Kita telah lama tertipu dengan Undang-undang British yang BUKAN dapat menyelesaikan masalah, tetapi makin menambahkan masalah.

Undang-undang British bukan saja menambahkan masalah, tetapi juga menambahkan duit dengan SAMAN SAMAN SAMAN. Jenayah diperdagangkan dan dicari keuntungan melaluinya, sedih sedih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.