Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » Buku terbaru Fitnah terhadap Anwar, terbitan SAMM


Buku terbaru Fitnah terhadap Anwar
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia menerbitkan buku kedua bertajuk Fitnah yang menerangkan secara mudah mengenai kes Fitnah 1, Fitnah 2 dan isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, buku tersebut telah siap dicetak dan berada di pasaran mulai semalam.

Menurutnya, ia bertujuan mengingatkan semula rakyat terhadap kes perbicaraan yang telah menjadi titik kerosakan negara apabila semua elemen dan institusi digunakan untuk menjatuhkan ketua pembangkang itu.

“Penerbitan buku ini bertujuan untuk memahamkan rakyat betapa perlu bangkit segera untuk membebaskan Jabatan kehakiman, Polis dan maruah negara ini dari terus dipandang buruk oleh dunia,” kata Badrul atau dikenali sebagai Chegu Bard.

Selain sesuai untuk bacaan semua peringkat, buku itu juga bagi mengingatkan rakyat  mengenai peristiwa penyatu kepada reformasi 1998.

Menurut Chegu Bard, dengan penerbitan buku itu, rakyat Malaysia diharap akan mendapat kesedaran dari apa yang dibaca dan terus bersama dalam memperjuangkan keadilan dalam negara ini.

“Kes ini harus dipandang bukan sekadar serangan peribadi ke atas Anwar tetapi kecurangan sistem dan kehancuran keadilan dalam negara, ia perlawanan menegak negara hukum.

“Kita anak muda memilih untuk bersama Anwar Ibrahim untuk mengambil kesempatan ke atas beliau mempergunakan kesnya bagi menyatukan semua tenaga bagi melawan rejim warisan penjajah demi masa depan tanahair,” katanya.

[Keadilan Daily]

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (110) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)