Berita Terkini

Perang antara tentera Allah dan tentera syaitan

Allah memberikan cubaan kepada seseorang berupa musuh yang tidak mahu berpisah dengannya walaupun sekejap. Musuh-musuh itu tidak tidur, tidak lalai dan tidak cuai kepadanya. Musuh-musuh itu selalu bersama orang tersebut sementara itu dia tidak dapat melihat mereka. Musuh-musuh itu berusaha bermati-matian untuk melaksanakan rancangannya dalam setiap keadaan. Mereka berusaha sekuat tenaga untuk tidak meninggalkan orang tersebut.

Mereka pun meminta bantuan kepada bangsa sejenisnya yakni syaitan jin dan syaitan manusia. Syaitan itu menancapkan jaring-jaringnya dan mengkehendaki kebinasaan. Syaitan beserta bala bantuannya mengatakan kepada kawan-kawannya, "Hadapilah musuhmu dan musuh ayahmu itu. Jangan sampai kehilangan dia. Jangan sampai dia mendapat nasib baik masuk syurga, sedangkan kita ke neraka. Jangan sampai dia mendapat rahmat dan kasih sayang, sementara kita mendapat laknat dan kutukan. Kamu telah tahu apa yang berlaku pada diri kita, iaitu kehinaan dan jauh daripada rahmat Allah kerana kepentingannya. Kobarkan semangat kamu agar manusia itu menjadi teman kita dalam musibah ini. Kita telah kehilangan teman daripada orang-orang soleh di antara mereka di syurga. Allah telah memberitahu kita semua itu. Dia telah menyuruh kita untuk membawa untuknya persiapan dan kita menyediakan persiapan itu."

Setelah Allah memberitahu bahawa Adam dan keturunannya diberi cubaan dengan musuh yakni syaitan ini dan syaitan-syaitan yang telah menguasai mereka, maka Allah menolong mereka dengan pasukan dan tentera. Namun Allah pun menolong musuh manusia dengan tentera dan soldadu juga. Allah membuka gelanggang jihad di dunia ini yang akan dilanjutkan ke akhirat.

Allah telah membeli jiwa orang-orang mukmin beserta harta mereka dengan syurga. Mereka berjuang di jalan Allah, mereka membunuh dan terbunuh, dan Allah memberitahu bahawa itu adalah janji yang pasti. Perkara ini tertulis dalam kitabNya, Taurat, Injil dan AlQuran.

Allah memberitahu bahawa Adam tidak menepati janji sehingga berlakulah perjanjian yang harus diterima dengan senang hati.

Perjanjian orang-orang yang ingin mengetahui batasnya. Kerana manusia harus melihat kembali tentang harga ataupun nilai yang dikorbankan dalam perniagaan itu dan kepada siapa dia melakukan perjanjian jual-beli itu. Kemenangan mana yang lebih besar? Perniagaan mana yang lebih menguntungkan?

Allah s.w.t menetapkan hal tersebut dalam firmanNya, "Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di syurga 'Adn,  itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman." (Surah As-Shaaf : Ayat 10 - 13)

Allah tidak akan memberi kekuasaan kepada musuh tadi untuk menguasai hambaNya yang mukmin sebagai makhluk yang paling dicintai kerana jihadnya, iaitu sesuatu yang paling disukai olehNya. Ahli jihad ialah makhluk yang tertinggi darjatnya dan paling dekat wasilahnya. Kerana itu Allah menetapkan dan mengikatkan panji-panji peperangan demi kemurnian makhluk-makhluknya, iaitu kebersihan kalbu yang menjadi tempat makrifat dan tempat cinta kepadaNya, tempat berserah diri dan tempat kembali kepadaNya.

Allah pun akan menjadikan diri seseorang sebagai pimpinan dalam peperangan ini, dan menyokongnya dengan soldadu yang terdiri daripada malaikat yang tidak akan berpisah dengan musibah dengan manusia. Sebagaimana firmanNya;

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah,  sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri, dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."  (Surah Ar Ra'd : Ayat 11)

Para malaikat itu saling bergantian satu sama lain. Setiap ada yang pergi, datang gantinya. Mereka memperkukuh, menyuruh dan menganjurkan perbuatan yang baik serta menjanjikan pada manusia akan belas kasih Allah. Malaikat itu bersabar dalam mendampingi manusia seraya berkata, "Ini hanyalah sementara menunggu ketenangan abadi."

Kemudian Allah menambah dengan soldadu-soldadu lain dengan wahyu  dan ucapanNya, Allah mengutus Rasulullah s.a.w dan menurunkan kepadanya AlQuran yang akan menambah kekuatan manusia yang beriman. Bersamaan dengan itu, seseorang yang beriman akan disokong oleh seorang pembantu dekat dan pemberi nasihat. Para malaikat pun mengungkap tentang hakikat permasalahan sehingga dia akan dapat memantau janji Allah terhadap hamba-hambaNya yang dicintaiNya dan para pasukanNya pada waktu berjihad.

Akal manusia mengatur siasat tenteranya. Pengetahuan akan memahamkan perkara-perkara peperangan, penyebab dan akibatnya. Di sisi lain, iman akan mengukuhkan dan memperkuat serta menyabarkan para perajurit iman tersebut. Keyakinan yang benar dan mendorongnya untuk memenangkan kebenaran.

Seterusnya Allah s.w.t menyokong orang yang berdiri memimpin peperangan itu dengan kekuatan zahir dan batin. Allah menjadikan mata sebagai alat pemantauNya dan telinga sebagai pendengaranNya, lidah sebagai penterjemahNya, kedua tangan dan kaki sebagai pembantuNya, serta para malaikat pemikul Arasy-Nya memohon keampunan bagi mereka.

Demikian pula mereka memohon kepada Allah agar menjaga diri mereka daripada keburukan-keburukan dan memasukkan mereka ke dalam syurga. Memohon agar Allah s.w.t berkenan menjaga, membela dan mempertahankan diri mereka. Mereka berkata, "Inilah pasukan kami dan pasukan Allah." Mereka itulah orang-orang yang beruntung. 

Firman Allah s.w.t, "Mereka itulah golongan Allah (hizbullah), ketahuilah bahawa golongan Allah itulah golongan yang beruntung."  (Surah Al-Mujaadalah : Ayat 22)

Allah pun mengajar bala tenteraNya cara dan taktik berperang. Dia memperteguh keadaan mereka, seperti disebutkan dalam firmanNya, "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan lah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."  (Surah Aali-Imran : Ayat 200)

Murabathah bermakna tetap tinggal di tempat penjagaan untuk mengawasi celah-celah yang akan dilalui musuh dan tidak boleh ditinggalkan dalam keadaan kosong. Jika lengah, musuh akan segera menyerbu dan menduduki tempat itu.

Para sahabat Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik perajurit dalam pengertian yang luas. Pertahahanan mereka terhadap serangan syaitan amat kukuh. Namun mereka pernah lalai sekali, yakni ketika Perang Uhud. Dengan tidak mentaati arahan daripada panglima perang (Rasulullah) untuk tidak meninggalkan penjagaan, maka akhirnya pasukan Muslimin dapat dihancurkan oleh musuh.

Gabungan daripada kesabaran, ketekunan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t merupakan tiang yang paling kukuh. Kesabaran, ketekunan, kesanggupan serta murabathah tidak akan memberi manfaat kecuali dengan takwa. Sedangkan takwa itu sendiri tidak akan tegak kecuali di atas tiang kesabaran.

[Petikan dari buku Penyakit dan Penawarnya - Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.