Berita Terkini

Kita ada kuasa boikot produk Israel - Afdlin Shauki

Kita ada kuasa boikot produk Israel - Afdlin Shauki
Pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki menyeru seluruh rakyat Malaysia bersatu memboikot semua produk yang menyumbang kepada zionis Israel.

Menurutnya, semua orang berkuasa memboikot dengan wang ringgit yang dimiliki.

"Kanak-kanak di Gaza terus dibunuh. Apa yang kita boleh buat? Boikot. Kita ada kuasa. Dengan wang itu membawa kita ke syurga atau neraka.

"Boikot segala produk yang berkaitan dengan zionis Israel," katanya ketika berucap pada himpunan aman 'Selamatkan Kanak-kanak Gaza' di Dataran Merdeka, hari ini.

Beliau turut mengingatkan ribuan peserta himpunan aman berkenaan bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai pilihan.

"Kita nak bagi duit kita itu untuk beli senjata ke?

"Kita ada pilihan. Mungkin kita sudah terbiasa tapi kita boleh buat. Boikot semua barang yang membunuh kanak-kanak di Gaza," katanya.

Beliau meminta agar semua peserta himpunan menyemak kembali barangan-barangan yang dimiliki di rumah masing-masing.

"Balik nanti tengok barangan di rumah kita. Memang susah tapi kita boleh. Tukar barang lain. Cari orang Malaysia yang boleh buat mee dan coklat.

"Sampailah syarikat-syarikat itu membuat keputusan untuk berhenti menyokong Israel," katanya.

Lebih sepuluh ribu peserta himpunan membanjiri Dataran Merdeka sejak jam 2 petang sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada himpunan tersebut.

Selain Afdlin, turut hadir penyanyi, Ela dan Faizal Tahir.



p/s: Nampaknya ada lagi mereka-mereka di luar sana yang masih TIDAK FAHAM KONSEP, dengan mengatakan, kalau nak BOIKOT McDonald, KFC dan seumpamanya, maka BOIKOT lah kesemua Facebook, Google dan sebagainya.

Sebaiknya kita perlu FAHAM KONSEP ... Facebook, Google semua ini dapat DUIT melalui IKLAN-IKLAN yang diletakkan di laman web mereka. Kalau kita TIDAK KLIK atau REGISTER untuk mengiklan di laman web mereka, insya Allah TAK BERI UNTUNG pada mereka pun. Mereka dapat DUIT melalui IKLAN-IKLAN yang dipasang di laman web mereka, itu yang PERLU KITA TAHU .. satu lagi kerana SUKAR UNTUK DIELAKKAN dan masih tidak ada ALTERNATIF lain .... tapi berkenaan dengan McD, KFC dan seumpamanya, TAK ADA MAKANAN SANGAT ke di Malaysia ini hinggakan TERPAKSA MAKAN MCD??? :-)

Ya, Facebook ada juga beberapa alternatif lain yang kononnya laman web milik Muslim. Tetapi pastikah kita ianya betul-betul tidak ada kaitan langsung dengan Zionis, kerana boleh dikatakan hampir semua paksi-paksi asas internet ini milik mereka?  Kemudian, kita guna Facebook kerana ia adalah salah satu jaringan sosial yang paling meluas digunakan. Bagaimana kita nak tahu tentang pergerakan dan agenda musuh jika kita langsung tidak mengikutinya? Yang jadi masalahnya ialah jika kita guna Facebook SEMATA-MATA untuk hiburan dan perkara melalaikan.

Pendek cerita, selagi kita tidak klik iklan-iklan di Facebook dan Google ini, seperti yang saya nyatakan di atas, TIDAK ADA HASIL masuk ke poket mereka. Maka kenapa kita perlu BELA McDonald, KFC dan seumpamanya itu habis-habisan? Itu persoalannya. Yang mana MUDAH dan TIDAK MENDATANGKAN MASALAH jika boikot, kita BOIKOT SAJA.  Wallahu a'lam ....... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.