Berita Terkini

Mengapa terlalu sukar untuk kahwin sekarang ini?

Pernikahan adalah satu sunnah nabi dan merupakan antara fitrah manusia yang memerlukan kepada pasangan. Setiap makhluk, Allah ciptakan berpasangan termasuklah manusia. Oleh kerana itu manusia perlukan kepada pasangan masing-masing untuk saling melengkapi. Jika tidak, hidupnya masih tidak lengkap, tidak teratur dan banyak kekurangan.

Dan pernikahan merupakan salah satu tanda kebesaran Allah sepertimana yang difirmankan olehNya yang bermaksud, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir."  [Surah Ar-Ruum : 21]

Apa itu mawaddah dan rahmah?

Mawaddah dan rahmah ini muncul kerana di dalam pernikahan ada faktor-faktor yang dapat menumbuhkan dua perasaan tersebut. Dengan adanya seorang isteri, suami dapat merasakan kesenangan dan kenikmatan, serta mendapatkan manfaat dengan adanya anak dan mendidik mereka. Di samping itu, dia merasakan ketenangan, kedekatan dan kecenderungan kepada isterinya. Sehingga secara umum tidak diperolehi mawaddah dan rahmah di antara sesama manusia sebagaimana mawaddah dan rahmah yang ada di antara suami isteri. [Taisir Al-Karimir Rahman, hal. 639]

Al-Hasan Al-Bashri, Mujahid, dan Ikrimah rahimahumullah berkata: "Mawaddah adalah ibarat/kiasan dari nikah (jima') sedangkan rahmah adalah ibarat/kiasan dari anak." Ada pula yang berpendapat, mawaddah adalah cinta seorang suami kepada isterinya, sedangkan rahmah adalah kasih sayang suami kepada isterinya agar isterinya tidak ditimpa keburukan. [Ruhul Ma’ani 11/265, Fathul Qadir 4/263]

Kata Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawwas, "Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sah iaitu perkahwinan, maka dia akan mencari jalan-jalan syaitan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam."

Rasulullah S.a.w bersabda yang mafhumnya, "Barangsiapa menikah, maka dia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi." [Hadits Riwayat Thabrani dan Hakim]

Pernikahan di Malaysia semakin sukar

Sejak British datang ke Malaysia dulu, HUKUM ALLAH pun telah mula dibuang dan digantikan dengan undang-undang yang dirangka oleh Lord Reid. Dan sistem birokrasi mula bertapak di Malaysia yang menyebabkan semakin banyak kesulitan dialami, bukan semakin menyenangkan. Apa yang saya lihat sekarang, nikah kahwin di Malaysia ini semakin sukar. Rakyat semakin sukar untuk mendapatkan mawaddah dan rahmah yang ada dalam pernikahan. Sukar oleh kerana beberapa faktor utama antaranya;

1- Undang-undang yang semakin cerewet, yang menyusahkan dengan banyaknya prosedur. Ambil sijil itu ambil sijil ini, kena bayar itu kena bayar ini (orang nak kahwin pun masih sempat mereka nak cari keuntungan), bukan semakin untuk menyenangkan tetapi semakin menyusahkan rakyat.

2- Pemikiran ibubapa yang berorientasikan kepada mahukan menantu yang hebat, terutamanya dari segi keduniaan. Seperti mahukan menantu yang berkerjaya besar, berpangkat, ada nama hebat dan seumpamanya. Secara ringkasnya ialah terlalu cerewet dalam memilih.

3- Masyarakat sendiri yang telah statik fikirannya yang suka mengata itu ini. Orang nak nikah secara halal pun dikomen yang tidak membina. Orang nak nikah dengan janda pun bermacam-macam tuduhan dilemparkan.

4- Tiada usaha oleh pihak-pihak atasan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan, yang masih tidak kahwin-kahwin itu.

Kita perlu tahu, keadaan di Malaysia kini semakin berleluasa dengan zina, berdua-duaan bersama bukan muhrim, gejala bohsia, dating di mana-mana antara bukan muhrim dan sebagainya. Maka mengapa saya lihat pemimpin-pemimpin kita hanya memandang remeh perkara ini? Tiada yang prihatin kepada nasib manusia-manusia yang hendak sangat kahwin tetapi masih tidak mampu. Justeru, wahai penguat kuasa undang-undang, itu semua tanggungjawab anda. Jika sekiranya anda makin menyulitkan lagi proses pernikahan, anda sebenarnya turut sama menyumbang ke arah berlakunya segala gejala maksiat itu.

Adakah dengan membuat bermacam-macam prosedur itu semakin menyelesaikan masalah?

Islam ini mudah tetapi dipersulitkan dengan bermacam prosedur sekarang. Apa yang saya tengok, masalah tidak juga selesai, malah semakin membuatkan orang sukar untuk kahwin, semakin membuatkan orang melanggar batas-batas agama, semakin membuat rakyat tertekan dan seumpamanya. Apa gunanya buat makin banyak prosedur tetapi rakyat semakin ramai buat maksiat?

Pemimpin sepatutnya berusaha menyahut hadits ini , "Nikahilah perempuan yang ramai anak dan penyayang. Kerana aku akan berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi kelak di hari kiamat." [Hadits Riwayat Ahmad dan di shahihkan oleh Ibnu Hibban]. Nabi S.a.w amat berbangga dengan umatnya yang ramai, maka jika kerajaan kita betul-betul prihatin masalah ini, kerajaan akan menumpukan agar rakyatnya yang beragama Islam dapat kahwin semuanya. Tidak mahukah kita membantu untuk meramaikan umat nabi kita?

Kata Syeikh Hussain Muhammad Yusuf: "Hidup membujang adalah suatu kehidupan yang kering dan gersang, hidup yang tidak mempunyai makna dan tujuan. Suatu kehidupan yang hampa dari berbagai keutamaan insani yang pada umumnya ditegakkan atas dasar egoisme dan mementingkan diri sendiri serta ingin terlepas dari semua tanggungjawab." Maka tidak mahukah kita cuba menggalakkan (sambil membantu) rakyat agar berkahwin?

Apakah dengan membuat bermacam prosedur itu dapat membasmi masalah perceraian?

Apa yang saya tengok tidak juga, kerana masih banyak rumahtangga yang menemui jalan buntu yang akhirnya bercerai. Itu semua adalah soal jodoh, apa pun langkah yang kita usaha, kalau dah jodohnya panjang tetap panjang, kalau dah jodoh pendek tetap pendek, ada hikmah semuanya. Cuma apa yang saya harap, jangan pula pihak atasan semakin menyulitkan proses untuk berkahwin itu.

Mana lebih baik? Berikan kemudahan kepada mereka yang mahu berkahwin dan cuba membantu mereka ataupun biarkan sahaja maksiat semakin berleluasa? Dan dalam keadaan rakyat tertekan pun kerajaan masih sibuk dengan pembangunan pembangunan pembangunan. Naluri rakyat yang memerlukan kepada pasangan yang halal terpinggir pun masih sibuk dengan pembangunan pembangunan pembangunan. Apa guna nya pembangunan jika jiwa rakyat kamu menderita? Apa gunanya pembangunan jika sekiranya keperluan asasi rakyat kamu tidak dipenuhi?

Nasib ramai wanita yang masih tidak dapat berkahwin pun tiada siapa yang peduli. Tidak kah kerajaan kaji tentang berapa bilangan wanita yang masih tidak dapat kahwin di Malaysia ini? Walaupun sudah dikategorikan sebagai berumur dan sudah layak untuk bergelar sebagai seorang isteri? Apa usaha kerajaan untuk mencari jodoh buat mereka? Apa usaha kerajaan untuk menenangkan hati mereka kerana kita mesti tahu, MANUSIA SANGAT MEMERLUKAN PASANGAN MASING-MASING. Tanpa pasangan, sudah tentu jiwa terasa kekosongan, kesepian, keseorangan dan bermacam-macam perasaan negatif lagi. Bukan semua kita ini sekuat jiwa Imam an-Nawawi, al-Ghazali dan sebagainya. Kerajaan berusaha keras untuk membuat pembangunan, tetapi mengapa kerajaan tidak berusaha keras untuk menyenangkan dan mengisi kekosongan hati rakyat? Di sini lah terlihatnya betapa kerajaan hanya mementingkan pembangunan material dari pembangunan rohani rakyat.

Mana usaha anda untuk membantu rakyat untuk memenuhi firman Allah ini, "Dialah yang menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan Dia jadikan dari jiwa yang satu itu pasangannya agar dia merasa tenang kepadanya…" [Surah Al-A'raf : 189]

Dan kepada para ibubapa pula, jangan lah terlalu cerewet untuk memilih bakal menantu. Cukup lah kamu kaji serba sedikit tentang latar belakangnya menurut apa yang diberitahu dalam hadits, "Wanita dikahwini kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka." [Hadits Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175]  Dan maksud hadits ini juga termasuk kepada calon lelaki.

Jika anda sudah pasti orang itu agamanya elok, takutkan Allah, dan anak anda sudah saling sayang menyayang dengannya, maka nikahkan lah mereka. Jangan tunggu sampai mereka ada rumah banglo, kereta besar, duit bertambun-tambun dulu baru nak kahwinkan mereka. Ingatlah, Sayyidina Ali r.a dan Sayyidatina Fatimah a.s hanya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi mereka tetap bahagia. Apa lagi yang bagus melainkan melihat hidup anak anda bahagia? Saya tegaskan, bahagia bukan diukur dengan wang ringgit ya, saya ulangi lagi, bahagia bukan diukur dengan wang ringgit.

Hayatilah firman Allah ini dan jangan hanya pandai baca sahaja, "Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."  [Surah An-Nur : 32]

Dan yakinilah juga dengan pesan Nabi Muhammad S.aw ini, "Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya."  [Hadits Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Turmudzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari Abu Hurairah r.a]

Dan saya kuatkan lagi hujjah dengan kata-kata sahabat ini, Ibnu Mas'ud radliyallahu ‘anhu pernah berkata; "Jika umurku tinggal sepuluh hari lagi, sungguh aku lebih suka menikah daripada aku harus menemui Allah sebagai seorang bujangan."  [Ihya Ulumuddin dan Tuhfatul ‘Arus hal. 20]

Jangan tunggu sampai menantu anda kaya atau banyak duit dahulu baru nak nikahkan mereka dengan anak anda. Yakinlah, Allah akan bantu untuk cukupkan mereka jika mereka ikhlas berkahwin kerana Allah. Ketahuilah, apa yang penting dari sebuah rumahtangga adalah kebahagiaan. Kebahagiaan itu bukan diukur dari wang ringgit, pangkat dan seumpamanya, tetapi ianya dirasai dalam hati seorang manusia itu. Maka jika hatinya sudah saling sayang menyayang, senang dan serasi bersama, maka nikahkan lah mereka. Semoga dengan cepat-cepat dinikahkan akan dapat mengelakkan dari berlakunya bermacam maksiat dan dosa.

Dan bagi para lelaki yang mahu memilih wanita, hayatilah maksud ayat ini, "Wanita yang shalihah ialah yang ta'at kepada Allah lagi memelihara diri bila suami tidak ada, sebagaimana Allah telah memelihara (mereka)." [Surah An-Nisaa : 34]

Oleh itu saya amat berharap pihak yang berwajib dapat menitik-beratkan perkara ini kerana ini adalah soal keperluan asasi manusia, fitrah kemanusiaan dan demi kebahagiaan masing-masing. Cuba lah ikhtiar agar masing-masing rakyat ini dapat ke gerbang pernikahan semuanya, kerana saya perhatikan teramat banyak rakyat yang sudah agak berumur yang sangat-sangat ingin merasa alam pernikahan tetapi masih tidak dapat nikah terutamanya golongan wanita.

Kesimpulan

Kesimpulan dari apa yang saya ingin katakan di sini ialah, jika ada pasangan-pasangan yang sedang bercinta mahu berkahwin dan mereka sudah sanggup untuk hadapi apa sahaja, maka kahwinkan sahaja mereka. Tak perlu kita pula yang menjadi penghalangnya. Apa yang penting pernikahan itu pertamanya mesti berdasarkan kepada kerana ALLAH. Maka jika mereka sudah sanggup untuk berkahwin, tunggu apa lagi? Aturkan pernikahan untuk mereka. Soal jodoh kekal atau tidak, bahagia atau tidak mereka itu adalah soal mereka sendiri dan serah sahaja kepada Allah S.w.t.

Jangan kita pula yang jadi batu penghalang kepada orang yang mahu membina masjid dan mengelakkan maksiat. Akibat melarang mereka berkahwin, nanti mereka buat maksiat dan dosa, siapa yang nak tanggung? Anak-anak anda juga wahai pak-pak mertua. Tak kasihankah anda kepada anak-anak anda? Gara-gara anda mementingkan diri anda sendiri untuk mendapat menantu yang hebat, agar semua orang pandang hebat kepada anda (macam anda sendiri pulak yang nak kahwin), akhirnya anak anda yang jatuh ke lembah maksiat.

Adakah selama ini mereka yang banyak harta itu semua bahagia setelah berkahwin? Adakah mereka yang pergi kursus kahwin itu bahagia belaka selepas berkahwin? Adakah mereka yang berpangkat, berkerjaya besar dan segala yang gah-gah bahagia belaka selepas kahwin? Tepuk dada tanya iman anda.

Jangan menetapkan hantaran yang besar-besar bagi mereka yang tidak mampu. Ikut sahaja kemampuan mereka, jangan menyiksa dan membebankan bakal menantu anda. Yang penting mereka dapat bina masjid yang baik dan sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Dan jika anda adalah ibu bapa yang baik, bantulah anak anda untuk mengeluarkan belanja bagi pernikahannya. Semoga pernikahan mereka diredhai dan diberkati Allah. Yang penting kita buat jalan HALAL yang diredhai oleh ALLAH S.W.T, insyaAllah berkat.

Pernikahan yang sepatutnya mudah sahaja di dalam Islam dan amat digalakkan oleh Nabi Muhammad S.a.w tetapi semakin sukar dan payah untuk dilakukan sekarang ini kerana sikap kita dan persekitaran kita sendiri. Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan lah bersama. Wallahu a’lam ....... :-)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.