Berita Terkini

Rahsia kalimah Tauhid dan keseimbangan

Islamic wallpaper
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dalam kalimah Tauhid iaitu La Ilaha Ilallah mempunyai dua bahagian iaitu Nafi dan Itsbat.

Nafi / An-Nafyu (penafian) - La Ilaha , tiada Tuhan yang selayaknya disembah, iaitu menafikan tuhan yang lain.

Itsbat (menetapkan) - Illa-Allah , melainkan Allah. Iaitu menetapkan hanya Allah lah satu-satunya Tuhan.

Kaitan kalimah Allah, Muhammad, dan Tauhid di bawah tiada disebut dalam nas-nas AlQuran atau AlHadits. Dan ianya tidak semestinya betul, cuma kaitannya ada dengan sains dan matematik.

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada daripada yang ditumbuhkan oleh bumi atau daripada diri mereka ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya.”  [Surah Ya Sin, 36 : Ayat 36]

Ayat tentang BERPASANGAN atau KESEIMBANGAN dalam Surah Yasin di atas pun sudah menunjukkan keseimbangan pada surahnya yang ke 36 dan menyebutnya pada ayat yang 36.

Ada keseimbangan (balance) pada perkataan Allah dan Muhammad dalam Bahasa Arab. Begitu juga dengan kalimah Tauhid yang penuh.  Sila lihat di bawah;

الله  
= 4 huruf, iaitu Alif lam lam ha'

محمد
= 4 huruf , mim haa' mim dal


لا إله إلا الله
= 12 huruf

محمد رسول الله
= 12 huruf

Nama Nabi Muhammad S.a.w juga disebut dalam Bible, iaitu dalam Perjanjian Lama, Surah Kidung Agung (Song of Solomon), bahagian 5 ayat 16. Di situ nama Muhammad dieja dalam bahasa Ibrani (Hebrew) מַ חֲ מַ ד , yang sebutannya lebih kurang "Mahmad", juga ada 4 huruf. Cuma dalam ayat itu disebut Mahmaddim iaitu  מַ חֲ מַ דִּ ים , dalam konteks jama' / plural bagi penghormatan.


4 + 4 = 8

Firman Allah S.w.t dalam Surah ar-Ra'd ayat 8 yang bermaksud; "....... dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya."

12 + 12 = 24

Dalam sehari ada 24 jam. 24/8 = 3. Islam terbahagi kepada 3 cabang besar iaitu Aqidah (Tauhid / Usuluddin), Fiqh (Syariah) dan Akhlak (Ehsan / Tasawwuf). 3 ilmu tersebut ialah Ilmu Fardhu 'Ain yang wajib ke atas setiap Muslim mempelajarinya.

Dalam setahun ada 12 bulan kesemuanya, dan 4 bulan Haram iaitu Dzulqa'idah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab.

"Satu tahun itu ada 12 bulan. Di antaranya ada 4 bulan haram, iaitu 3 bulan berturut-turut, Dzulqa'idah, Dzulhijjah, dan Muharram serta Rajab yang berada di antara bulan jumada dan sya'ban." [Hadits Riwayat Bukhari no 2958]

Al-Imam Abu al-Faraj Ibnu al-Jauzi rahimahullah menyebut di dalam Bustanul Waai'dzin:  "Perumpamaan 12 bulan dalam setahun adalah seumpama 12 orang anak Nabi Allah Yaaqub alaihi al-salam, sepertimana Nabi Allah Yusuf adalah anak kesayangan Nabi Allah Yaaqub, begitu juga Ramadhan yang merupakan bulan kesayangan Allah taala. Diampunkan kesalahan 12 orang anak Nabi Yaaqub adalah berkat Nabi Allah Yusuf alaihi al-Salam. Begitu juga diberikan rahmat dan pengampunan kepada 12 bulan adalah disebabkan berkat Ramadhan."  [Ustaz Nazrul Nasir]

Nabi Muhammad S.a.w lahir pada 12 Rabi'ul Awwal dan wafat juga pada 12 Rabi'ul awwal.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam karyanya dengan sanad daripada Jabir dan Ibnu Abbas, sesungguhnya baginda S.a.w telah dilahirkan pada tahun gajah hari Isnin, 12 Rabiulawal, padanya (12 Rabiulawal), aku diangkat ke langit (mi'raj), dan padanya berlaku hijrah, dan padanya juga wafat. (Ibn Katsir, al-Sirah al-Nabawiyyah, dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, cet:1, 2005, hlm: 35)

Nabi Musa a.s pernah memukul batu dengan tongkatnya hingga terpancarlah 12 mata air.  "Dan (ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka Kami berkata, ‘Pukullah batu itu dengan tingkat kamu’. Lantas terpancar daripadanya dua belas mata air yang sesungguhnya setiap golongan itu mengetahui tempat minumnya."  [Surah Baqarah, ayat 60]

Imam As-Syafi’e rahimahullah, dan juga sebahagian besar para ‘ulama mengatakan bahawa perkataan Allah itu tiada kata asalnya, dan tiada sebarang perkataan lain yang terbit dari perkataan Allah. Nama itu merupakan namanya yang agung, sebagaimana Dia memperkenalkan diriNya kepada Adam.

Walaubagaimana pun ada juga pendapat yang mengatakan kalimah  محمد  itu ada 5 huruf, kerana ada satu huruf "mim" rahsia yang ditasydidkan. Cuma kita ambil sekarang ini kalimah   محمد  yang nampak jelas dan biasa digunakan sahaja.

Kedua-dua nama Allah dan nama Adam bermula dengan huruf Alif (ا).  Dan nama lain bagi Muhammad juga bermula dengan huruf Alif iaitu "Ahmad".

Sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, "Sebaik-baik zikir adalah La Ilaha Illa-Allah, dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah." [Hadits Riwayat Bukhari]

Sedikit berkenaan lafaz "alhamdulillah", Imam Fakhrul Razi di dalam kitab tafsirnya berkata bahawa perkataan Alhamdulillah ada 8 huruf dan pintu-pintu syurga juga ada 8, maka barangsiapa yang mengucapkan perkataan Alhamdulillah dengan keikhlasan dan kebersihan hatinya maka dia layak memasuki kelapan-lapan pintu syurga di akhirat nanti.

Beliau juga berkata bahawa kalimah pertama yang diucapkan oleh Nabi Adam a.s ialah Alhamdulillah apabila roh sampai ke pusatnya.

الْحَمْدُللّهِ
= 8 huruf

Maka, perkataan Alhamdulillah berkait dengan Nama Allah dan Muhammad. Iaitu 4 huruf + 4 huruf = 8 huruf.

Alhamdulillah (الْحَمْدُللّهِ)  bermaksud - "Segala puji bagi Allah"
Muhammad (محمد)  bermaksud - "Yang terpuji"

Alhamdu dan Muhammad kedua-duanya berasal dari perkataan "hamida" (حَمِدَ) yang bermaksud "memuji".

Perkataan ‘Al-Hubb’ iaitu kasih sayang / cinta disebut sebanyak 88 kali di dalam AlQuran. Hanya sekali disebut cinta yang merujuk kepada cinta antara lelaki dan wanita, iaitu dalam Surah Yusuf, ayat 30.

Arsy terdiri dari 4 tiang yang dijunjung oleh 4 malaikat. Dan pada Hari Kiamat nanti ia akan dijunjung oleh 8 malaikat.

"Dan pada hari itu (Hari Kiamat) lapan malaikat menjunjung (memikul) ‘Arsy Tuhan-mu di atas (kepala) mereka." [Surah Al-Haaqqoh : 17]

Sila baca juga Betapa BESARnya alam ciptaan Allah S.w.t


Tambahan:

Rasulullah S.a.w diangkat menjadi Rasul pada usia 40 tahun.

Sumber hukum (perundangan) dalam Islam ada 4, iaitu AlQuran, AlHadits, Ijma' Ulama dan Qias.

Nombor 4 juga ada kaitan dengan Khulafa' Ar-Rasyidin iaitu 4 khalifah utama selepas wafatnya Nabi Muhammad S.a.w.

Anggota WAJIB Wudhu' juga ada 4 iaitu muka, sebahagian kepala, kedua tangan hingga siku, dan kedua kaki hingga buku lali.

Roh melalui 4 alam iaitu Alam Roh, Alam Dunia, Alam Barzakh dan Alam Akhirat.

Arah ada 4 iaitu Utara, Selatan, Timur dan Barat.

AlQuran diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.a.w di zaman masyarakat jahiliyyah yang mengagungkan sastera dan bahasa-bahasa indah. Dan sekarang adalah zaman sains dan teknologi, tetapi AlQuran tetap bersinar dengan rahsia-rahsia menariknya yang menunjukkan ia adalah mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.a.w dari Yang Maha Mencipta lagi Maha Bijaksana, subhanAllah, alhamdulillah, Allahu akbar!.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"  [Surah Fushshilat : Ayat 53]

"Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."  [Surah Ar-Ruum : ayat 41]

Alam dan muka bumi ciptaan Allah S.w.t ini asalnya seimbang (balance), tetapi manusia lah yang telah mencemarkan dan merosakkannya. Ditambah lagi dengan perkara-perkara maksiat, mungkar dan sebagainya yang mengundang bala dari Allah S.w.t.

Cara pemakanan pun Nabi S.a.w ajar kita agar makan seimbang antara yang panas (bukan panas akibat dimasak, tetapi panas natural) dan sejuk. Begitu juga kalau minum air, yang beralkali itu bagus untuk meneutralkan (menyeimbangkan) asid dalam tubuh kita.

Wallahu a'lam ..


p/s: Tidak ketinggalan, puak Illuminati dan sekutu-sekutunya juga dari dulu lagi suka dengan pernomboran dan meletakkan kod-kod rahsia dalam binaan dan ciptaan mereka, mungkin kerana mahu mencabar AlQuran dan kitab-kitab wahyu dari Allah .......

Jika anda ada mahu tambah apa-apa yang berkaitan, dipersilakan dengan segala hormatnya, sama-sama kita berkongsi, terima kasih :)




Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.