Berita Terkini

Lebih 200 pengemis asing diberkas

KUALA LUMPUR: Seramai 282 pengemis asing adalah antara 1,762 pengemis dan kutu rayau yang diberkas pihak berkuasa menerusi 948 operasi berkala di seluruh negara dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Heng Seai Kie berkata kesemua pengemis warganegara asing itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

"Bagi golongan gelandangan dan kutu rayau warga tempatan pula, mereka ditempatkan di Desa Bina Diri manakala bagi yang berumur 60 tahun ke atas, diberi perlindungan di Rumah Seri Kenangan.

"Kedua-dua golongan ini akan menjalani pemulihan dan latihan kerjaya bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun seperti latihan vokasional, pertanian, kraf tangan, bimbingan agama dan juga rekreasi," katanya ketika menjawab Senator Datuk Chin Su Phin ketika sesi soal jawab.

Heng juga menjelaskan bahawa pengemis itu juga diberikan rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan serta bimbingan kaunseling sementara pengemis yang mempunyai keluarga, akan dipulangkan kepada keluarga masing-masing sebelum dipertimbangkan untuk menerima sebarang bantuan kebajikan.

Mengenai undang-undang khusus dan lebih tegas bagi membendung gejala pengemis jalanan dengan lebih berkesan, Heng berkata ia tidak perlu kerana Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 sudah pun mempunyai peruntukan untuk tujuan tersebut.

[Bernama , Harian Metro]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.