Berita Terkini

Muslim di Sweden tenang hati dengan Islam

Dalam beberapa tahun terakhir ini, seperti halnya di negara-negara Eropah lain, Islam berkembang pesat di Sweden. Selain kedatangan pendatang Muslim, juga banyak warga asli Sweden yang memeluk Islam. Di negeri ini, nama Muhammad bahkan menjadi nama yang paling popular, sekolah-sekolah untuk Islam mula ditubuhkan dan ramai orang Sweden kini mulai beralih ke makanan halal.

Namun tidak semua pihak senang melihat pertumbuhan Islam yang pesat di Sweden. Khususnya kalangan nasionalis yang dengan segala cara mendiskreditkan Islam, terutama melalui media massa. Mereka juga membuat propaganda-propaganda anti-Islam dan anti-Muslim.

Ole, adalah seorang Sweden yang masuk Islam, dan sekarang menggunakan nama islam Umar Abdullah. Dia mulai tertarik mempelajari Islam selepas peristiwa serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat.

"Saya terkesima menyaksikan kekejaman serangan pengganas pada 11 September 2001. Media massa berlumba-lumba menegaskan bahawa serangan itu dilakukan oleh orang-orang Islam yang terinspirasi dari Al-Quran. Saya jadi tertanya-tanya, buku macam apa yang membuat orang melakukan kekerasan seperti itu ," kata Umar yang sebelumnya seorang ateis.

Terdorong rasa ingin tahu, dia pergi ke perpustakaan dan mencari Al-Quran. Dia membaca ayat-ayat dalam Al-Quran yang justeru membuat Umar sedar bahawa media massa telah berbohong.

"Alih-alih mencari hasutan agar orang melakukan kekerasan. Saya mencari mesej cinta, keamanan dan rahmat dalam Al-Quran. Kalimat pertama 'dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang' membuktikannya," tutur Umar.

"Saya senang telah mencari kebenaran, tapi pada masa yang sama saya marah kerana selama bertahun-tahun saya tertipu oleh pemberitaan media massa tentang Islam dan Muslim," sambungnya.

Setelah membaca isi Al-Quran, Umar lalu melawat sebuah masjid kecil di Stockholm. Di sana dia belajar agama Islam dan di masjid itu juga dia mengucapkan dua kalimah syahadat. Setelah menjadi seorang muslim, Umar mempunyai saudara-saudara baru yang seiman, mereka berasal dari pelbagai negara dan latar belakang.

Berdasarkan pengalamannya, Umar Abdullah berpesan agar non-Muslim jangan terlalu percaya dengan pemberitaan negatif media massa Barat tentang Islam dan Muslim. Dia menyarankan, untuk mengetahui kebenaran tentang Islam dan Muslim, sebaiknya seseorang membaca sendiri isi Al-Quran.

Selain Umar, ada Cecilia, perempuan Sweden yang mengenal Islam dari teman sekelasnya. Ceritanya bermula ketika orang tua Cecilia memaksanya untuk mengambil pelajaran tambahan bahasa Jerman. Di kelas bahasa Jerman, Cecilia bertemu dengan seorang muslimah asal Somalia bernama Shahrin.

Shahrin sangat menarik perhatian Cecilia, kerana gadis Somalia itu selalu dilihat sedang membaca buku. Bahkan di jam rehat, Cecilia melihat Shahrin tak lepas dari buku bacaan. "Buat saya, Shahri sangat menakjubkan. Bagaimana boleh seseorang punya minat membaca yang begitu tinggi," ujar Cecilia.

Dia lalu berkenalan dengan Shahrin dan Cecilia baru tahu bahawa Shahrin adalah seorang muslim. Ketika ditanya mengapa Shahrin selalu membaca buku, Shahrin menjawab bahawa mencari ilmu pengetahuan adalah kewajiban seorang muslim dan dia mencari ilmu dengan cara banyak membaca.

Cecilia banyak berbincang tentang agama dengan Shahrin, yang membuka mata Cecilia tentang ajaran Islam. Sejak itu, Cecilia mula bergaul dengan muslimah yang lain di sekolah. Dia banyak bertanya tentang Islam pada teman-teman muslimnya itu.

Cecilia mengaku terpesona dengan ajaran Islam, dengan doktrin yang sederhana dan konsep monoteisme yang mendalam. Dia melihat agama Islam memberikan jalan keluar semua masalah dalam kehidupan manusia.

Meskipun tertarik dengan Islam, Cecilia belum berani memutuskan untuk masuk Islam. Dia melihat kecenderungan masyarakat Sweden yang masih berprasangka buruk terhadap Islam dan Muslim. Cecilia juga mengaku khuatir dengan reaksi orang lain jika dia memutuskan menjadi seorang muslim.

Ketua Dewan Islam Sweden, Helena Benaouoda mendedahkan, secara umum minat masyarakat Sweden terhadap Islam makin besar. "Ramai yang datang ke pusat maklumat kami dan bertanya banyak hal tentang Islam. Bahkan mereka yang menyebut diri mereka ateis dan sedang mencari makna hidup secara spiritual, ramai yang tertarik dengan agama Islam," ujar Helena yang juga seorang mualaf.

Data statistik rasmi kerajaan Sweden menunjukkan terdapat 400,000 Muslim di Sweden, 5,000 orang di antaranya adalah orang Sweden asli. Helena berkata, jumlah Muslim di negerinya kemungkinan lebih besar dari data yang dimiliki negara.

[Kw , IN , Eramuslim.com]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.