Kesemua manusia di bawah ini dikategorikan sebagai manusia yang jatuh cinta pada objek (selain manusia) yang dikenali sebagai 'Objectum-sexuals'. Ia bukan sekadar sayang objek secara biasa-biasa, tetapi melibatkan cinta yang mendalam dan boleh merangsang seksual mereka. Sehingga ada yang sanggup berkahwin dengan objek, sedangkan bukannya objek itu dapat memberikan zuriat pun.
1 - Wanita berkahwin dengan Menara Eiffel
Erica Eiffel, seorang askar yang tinggal di San Fransisco, jatuh cinta dengan Menara Eiffel. Dia berkahwin dengan menarai itu pada 4 Jun 2008 dan menukar namanya dengan sambungan Eiffel.
2 - Lelaki kahwin dengan diri sendiri
Liu Ye yang berusia 39 tahun dari Zhuhai, China, berkahwin dengan dirinya di hadapan lebih 100 tetamu. Pada hari perkahwinan, dia serahkan kepada ibu bapa dan saudara-maranya kertas gambar "dirinya sendiri".
3 - Lelaki jatuh cinta dan kahwin dengan watak dalam konsol permainan
Seorang lelaki Jepun dating dan berkahwin dengan satu watak wanita dalam permainan yang dipanggil 'Love plus' yang dibuat oleh Nintendo. Pengantin perempuannya kini menetap dalam konsol permainan Nintendo DSiLL/XL.
4 - Lelaki jatuh cinta dan kahwin dengan bantal
Seorang lelaki Korea jatuh cinta dengan bantal dan berkahwin. Perkahwinan mereka telah diadakan oleh paderi tempatan.
5 - Wanita berkahwin dengan ular tedung
Seorang perempuan India jatuh cinta dengan ular tedung dan mengahwininya. Lebih 2,000 orang menyaksikan perkahwinannya. Penduduk tempatan berkata perkahwinan mereka akan membawa tuah ke tempat tersebut.
6 - Lelaki yang cintakan kereta
Lelaki yang cintakan kereta
Edward Smith pula mempunyai perasaan terhadap kereta-keretanya sendiri. Dia pernah menjalinkan hubungan seks dengan wanita lebih 15 tahun yang lalu, tetapi itu tidak memuaskannya. Dia lebih cintakan dan puas apabila melakukan hubungan seks dengan kereta-keretanya itu terutamanya Vanilla iaitu sebuah kereta Volkswagen Beetle warna putih.
Dia bertegas mengaku tidak sakit mental, walaupun sebenarnya keadaannya memang mempunyai masalah mental dan tidak normal.
"Saya sendiri pun tidak memahami sepenuhnya hal sedemikian kecuali bahawa saya tahu saya tidak menyakiti siapa pun dan saya tidak bermaksudnya," kata Smith.
Smith sekarang merupakan sebahagian daripada komuniti global lebih daripada 500 "pencinta kereta" disatukan oleh forum-forum internet.
7 - Wanita berkahwin dengan periuk tanah liat
Seorang wanita di India telah berkahwin dengan periuk tanah liat pada bulan Mac tahun 2005. Sebabnya? Pengantin lelaki terlewat sangat sampai ke majlis perkahwinan itu, hinggakan pengantin wanita menyuruh jurukahwin mengahwinkannya dengan periuk tanah liat.
Dan itu menjadi cinta pandang pertamanya. Ntah macam mana dia boleh menukar calon suami dalam sekelip mata, bukan dengan manusia pulak tu, dan jatuh cinta pada periuk tanah liat. Maka jaga-jaga lah wahai bakal suami, jangan lambat-lambat sangat datang ke majlis nikah :D
8 - Wanita berkahwin dengan ikan lumba-lumba
Para saintis seolah-olah berfikir bahawa ikan lumba-lumba adalah haiwan yang paling hampir kepada manusia dari segi kepintaran. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada kita tidak akan pergi sejauh menganggap mereka sebagai teman hidup.
Sebaliknya, Sharon Tendler warganegara British tidak berfikir bahawa inisiatif ini akan keluar dari garisan apabila beliau memutuskan untuk berkahwin dengan ikan lumba-lumba Israel yang dikenali sebagai Cindy, menjadi orang pertama yang pernah berkahwin dengan ikan lumba-lumba. Perjanjian yang telah dimeterai dengan ciuman dan subang sebagai hadiah bahawa pengantin perempuan dibawa kepada suaminya.

Lihat juga
Adat dan majlis perkahwinan yang aneh dan unik
Kenderaan-kenderaan perkahwinan yang aneh dan pelik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)