Japan Probe melaporkan berita mengenai Toru Mizukawa, seorang lelaki berusia 89 tahun yang merupakan salah seorang daripada beberapa juruterbang Kamikaze yang terselamat sewaktu Perang Pasifik dalam Perang Dunia Kedua.
Oleh kerana keadaan Jepun waktu itu menjadi terdesak, Mizukawa dan rakan-rakan sekelasnya di Ritsumeikan University telah diserap masuk ke dalam tentera Imperial. Mizukawa menjadi ahli Himeji Naval Air Group, sebuah unit yang akan menghantar 63 juruterbang dalam misi 'serangan khas' satu hala antara 6 April dan 4 Mei 1945 (semasa Pertempuran Okinawa).
Mizukawa dan juruterbang yang lain tahu bahawa Jepun tidak akan memenangi perang, tetapi mereka bersedia untuk mati demi negara mereka. Dia akan bangun setiap hari, tertanya-tanya jika namanya akan dipanggil untuk penyertaan dalam misi bunuh diri seterusnya. Nasib baik untuk Mizukawa, hari itu tidak pernah datang. Skuadron itu kehabisan kapal terbang sebelum ia kehabisan juruterbang.
Setiap tahun, Mizukawa melawat kubur rakan-rakan seperjuangannya yang telah mati. Walaupun dia tahu bahawa dia tidak membuat apa-apa kesalahan, dia merasa bersalah kerana terselamat sedangkan ramai orang lain pergi dan mati.
[Japan Probe , unikversiti.blogspot.com]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)