Kaya lah DBKL dan kerajaan, padan saman orang gitu je. Bayangkan RM100 x 7,000 saja, itu pun jumlahnya sudah RM700,000. Dalam bulan Ramadhan ini saja dan di celah kawasan itu saja, belum campur kawasan lain lagi. Korek korek pah ceroh!
KUALA LUMPUR: Sepanjang Ramadan ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengeluarkan 7,307 kompaun kesalahan trafik kepada kenderaan di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata nilai kompaun yang membabitkan pelbagai kesalahan trafik itu bernilai RM100 dan RM300.
Selain itu, sehingga kini sebanyak 114 kenderaan sudah ditunda DBKL, katanya, selepas meninjau Bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar jalan terbabit, semalam.
“Hari ini saya meninjau keadaan di Jalan TAR dan Masjid India mendapati keadaan di sini lancar dengan perniagaan berjalan dengan baik dan menurut peniaga, pengunjung ke bazar ini lebih ramai daripada tahun-tahun sebelum ini.
“Kebanjiran pengunjung ini menunjukkan ekonomi kita mula pulih dan orang ramai suka berkunjung ke bazar membeli barang persiapan Aidilfitri pada waktu perayaan begini,” katanya.
[Bernama]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)