Berita Terkini

10 pantai yang paling unik

Pantai biasanya adalah tempat orang mencari ketenangan, mencari ilham, kerana ianya mendamaikan, dan ada juga yang mengambil kesempatan mencari jodoh. Dan dalam banyak-banyak pantai, alkisahnya ada lah beberapa buah pantai yang mempunyai ciri-ciri yang unik / tersendiri. Berikut adalah antara pantai-pantai yang unik itu.

1 - Pantai pasir putih yang terputih di dunia

Pantai pasir putih yang terputih di dunia
Foto kredit: Jonassmith

Berada di perairan selatan iaitu Pantai Hyams, New South Wales, Australia. Telah masuk Guiness Book Of World Records sebagai pantai pasir putih yang terputih di dunia. 


2 - Pantai pasir hitam (Black Sand Beach)

Pantai pasir hitam
Foto kredit: entremontanas.com

Pantai Pasir Hitam ini terletak di kepualauan Hawaii. Bukan sahaja pantainya yang berpasir hitam yang menarik, tetapi juga ada glasier tidewater, air terjun yang menakjubkan, dan kawasan-kawasan lereng bukit yang hijau.

Pasir hitam ini sebenarnya adalah zarah-zarah magnet yang sememangnya akan bertarikan kepada magnet sebenar.


3 - Pantai Pasir Hijau (Green Sand Beach)

Pantai Pasir Hijau
Foto kredit: jeneka-sanford.blogspot.com

Papakolea Beach adalah pantai pasir hijau yang terletak di South Point, daerah Kau, Pulau Hawaii. Salah satu daripada hanya dua pantai pasir hijau di dunia, selain di Guam. Pantai ini mendapat pewarna yang tersendiri daripada kristal olivine yang terdapat dalam kon arang besi yang berhampiran.


4 - Pantai Pasir Merah (Red Sand Beach)

Pantai Pasir Merah
Foto kredit: patricksmithphotography.com

Pantai ini terletak di selatan Hana Bay dan ia juga dikenali sebagai Pantai Pasir Merah. Laluan utama ke pantai ialah pinggir tebing. Warna merah pasir diberikan oleh kon arang besi berdekatan bukit yang mengelilingi teluk.


5 - Pantai Pasir Ungu 

Pantai Pasir Ungu
Foto kredit: fineartamerica.com

Pantai dengan pasir pantai berwarna ungu (purple) ini terletak di Pfeiffer Beach, California, AS. Tambah menarik lagi dengan banyak bebatuan besar tepi pantai.


6 - Pantai Kaca

Pantai Kaca
Foto kredit: photoming.com

Pantai Kaca berada di bahagian pantai Fort Bragg di MacKerricher State Park, California. Setelah Perang Dunia II pantai ini digunakan sebagai tempat pembuangan, selama dua dekad akhirnya dihentikan. Sejak itu, ombak membawa  pecahan kaca ke pantai hingga memenuhinya. Penyebabnya menyedihkan, tetapi hasilnya mengujakan.


7 - Pantai atas darat

Pantai atas darat
Foto kredit: sharp2share


Pantai Gulpiyuri berhampiran Llanes di Sepanyol. Pantai ini didapati sepenuhnya di atas darat di teluk indah  kecil yang kelihatan seperti sesuatu yang fantasi.

Laut Cantabrian mengorek di muka bumi untuk mewujudkan tempat berpasir ini, dan walaupun anda tidak boleh melihat lautan, gelombang ombak menghempas pantainya seperti mana-mana pantai (cuma tidak kuat sangat) , seperti kolam ombak ajaib.


8 - Pantai Bola Bowling (Bowling Ball Beach)

Pantai Bola Bowling
Foto kredit: jonkleinphoto.com


Terletak di perairan California di sebuah bandar yang bernama Mendocino, dan di tempat yang dipanggil Schooner Gulch. Dinamakan pantai bola bowling kerana sepanjang pantai ini ada pemandangan yang cukup unik dengan adanya ribuan batu-batu yang seragam dalam ukuran dan bentuk yang mirip dengan bola bowling.


9 - Pantai lapangan terbang

Pantai lapangan terbang
Foto kredit: castlebay-hotel.co.uk

Barra Airport mungkin adalah satu-satunya lapangan terbang dimana kapal terbang mendarat di tepi pantai. Ianya terletak di Outer Hebrides, Scotland.


10 - Pantai Air Panas (Hot Water Beach)

Pantai Air Panas
Foto kredit: Adrien Cretin


Pantai Air Panas ini terletak di Waikato, New Zealand. Pantai ini dikunjungi 130,000 pengunjung setiap tahun kerana tarikan geothermal nya. Air panas dapat mencapai 64 º C (147 º F), tetapi anda harus menggali lubang untuk menikmatinya.

Takungan air bawah tanah ini telah dibentuk oleh gunung berapi kerana ia mencapai permukaan. Ia adalah lokasi yang sangat sesuai untuk mandi air panas.


[Oddee , BlindLoop , Premier-holidays]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.