Mak datuk, banyaknya rampasan dadah dalam tahun ini saja ya. Ini belum lagi dicampur dengan yang tidak dirampas dan yang dibuat tak tahu. Betapa sungguh berleluasa dadah di negara ini dan di dunia sekarang ini, astaghfirullah.
SEPANG: Pelbagai jenis dadah bernilai RM34 juta dirampas di kawasan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Tambang Murah (LCCT), tahun ini.
Pengarah Kastam KLIA Datuk M.Govinden berkata ia melibatkan 39 kes dengan jumlah 42 tangkapan pelbagai warganegara asing termasuk Malaysia.
"Ini adalah jumlah (statistik) bermula Januari sehingga ke hari ini, mereka yang kebanyakannya terdiri daripada warga asing cuba menyeludup masuk dadah ke negara ini dengan menggunakan pelbagai taktik dan helah.
"Bagaimanapun dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang kami ada kesemuanya berjaya diselesaikan" katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata bagi memperkuatkan lagi penguatkuasaan di kawasan KLIA dan LCCT, jabatan kastam akan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak berkuasa lain seperti polis.
Govinden berkata kastam juga akan sentiasa menambah anggotanya dari semasa ke semasa untuk bertugas di kawasan KLIA dan LCCT bagi mengekang penyeludupan dadah.
Sementara itu, beliau berkata dalam tempoh 16 hari bermula 20 November lalu, Kastam merampas 16.62 kilogram dadah jenis Syabu bernilai RM4.15 juta dan dalam tempoh itu juga lima warga asing ditahan bagi membantu siasatan.
[Bernama , Harian Metro]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)