Berita Terkini

Adakah DAP akan sertai BN?


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2011 - Kepada pelawaan Datuk Seri Nazri Aziz supaya DAP menyertai Barisan Nasional: Terima kasih daun keladi, tak payahlah susah-payah kerana DAP tetap komited dengan Pakatan Rakyat.

Isu itu ditimbulkan oleh Nazri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam wawancara dengan akhar Sin Chew Daily yang mencadangkan penyertaan DAP dalam BN yang mencerminkan hasrat agar DAP menggantikan MCA dalam gabungan pemerintah pusat itu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menjelaskan bahawa DAP bukanlah parti kaum Cina yang memperjuangkan hak kaum Cina tetapi ia adalah sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia.

Katanya DAP memperjuangkan hak setiap rakyat Malaysia, sama ada Cina, Melayu, India, Iban, Kadazan dusun atau Orang Asli, sebagai warga negara Malaysia yang mempunyai hak dan peluang saksama.

“Para pemimpin DAP telah berusaha gigih dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka sejak 45 tahun lalu, ditekan dan didakwa di mahkamah, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, termasuk ada yang paling lama ditahan sehingga empat tahun sembilan bulan.

“Malah ada yang dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan dilarang bertanding selama lima tahun kerana berdiri teguh dan tegas atas prinsip memperjuangkan hak untuk semua rakyat Malaysia yang menjangkau kaum dan agama – semua pengorbanan ini bukannya untuk DAP menggantikan MCA dalam BN,” katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dan pernah ditahan di bawah ISA dua kali menyatakan wawasan dan komitmen para pemimpin sejak dari awal lagi adalah untuk melahirkan sebuah negara di mana semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama, dapat bersatu padu.

Menurutnya, usaha yang ingin dicapai itu adalah dalam bentuk perpaduan bersemangat patriotik bagi membentuk kerajaan yang cekap, bersih dan telus yang mampu melahirkan Malaysia yang adil, demokratik, progresif, makmur dan dapat bersaing dengan sihat.

“DAP mesti sentiasa berjuang untuk semua masyarakat, bukan sahaja untuk kaum Cina di Malaysia,” tambahnya.

Beliau berkata hanya politik baru secara menyeluruh dapat menyelamatkan Malaysia, iaitu melalui usaha memecahkan tembok yang dibina oleh BN:

* Cengkaman politik ‘pecah dan perintah’ mengikut garisan kaum;

* Kepentingan awam dikorbankan demi ketamakan peribadi yang mengakibatkan kehancuran institusi awam nasional;

* Korupsi dan kronisme yang menjadi-jadi di mana pengswastaan menjadi ‘rompakan’; dan

* Penyalahgunaan Dasar Ekonomi Baru yang dijadikan alat untuk mengangkat UMNOputra atas nama Bumiputera, yang menyebabkan segelintir Bumiputera semakin kaya dan tidak boleh disentuh oleh undang-undang manakala majoriti Bumiputera masih di takok lama.

Kit Siang berkata DAP tetap komited bersama PAS dan PKR untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Katanya, kejayaan yang bakal dicapai bersama Pakatan Rakyat akan merealisasikan usaha memartabatkan semula hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kepada semua rakyat.

“Jadi, tidak timbul sama sekali isu DAP mahu menyertai BN,” jelasnya.

[Roketkini.com]


*Update 5:58pm  15 Ogos 2011



Nazri: Saya tak pelawa DAP


KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menafikan yang beliau ada mempelawa DAP agar menyertai Barisan Nasional (BN) bagi menarik sokongan pengundi Cina kepada perikatan kerajaan pusat itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Nazri berkata, beliau hanya memberi respons kepada satu soalan mengenai kemerosotan sokongan kaum Cina kepada BN.

“Tidak, itu tidak benar. Saya tidak mempelawa DAP,” katanya sambil menambah, “MCA mesti bekerja keras” apabila ditanya bagaimana BN akan mendapatkan balik sokongan pengundi Cina.  [Malaysian Insider]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.