WristPC adalah perintis konsep yang menggabungkan semua fungsi komputer, mampu mengendalikan semua keperluan penting pengguna sepanjang hari. Komputer peribadi ultra mobil ini dapat dipakai di pergelangan tangan seperti jam tangan.
Ia membenarkan pengguna untuk terus sambung ke laman web bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Konsep WristPC ini berfungsi dengan paparan 3.5 inci skrin sentuh ditambah pad kekunci di sebelah bahagian gelang tangan. Penggunanya boleh meletakkan panel paparan pada sudut yang berlainan untuk membuatkan skrin itu menghadap muka pengguna apabila peranti digunakan untuk SMS atau GPS.
Fon telinga tanpa wayar boleh dengan mudah dicabut dari bahagian gelang tangan dan boleh digunakan untuk membuat panggilan persidangan, menonton video ketika dalam perjalanan dan mendengar muzik. Bahan getah pada gelang tangan menawarkan cengkaman yang selesa untuk pemain permainan komputer.
Pereka: Saharudin Busri, Mohd Nizam Najmuddin, Mohd Rohaizam Mohd Tahar, dan Nuzairi Yasin
Kalau tak silap saya, perekabentuk-perekabentuk ini dari Malaysia. Mereka menyerahkan rekaan konsep ini ke tuvie.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)