Berita Terkini

Iron Man Perlis jelajah Semenanjung

Gambar hiasan
Iron Man Perlis - Orang besi Perlis
Seorang pesara guru, Azizan Ali, 64, hari ini memulakan penjelajahan mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan berbasikal, berlari dan berenang sejauh kira-kira 2,500 km.

Majlis pelepasan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, Arau yang menerima jolokan 'iron man Perlis' itu disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Perlis, Ahmad Bakri Ali dan bekas Duta Malaysia ke Vietnam dan Kampuchea, Datuk Ahmad Anuar Abdul Hamid.

Bercakap kepada pemberita selepas pelepasan itu, Menteri Besar memuji kegigihan Azizan melaksanakan program itu walaupun usianya sudah meningkat 64 tahun.

Beliau berharap apa yang dilakukan oleh Azizan akan menjadi teladan kepada anak-anak muda betapa penting mereka menjaga kesihatan diri dengan kegiatan kecergasan tanpa mengira usia.

Sementara itu, Azizan yang akan diiringi olahragawan Perlis 2010, Abd Karim Noor Mohamad yang juga berbasikal, berkata program penjelajahannya itu adalah sempena menyambut ulang tahun ke-54 kemerdekaan negara pada tahun ini di samping membuktikan kepada anak-anak muda tentang perlunya mereka menjaga kesihatan untuk kekal mantap hingga ke usia tua.

Sebaik sahaja dilepaskan, Azizan mengayuh basikal sumbangan kerajaan negeri berharga RM3,000 ke pantai Sungai Kurung Tengar dekat Kuala Perlis dan dari situ beliau akan berenang ke pantai Kuala Sanglang, Kedah sejauh 20 km.

Dari Kuala Sanglang beliau akan meneruskan penjelajahan dengan berbasikal ke Butterworth sejauh 200 km dan bermalam di situ sebelum meneruskan kayuhannya sejauh 200 km ke Lumut pada 23 Julai.

Pada Ahad ini, beliau akan mengayuh sejauh 200 km dari Lumut ke Klang, Selangor dan pada Isnin ini beliau akan mengayuh sejauh 200 km lagi ke Melaka manakala pada 26 Julai akan melakukan kayuhan sejauh 200 km menuju Johor Baharu.

Pada 27 Julai, beliau akan berkayuh dari Johor Baharu ke Mersing, sejauh 200 km dan keesokannya meneruskan kayuhan sejauh 200 km ke Kuantan, Pahang dan pada 29 Julai berkayuh sejauh 200 km ke Kuala Terengganu dan selepas itu sejauh 200 km lagi ke Kota Baharu pada 30 Julai.

Kayuhan Azizan dijangka lebih mencabar pada 31 Julai apabila beliau melalui laluan berbukit dari Kota Baharu ke Grik, Perak sejauh 250 km dan pada 1 Ogos akan berkayuh dari Grik ke Kangar sejauh 250 km bagi menamatkan misi penjelajahan itu.

Di Kangar beliau dijangka akan disambut oleh para pelari dari denai larian Sungai Perlis di Pengkalan Asam yang kemudiannya akan mengiringinya berlari mengelilingi bandar Kangar melalui Pesiaran Jubli Emas, Jalan Sekolah Derma dan berakhir di Dataran Merdeka.

Katanya beliau telah menjalani latihan tiga bulan untuk menjayakan penjelajahan yang julung kali diadakan itu.

Pada Disember tahun lalu, beliau mewakili negara pada Kejohanan Olahraga Master Asia di Kuala Lumpur dan memungut pingat emas dalam dua acara iaitu lari berpagar 110 meter dan 400 meter bagi kategori peserta berumur lebih 60 tahun.

Azizan mula dikenali apabila muncul sebagai perenang veteran solo pertama negara dan berjaya berenang tanpa henti dari Kuah, Langkawi ke Kuala Perlis sejauh 51 km sempena ulang tahun ke-51 kemerdekaan negara pada 2008 dengan mengambil masa 14 jam.

Manakala pada 2009 beliau mencatat rekod pula sebagai perenang veteren solo mengelilingi Tasik Putrajaya sejauh 22 kilometer dalam masa enam jam.

[Bernama]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.