Baru dalam 12 hari lepas iaitu 5 Julai ribut pasir besar melanda Arizona. Yang terbaru berlaku pula pada hari Isnin 18 Julai waktu di sana.
Kepulan debu besar melanda sekitar Phoenix hari ini menyebabkan langit bertukar kepada coklat sehingga menyebabkan merbahaya untuk pemanduan dan beberapa penerbangan terpaksa ditangguhkan.
Ribut debu yang dikenali Haboob (bahasa Arab) melanda sekitar Arizona, terbentuk di Daerah Pinal dan menuju ke arah timur laut ke Phoenix.
Ahli meteorologi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Austin Jamison, berkata debu setinggi kira-kira 900 meter itu turut membawa angin selaju 40 hingga 48 kilometer sejam (kph), dengan angin kencang mencecah 65 kph.
Ianya kecil sedikit dari ribut pasir Arizona baru-baru ini yang mencapai setinggi 1.6 km.
Ianya kecil sedikit dari ribut pasir Arizona baru-baru ini yang mencapai setinggi 1.6 km.
Pegawai cuaca berkata Haboob hanya berlaku di Arizona, gurun Sahara dan bahagian-bahagian Timur Tengah kerana keadaan kering dan jumlah pasir yang banyak.
Tahap pencemaran mendadak semasa ribut debu dan mewujudkan masalah pernafasan yang lebih banyak untuk orang-orang dengan asma dan lain-lain keadaan yang serupa.
Debu juga membawa peningkatan penyakit yang dikenali sebagai Valley Fever (demam lembah), radang paru-paru kulat.
[AP , The Australian, Berita Harian]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)