Berita Terkini

Rahsia kecantikan wanita dari serata dunia

Wanita di setiap negara punya rahsia masing-masing untuk mencantikkan dirinya. Teruskan membaca untuk mengetahui rahsia mereka, dan belajar bagaimana anda boleh mencipta mereka di rumah. Mujarab atau tidak mujarab, apa-apa kaedah pun termasuk kaedah moden, semuanya atas izin Tuhan.

1 - Australia

Rahsia kecantikan wanita dari seluruh dunia

Perempuan di pedalaman Australia khususnya suku Aborigin memiliki ritual menggunakan akar bunga yarrow untuk menghilangkan dan mencegah stretch mark (tanda regangan) pada kulit. Esktrak akar ini juga mampu membuat kulit jadi lembut dan memerangi pembengkakan.


2 - Chile

Rahsia kecantikan wanita dari seluruh dunia

Kulit perempuan Chile yang eksotik dan nampak sihat ternyata rahsianya mudah saja yakni rajin makan anggur merah yang kaya antioksidan. Cara lain? Haluskan buah anggur merah dan tambah 2 sudu makan serbuk tepung dan sapukan ke wajah sebagai masker, diamkan selama 10 minit dan bilas wajah dengan air sejuk.


3 - Republik Dominica

Rahsia kecantikan wanita dari seluruh dunia

Perempuan dari negara ini mempunyai kuku yang sihat dan kuat. Rahsianya? Bawang putih! Haluskan bawang putih dan letakkan pada botol kedap udara selama 7 - 10 hari. Setelah itu bawang putih boleh digunakan untuk bahan makanan sekaligus untuk masker kuku (agar berkilat dan kuat).


4. Mesir

Ratu Cleopatra memang sudah terkenal memiliki kecantikan yang tiada tara. Perempuan yang banyak menakluk hati lelaki itu mengamalkan mandi susu untuk meremajakan kulit dan membuang lapisan kulit mati. Tambahkan 2 cawan susu murni dalam air mandi anda supaya kulit anda bertambah cantik.


5 - Perancis

Rahsia kecantikan wanita dari seluruh dunia

Rahsia kecantikan wanita dari seluruh dunia

Perancis terkenal dengan perempuan yang suka merawat diri ke salon. Mulai dari facial hingga mengurut dan menggosok. Cara lain? Gunakan campuran buah Cherry dan Delima. Haluskan dan sapukan pada wajah. Diamkan selama 5 - 6 minit. Kulit akan jadi lebih cerah dan lembab.


6 - Yunani

Kulit perempuan Yunani adalah jenis kulit yang paling baik yang pernah ada. Mereka mempunyai pigmen kulit yang bagus dan tidak mudah terkena serangan vlek akibat matahari. Rahsianya? Mereka suka makan ikan dan mengambil minyak ikan yang kaya dengan omega 3 dan 6 yang baik untuk kekenyalan kulit. Rahsia lain? Makan minyak zaitun atau buahnya langsung.


7 - Israel

Perempuan Israel senang melakukan ritual detoks untuk membuang racun dalam tubuh. Caranya? campurkan 1 / 4 mangkuk garam (laut) mandi, 1 hujung sudu makan serbuk rumput laut, 1 / 2 cawan minyak zaitun dan 10 - 15 titis minyak lavender. Voila, buat sebagai gosokan seminggu sekali.


8 - Itali

Rambut yang indah? Ya, perempuan Itali contohnya. Caranya? Campurkan 1 cawan yogurt tawar, dengan 1 sudu teh minyak zaitun. Basuh pada rambut dan biarkan selama 5 minit. Bilas dengan air sejuk.


9 - Jepun

Jepun rahsianya ialah rumput laut dan ikan! Dua jenis makanan ini akan menstimulasi kulit dan membuat kulit tetap kenyal, sihat dan cerah.


10 - Sepanyol

Rahsia kecantikan wanita dari seluruh dunia

Wanita Sepanyol juga mempunyai rambut yang indah. Mereka rajin mencuci rambut mereka dengan ekstrak jus cranberry.


11 - Sweden

Kulit bersih bersinar dari wanita Sweden kerana mereka senang diet buah-buahan dan ikan. Selain itu mereka juga rajin mandi sauna. Untuk melembabkan kulit boleh menggunakan sauna dengan aroma teh hijau dan campuran minyak daun ekaliptus yang ditambah minyak zaitun.


12 - China

Rahsia kecantikan wanita dari seluruh dunia

Khuatir tentang goresan di kulit? Minyak Camellia merupakan minyak masak yang umum digunakan di China bahagian selatan, tapi minyak ini juga memiliki kemampuan untuk mencegah goresan dan perubahan warna pada kulit.


13 - Mexico

Kulit pohon Tepezcohuite @ Mimosa tenuiflora mengandungi segudang zat tannin yang boleh mencegah infeksi dan timbulnya bekas luka.


14 - India

Rahsia kecantikan wanita dari seluruh dunia

Ingin punyai rambut bercahaya dan kuat? Perawatan selama seminggu pada kulit kepala dengan melakukan pemijatan menggunakan campuran minyak neem dan kelapa boleh membuat rambut indah dan sihat. Formula ini sudah dikenali wanita di India sebagai sebahagian dari pengubatan zaman Ayurvedic.


15 - Ghana

Rahsia kecantikan wanita dari seluruh dunia

Sabun hitam yang berasal dari Ghana ada lagendanya tersendiri kerana kemampuannya membersih dan membuatkan kulit jadi lembut. Sabun ini dibuat dari kulit pisang raja (plantain) yang banyak mengandungi Vitamin A dan E dan pelembab shea butter. Efek yang akan didapati jika menggunakan sabun ini adalah semua kotoran dan minyak akan hilang, tapi tetap membuat kulit terjaga kelembaban alamiahnya.


16 - Morocco

Rahsia kecantikan wanita dari seluruh dunia

Minyak Argan @ Argania spinosa yang juga mengandungi antioksidan, bagus untuk rambut dan kulit, serta menyerap lebih banyak dibandingkan minyak pada aprikot dan alpukat.


17 - Amazon

Rahsia kecantikan wanita dari seluruh dunia

Minyak bunga Passion atau Maracuja telah digunakan di Amazon selama ribuan tahun kerana kemampuannya untuk menghentikan peradangan. Selain itu, minyak ini juga mengandung asam lemak tinggi dan vitamin C.


[Shine , Bellasugar]


Bagus kalau guna kaedah alamiah untuk merawat kulit dan seumpamanya ini, jimat duit, dan tidak menanggung risiko besar seperti menggunakan kebanyakan alat mekap dan ubat-ubatan yang ada kandungan bahan kimia seperti yang ada di pasaran.

Apa-apa pun, kecantikan yang Allah s.w.t anugerahkan adalah untuk digunakan ke jalan yang baik dan tempat yang betul. Jangan salah gunakan untuk menarik perhatian macam-macam lelaki yang bukan muhrim. Jangan salah gunakan dengan mendedahkan aurat merata-rata. Tetapi gunakanlah ke jalan ibadah dan kebaikan, seperti menarik hati suami agar rumahtangga semakin bahagia dan ceria, insyaAllah. :)


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.