Berita Terkini

Utsman bin Affan, Muhajir pertama sejak kedatangan Nabi Muhammad

Rasulullah s.a.w memerintahkan Utsman bin Affan r.a untuk berhijrah bersama isterinya ke Habsyah (Ethiopia), lalu dia pun melakukannya. Maka Rasulullah s.a.w menyebutnya sebagai orang yang pertama melakukan hijrah.

Dari Anas, dia berkata, "Yang pertama melakukan hijrah dari kaum Muslimin ke Habsyah dengan keluarganya adalah Utsman bin Affan, kemudian Nabi s.a.w bersabda," Allah menyertai kedua-duanya, bahawasanya Utsman yang pertama melakukan hijrah kepada Allah dengan keluarganya setelah Nabi Luth." (Hadith Riwayat At-Thabrani).

Hijrahnya Uthman bin Affan kepada Allah ini bukanlah sekadar hijrah dengan berpindah dari satu tempat ke tempat lain, kerana hijrah yang sesungguhnya dia lakukan ialah ketika dia masuk Islam. Dia berhijrah dari lingkungan kesenangan dan kekayaan yang melimpah dan kedudukan yang sangat tinggi di kalangan kaum Quraisy lalu berhijrah kepada Allah dengan meninggalkan semua itu.

Hal ini dia lakukan bukan pada saat Islam sudah menjadi agama yang sangat besar, tetapi ketika umat Islam masih sedikit dan dalam keadaan kesulitan dan mendapat penganiayaan.

Selain sifatnya yang muhajir ini, ada satu sifat yang sangat menonjol dari Utsman bin Affan yang tidak dimiliki oleh sahabat-sahabat lain; dia seorang yang sangat pemalu. Rasulullah s.a.w bersabda, "yang paling pengasih di antara umatku adalah Abu Bakar, yang paling keras dalam agama Allah adalah Umar, dan yang paling pemalu adalah Utsman ..." (HR At-Tirmidzi).

Ada satu kejadian yang berkaitan dengan sifat malunya Utsman bin Affan ini. Dari Aisyah, dia berkata, "Rasulullah s.a.w sedang berbaring di rumahku sedangkan bajunya tersingkap sehingga peha atau betisnya terbuka, kemudian datang Abu Bakar r.a minta izin untuk menemuinya, lalu dia pun diberi kebenaran, sedangkan Rasulullah s.a.w dalam keadaan demikian (dengan kaki yang terbuka). Lalu mereka bercakap-cakap. Setelah itu kemudian datang Umar r.a minta izin untuk menemuinya, lalu dia pun diberi kebenaran, sedangkan Rasulullah s.a.w masih dengan keadaan demikian, lalu mereka pun bercakap-cakap. Kemudian datanglah Uthman bin Affan meminta izin untuk menemuinya, lalu Rasulullah s.a.w duduk dan merapikan bajunya. Ketika dia sudah pergi, Aisyah berkata, "Telah datang kepada kamu Abu Bakar dan engkau tidak merapikan, kemudian datang Umar dan engkau tidak merapikan, kemudian datang Uthman lalu engkau duduk dan merapikan pakaian." Rasulullah s.a.w bersabda, "Bukankah aku merasa malu terhadap orang yang malaikat pun malu terhadapnya." (Hadith Riwayat Muslim).

Uthman bin Affan bin Abul Ash lahir dari keluarga yang kaya dan berpengaruh dari suku Quraisy silsilah Bani Umayyah. Usianya lebih muda lima tahun dari Rasulullah s.a.w. Dia mendapat pendidikan yang baik, belajar membaca dan menulis pada usia awal. Di masa mudanya, dia telah menjadi seorang peniaga yang kaya dan dermawan.

Utsman berasal dari strata sosial dan ekonomi tinggi yang pertama-tama memeluk Islam. Dia mempunyai keperibadian yang baik. Bahkan sebelum memeluk Islam, Utsman terkenal dengan kejujuran dan integritinya.

Keperibadian Utsman benar-benar merupakan gambaran dari akhlak yang baik menurut Islam (akhlakul karimah). Dia jujur, dermawan, dan baik hati. Rasulullah s.a.w mencintai Utsman kerana akhlaknya. Mungkin itulah sebab mengapa beliau membenarkan dua anaknya untuk menjadi isteri Utsman. Yang pertama adalah Ruqayyah. Dia meninggal selepas Perang Badar.

Rasulullah s.a.w sangat tersentuh akan kesedihan yang dialami Utsman sepeninggalan Ruqayyah dan menasihatinya untuk menikahi seorang lagi anak perempuan beliau, Ummu Kaltsum. Kerana kehormatan besar dapat menikahi dua anak perempuan Rasulullah, Uthman terkenal dengan sebutan Dzun Nur'ain atau Pemilik Cahaya Mata atau Pemilik Dua Cahaya.

[Republika]


Muhajir bermaksud 'orang yang berhijrah' .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.