Berita Terkini

The Pentagon - Pasukan pembunuh antarabangsa

Amerika Syarikat dari dulu lagi sudah mengangkat martabat diri sebagai Polis Dunia, yang suka masuk campur dalam urusan negara lain dengan alasan untuk membantu. Tetapi mereka tidak boleh bersembunyi dari fakta sejarah bahawa mereka sebenarnya bukan Polis Dunia, tetapi Penjajah Dunia.

Kerajaan yang asalnya dulu dari British, kemudian merantau membuka tanah baru di Amerika Syarikat. Merampas tanah-tanah milik orang-orang Red Indian. Kemudiannya dipopularkan dalam filem-filem dan cerita-cerita televisyen, kononnya mereka iaitu pihak koboi adalah hero, dan Red Indian adalah orang-orang jahat / pengganas. Sedangkan hakikat yang sebenar adalah sebaliknya.

Kaedah mereka membuat propaganda dan konspirasi memburukkan orang lain dan menunjukkan mereka adalah wira sememangnya sudah lama diamalkan, sampai lah sekarang. Kaedah yang dilakukan terhadap orang-orang Red Indian itu lah yang juga dilakukan terhadap kebanyakan orang-orang Islam dengan mengatakan mereka sebagai 'Terrorist' / pengganas.

The Pentagon

Kejadian-kejadian seperti September 11, letupan-letupan bom di tempat awam dan sebagainya lagi dengan mudah sahaja mereka menuduh pengganas-pengganas yang kononnya adalah orang-orang Islam.

Kaedah-kaedah pemburukan itu juga seperti mereka menakut-nakutkan masyarakat dunia dengan hukuman dalam Islam seperti Hukum Hudud contohnya. Mereka menakut-nakutkan orang kononnya nanti ramai yang kena kerat tangan dan menunjukkan seolah-olah hukuman itu adalah zalim. Sedangkan hakikat yang sebenar adalah sebaliknya, iaitu untuk mewujudkan keamanan yang betul-betul dan membasmi jenayah.  Siapa yang lebih berhak menetapkan hukum ke atas makhluk melainkan pencipta makhluk itu sendiri?

Contoh lain, seperti sejarah penjajahan mereka ke atas Tanah Melayu / Malaysia. British kemudiannya mewar-warkan dan diajar di sekolah-sekolah bahawa mereka lah yang membawa kemajuan ke sini. Sedangkan hakikatnya, mereka hanya mahu kan hasil bumi negara ini. Sampai sekarang pun mereka masih menyedut hasil bumi kita terutamanya dari sumber 'minyak'.

Dengan media-media utama dikuasai oleh mereka, maka mudah lah untuk mereka merancang komplot dan membuat fitnah terhadap pihak lain.

Skandal terbaru sekarang ini melibatkan tentera-tentera AS di Afghanistan pula, dengan adanya kes-kes membunuh orang-orang awam dan kanak-kanak. Banyak sebenarnya foto orang-orang awam yang dibunuh dengan kejam yang di censor oleh pihak media mereka.

Pangkat sebagai Polis Dunia yang diberi oleh AS kepada diri sendiri ini bermula di Yugoslavia dulu, kemudian berjangkit ke Afghanistan, Iraq dan sekarang ini Libya. Dan tidak mustahil akan berjangkit lagi ke negara-negara lain nanti sedikit demi sedikit.

Apa hak kerajaan Amerika Syarikat untuk melakukan ini semua? Tidak lain tidak bukan hanya lah kerana mereka telah dikuasai oleh segolongan elit yang memegang kuasa dunia sekarang ini.

Ada yang mengatakan Amerika Syarikat layak menjadi Polis Dunia kerana negara-negara lain lemah dan perlu mendapat bimbingan AS. Tetapi apa yang kita dapat tengok, usaha-usaha campurtangan AS ke dalam kebanyakan negara adalah semakin memburukkan keadaan, dengan ramai orang awam dan kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Kemudiannya, yang mendapat untung dan boleh mengaut hasil bumi negara tersebut adalah AS sendiri. Maka jelas di situ , mereka sanggup menghabiskan duit rakyat mereka sebanyak berjuta malah berbillion dollars adalah kerana untuk mengaut keuntungan yang jauh lebih besar kemudiannya. Kerana itulah negara-negara yang mereka cuba campurtangan sekarang ini adalah negara-negara yang mempunyai banyak hasil bumi terutamanya 'minyak'.

Bayangkan, kos belanja peluru-peluru berpandu sahaja sudah berjuta-juta dollars mereka habiskan, adakah itu semata-mata mahu membantu negara lain dengan duit rakyat mereka sendiri? Sedangkan negara yang kononnya cuba dibantu itu tidak lah besar sangat pun masalah nya dan masih boleh dirunding dan dibincang-bincangkan .......


Rujukan:

1 - Mark Boal - The kill team.


Sumber gambar dari pravda.ru dan Dailymail.co.uk


Operation Hollywood: How The Pentagon Shapes And Censors The Movies



~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~

2 ulasan:

  1. Sebuah tulisan yang sangat baik. Fikir2kan lah. Agree sangat2 mengenai penaklukan British terhadap Red Indians di Amerika tu. Sama jugak dgn penjahahan mereka terhadap India. Mereka menggelarkan penduduk2 asli di Amerika dan India sebagai "barbarians", "hooligans", "pagans". Walhal mereka lah barbarians,hooligans dan pagans yg sebenar. Berapa banyak nyawa yang terkorban kerana mereka.. haizzz.. ni lah kalau dah terlalu pentingkan dunia. Na'uzubillah

    BalasPadam
  2. Sebuah tulisan yang sangat baik. Fikir2kan lah. Agree sangat2 mengenai penaklukan British terhadap Red Indians di Amerika tu. Sama jugak dgn penjahahan mereka terhadap India. Mereka menggelarkan penduduk2 asli di Amerika dan India sebagai "barbarians", "hooligans", "pagans". Walhal mereka lah barbarians,hooligans dan pagans yg sebenar. Berapa banyak nyawa yang terkorban kerana mereka.. haizzz.. ni lah kalau dah terlalu pentingkan dunia. Na'uzubillah

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.