Berita Terkini

Kenyataan Amir Hizbut Tahrir tentang Pengisytiharan Khilafah ISIS

Hizbut Tahrir
Kepada semua saudara yang menghantar permintaan penjelasan tentang pengisytiharan tegaknya al-Khilafah oleh ISIS ... dan mohon maaf tidak dituliskan nama-nama anda kerana sangat banyak ...

Assalamu 'alaikum wa rahmatullah wa barakatuhu.

Kami telah kirimkan sebelumnya jawapan pada masa itu dan saya ingin ulangi kepada anda:

Saudara-saudara yang dimuliakan,

1 - Sesungguhnya tanzhim (organisasi) apa-apa yang ingin mengisytiharkan al-Khilafah di suatu tempat, yang wajib baginya adalah mengikuti thariqah Rasulullah S.a.w dalam hal itu. Diantaranya adalah, organisasi itu mempunyai kuasa yang menonjol di tempat tersebut, yang menjaga keselamatannya di dalam dan di luar negeri. Harus ada tiang-tiang negara di kawasan yang di situ diisytiharkan al-Khilafah ... Itulah yang dahulu ada pada Rasulullah S.a.w ketika beliau mendirikan Daulah Islamiyah di al-Madinah al-Munawarah: Kekuasaan di sana adalah milik Rasul S.a.w, keselamatan dalam negeri dan luar negerinya dijamin dengan keselamatan (kekuasaan) Islam, dan negara itu mempunyai tiang-tiang negara di wilayah tersebut.

2 - Sementara itu, organisasi yang mengisytiharkan al-Khilafah tersebut, tidak mempunyai kuasa atas Syria dan tidak pula atas Iraq. Organisasi itu juga tidak merealisasi keselamatan dan rasa selamat di dalam negeri dan tidak pula di luar negeri, hingga orang yang dibaiat sebagai khalifah saja tidak boleh muncul di sana secara terbuka, akan tetapi keadaannya tetap tersembunyi seperti keadaannya sebelum pengisytiharan daulah! Ini menyalahi apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.a.w. Rasulullah S.a.w, sebelum daulah tegak, boleh saja bersembunyi di gua Tsur. Akan tetapi setelah berdiri daulah, beliau S.a.w memelihara urusan-urusan masyarakat, memimpin pasukan, memutuskan perkara di antara orang-orang yang bersengketa, menghantar para utusan, dan menerima para utusan secara terbuka tanpa sembunyi. Jadi, sebelum berdiri daulah berbeza dengan selepas itu ... Begitulah, pengisytiharan organisasi itu atas al-Khilafah adalah ucapan sia-sia (laghwun) tanpa isi. Itu sama saja dengan yang sebelumnya dalam hal pengisytiharan al-Khilafah, tanpa realiti sebenar di lapangan dan tidak mempunyai tiang-tiang. Semua itu hanya untuk memuaskan apa yang ada di dalam diri mereka. Yang ini mengisytiharkan diri sebagai khalifah. Yang itu mengisytiharkan diri sebagai al-Mahdi ... dan sebagainya, tanpa tiang-tiang, tanpa kuasa dan tanpa menguasai keselamatan dan rasa aman ...!

3 - Sesungguhnya al-Khilafah adalah negara yang punya beban. Syariah telah menjelaskan thariqah pendiriannya dan tata cara menggali hukum-hukumnya tentang pemerintahan, politik, ekonomi, hubungan-hubungan antarabangsa ... Bukan hanya pengisytiharan nama tanpa isi, yang dilontarkan di laman-laman elektronik atau media massa-media massa audio visual. Pengisytiharan al-Khilafah merupakan kejadian agung yang menggegarkan dunia. Akarnya menancap dalam di bumi. Kekuasaannya menjaga keselamatan dalam dan luar negeri atas wilayah tersebut, menerapkan Islam di dalam negeri dan mengembangkannya ke seluruh dunia dengan dakwah dan jihad ...

4 - Pengisytiharan yang terjadi adalah ucapan yang sia-sia (laghwun), tidak memajukan dan tidak memundurkan dalam hal realiti organisasi ISIS. ISIS adalah gerakan bersenjata, baik sebelum pengisytiharan dan setelah pengisytiharan. Kedudukannya seperti gerakan-gerakan bersenjata lain yang saling memerangi satu sama lain dan juga berperang melawan rejim, tanpa satu pun dari puak-puak itu boleh meluaskan kekuasaan atas Suria atau Iraq atau kedua-duanya. Seandainya ada puak dari puak-puak itu, termasuk ISIS, yang mampu meluaskan kekuasaannya atas wilayah yang mempunyai tiang-tiang negara dan mengisytiharkan al-Khilafah serta melaksanakan Islam, nescaya layak untuk dibahas bagi dilihat jika al-Khilafah yang didirikan sesuai hukum-hukum syariah, sehingga pada saat itu diikuti. Hal itu kerana penguatkuasaan al-Khilafah merupakan kewajipan atas kaum Muslimin dan bukan fardhu atas Hizbut Tahrir saja. Maka siapa saja yang berjaya menegakkannya dengan benar, ia diikuti ... Fakta yang terjadi saat ini tidak lah seperti itu. Semua puak bersenjata (militia), di antaranya ISIS, tidak mempunyai tiang-tiang negara, tidak mempunyai kekuasaan atas wilayah, dan tidak menguasai keselamatan dan rasa aman. Kerana itu, pengisytiharan ISIS atas tegaknya al-Khilafah adalah ucapan sia-sia (laghwun), tidak layak diperhatikan untuk dibincangkan pada realitinya sebab sudah nampak jelas ...

5 - Yang layak untuk diperhatikan dan dikaji adalah kebimbangan adanya kesan negatif atas pengisytiharan ini, berkaitan idea al-Khilafah pada orang-orang yang berfikiran dangkal. Sehingga idea al-Khilafah pada diri mereka jatuh dari kedudukan utamanya yang agung dan kepentingannya bagi kaum Muslimin. Jatuh pada pemikiran yang rapuh, yang sekadar menjadi penyaluran perasaan-perasaan gelisah pada sebahagian orang. Maka salah seorang dari mereka berdiri di lapangan atau di medan atau di kampung, lalu mengisytiharkan diri bahawa dia adalah khalifah, kemudian dia mengundurkan diri dan menyangka telah berbuat sebaik-baiknya! Maka al-Khilafah akan kehilangan kepentingan dan keagungannya pada hati orang-orang yang berfikiran cetek dan menjadi tidak lebih dari nama bagus yang dijadikan sebutan bagi orang yang menginginkan tetapi tanpa isi ... Inilah yang layak diperhatikan, khususnya saat di mana al-Khilafah telah makin dekat , lebih dekat dari sebelum-sebelum ini, dan kaum Muslimin telah menunggu pendiriannya dengan tidak sabar. Mereka melihat Hizbut Tahrir meniti jalan dalam urusannya, dengan berpegang teguh kepada thariqah Rasulullah Saw tentang tata cara pendirian al-Khilafah di al-Madinah al-Munawarah ... Kemudian mereka melihat adanya interaksi dinamik dan ekspresif yang berpengaruh antara Hizbut Tahrir dengan umat yang mengasuhnya. Daripada interaksi ini kaum Muslimin faham makna ukhuwah Islam. Mereka mencari khabar gembira akan kejayaan Hizb dalam menegakkan al-Khilafah dan baiknya ri'ayah asy-syu'un dan menjadi benar-benar Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian ... Pada saat yang demikian, justeru datang pengisytiharan ini. Maka pengisytiharan itu mendatangkan potret kabur, jika bukan malah palsu, tentang realiti al-Khilafah di benak orang-orang yang berfikiran dangkal di antara masyarakat ...

6 - Semua itu memunculkan tanda tanya, walaupun banyak tanda tanya ... sekitar timing pengisytiharan ini tanpa kuasa yang nyata dan stabil bagi pemilik pengisytiharan; iaitu kuasa yang menjaga keselamatan negara ini di dalam dan luar negeri. Begitulah yang terjadi di Facebook atau media massa ... Timing ini mencurigakan, khususnya bahawa gerakan-gerakan bersenjata yang tegak bukan atas asas takatuliyun fikriyun (kumpulan yang bersifat intelektual), membuat penyusupan menjadi mudah. Kemasukan orang-orang jahat dari Timur dan Barat di barisannya adalah mudah. Sudah diketahui bersama bahawa Barat dan Timur terus melakukan tipu daya terhadap Islam dan al-Khilafah. Kepentingan mereka adalah memalsukan potret. Jika mereka tidak boleh memadamkan namanya, maka mereka sangat mementingkan agar al-Khilafah tidak lain hanyalah nama yang digunakan oleh orang yang menginginkan tanpa isi sama sekali. Sehingga kejadian agung yang menampar kaum kafir menjadi sekadar nama yang dijadikan ejekan oleh musuh-musuh itu siang malam ...!

7 - Atas semua yang diperbuat musuh-musuh jahat itu, kita tegaskan kepada musuh-musuh Islam dari Timur dan Barat, kuncu-kuncu dan para pengikutnya, serta orang-orang bodoh mereka, bahawa al-Khilafah yang telah memimpin dunia berabad-abad adalah sudah diketahui dan tidak majhul, kuat menghadapi penyelewengan bagaimanapun tipu daya dan konspirasi dilakukan.

"Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya." (QS al-Anfal [8]: 30)

Allah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa telah mendatangkan untuk khilafah satu parti yang menghimpun orang-orang, yang perdagangan dan jual beli tidak melalaikan mereka dari mengingat Allah. Mereka melingkupi khilafah dengan fikiran, pendengaran, dan penglihatannya. Mereka telah menyiapkan segala persiapan yang diperlukan untuk khilafah. Mereka istinbath hukum-hukum dan perlembagaan, serta struktur pemerintahan dan administrasinya. Mereka berjalan dalam usaha menegakkannya dengan meneladani sirah Rasulullah Saw tanpa menyimpang sehelai rambut pun ... Mereka, dengan izin Allah, merupakan pagar yang menghalang kekaburan tentang khilafah. Mereka layaknya batu batu, yang dengan pertolongan Allah, boleh menghancurkan konspirasi-konspirasi kaum kafir, kuncu-kuncu, dan para pengikutnya. Mereka adalah para ahli politik yang mempunyai kesedaran, yang dengan kekuatan Allah, boleh membalikkan segala tipu daya musuh-musuh Islam dan kaum Muslimin menjadi kebinasaan bagi musuh-musuh itu.

"Rancangan yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merancangnya sendiri." (QS Fathir [35]: 43)

Saudara-saudara yang dimuliakan, 

Sesungguhnya perkara al-Khilafah al-Islamiyah amatlah agung dan kedudukannya sungguh sangat ketara. Penubuhan tidak akan sekadar berita yang menjadi bahan ejekan media massa menyesatkan. Akan tetapi dengan izin Allah, berdirinya Khilafah akan menjadi 'gempa' menggema, yang membalikkan neraca antarabangsa dan mengubah wajah dan arah sejarah ... Sesungguhnya Khilafah akan kembali berupa Khilafah Rasyidah yang mengikuti manhaj kenabian, sebagaimana yang disampaikan khabar gembiranya oleh Rasul saw. Maka orang-orang yang menegakkannya, mereka seperti orang-orang yang menegakkan Khilafah Rasyidah pertama, orang-orang yang bertakwa lagi bersih, mencintai umat dan umat mencintai mereka, mereka mendoakan umat dan umat pun mendoakan mereka. Umat ​​merasakan kebahagiaan bertemu dengan mereka dan mereka merasakan kebahagiaan bertemu dengan umat; bukannya kehadiran mereka di tengah umat justeru dibenci ... Begitulah, mereka adalah ashhabul Khilâfah mendatang yang mengikuti manhaj kenabian. Allah akan memberikannya kepada orang yang memang layak untuknya. Dan sungguh kita memohon kepada Allah agar kita termasuk orang-orang yang layak itu dan termasuk orang-orang yang menetapkan. Kita memohon kepada Allah SWT agar memberi kurnia kepada kita dengan tegaknya al-Khilafah ar-Rasyidah yang mengikuti manhaj kenabian.

"Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu ..." (QS at-Taubah [9]: 111)

Janganlah anda berputus asa dari rahmat Allah, sehingga Allah tidak mensia-siakan untuk anda wahai saudara-saudara yang dimuliakan, keletihan yang telah anda persembahkan. Allah tidak menolak permohonan yang anda pinta dari-Nya, Allah tidak menggagalkan harapan yang anda ajukan kepada-Nya. Maka tolonglah kita dengan meningkatkan kesungguhan dan pemberian. Perlihatkan kepada Allah dari diri anda kebaikan, nescaya Allah menambah kebaikan untuk anda. Jangan sampai ucapan main-main boleh memalingkan anda dari perjuangan anda yang penuh kesungguhan lagi jujur​​.

Wassalamu 'alaikum wa rahmatullah wa barakatuhu. 

3 Ramadhan 1435 H 

1 Julai 2014 M 

Selesai jawapan yang telah saya kirimkan sebelumnya. 

Saya berharap jawapan ini mencukupi. Semoga Allah memberikan taufik kepada anda dan menolong anda. Dan semoga Allah memberi petunjuk kami dan anda kepada perkara yang paling lurus. 

saudaramu 

Atha 'bin Khalil Abu ar-Rasytah 

04 Ramadhan 1435 H 

02 Julai 2014 M


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.