Penggunaan tebu sebagai bahan bakar (biofuel) kenderaan pengganti minyak dari fosil mempunyai kesan sampingan yang bermanfaat, iaitu menurunkan suhu udara. Demikian dilaporkan oleh para saintis baru-baru ini.
Penurunan suhu tersebut disebabkan oleh kemampuan tanaman tebu untuk memantulkan sinar matahari serta melepaskan kelembapan ke udara. "Tanaman itu mengambil kelembapan dari tanah dan memancarkannya ke udara sebagai sebahagian dari proses fotosintesis," kata ketua kajian Scott Loarie dari Carnegie Institution for Science.
Loarie, yang kajiannya diterbitkan dalam Nature Climate Change, menambahkan bahawa kesan pelepasan kelembapan ini memiliki kesan yang lebih besar daripada pemantulan sinar matahari.
Ketika ini, satu perempat kenderaan bermotor di Brazil menggunakan bahan bakar alami yang dibuat dari tebu. Bahan bakar tersebut mencegah kesan rumah kaca akibat pelepasan karbon dioksida ke atmosfera, yang menyebabkan perubahan iklim global.
Brazil selama ini dianggap berjaya mengembangkan tenaga terbaru sebagai alternatif bahan bakar fosil yang memanaskan iklim. Sekitar 20 peratus keperluan tenaga negara itu diperolehi dari tenaga terbaru itu.
[Reuters]
bereh dah lepas ni..boley la gune tebu.. salah plak g abiskan tebu blakang umah..
BalasPadam* maklum balas: iyep, kenal je ngan us Radhi.. dari kecik ag knal.. ni sape ea?
bereh dah lepas ni..boley la gune tebu.. salah plak g abiskan tebu blakang umah..
BalasPadam* maklum balas: iyep, kenal je ngan us Radhi.. dari kecik ag knal.. ni sape ea?