Dah ku agak, penemuan 'Alien mati' baru-baru ini hanyalah satu hoax (penipuan). Dan ianya diakui sendiri oleh pelajar-pelajar yang berpura-pura menjumpainya setelah ditekan oleh pihak Polis.
Mayat Alien itu kononnya dijumpai di dalam suasana bersalji di Irkutsk, Siberia, dan telah heboh dalam Youtube dan macam-macam laman web kebelakangan ini. Rupa-rupanya, ia hanya dibuat dari adunan roti dan kulit ayam.
Seorang jurucakap Kementerian Dalam Negeri Rusia mengatakan: "Kami menjumpai alien di salah sebuah rumah pelajar itu."
"Ia berbaring di bawah tempat tidurnya dan pemeriksaan yang dibuat menunjukkan bahawa ia dibuat dari tepung roti yang kemudian ditutup dengan kulit ayam."
Mayat Alien palsu itu muncul selepas penduduk tempatan melaporkan melihat kemalangan UFO di wilayah tersebut bulan lepas.
Pakar UFO tempatan iaitu Alex Komanov dari Russian UFO Research Centre dengan segera menyingkirkan cakap-cakap berkenaan penemuan itu dengan mengatakan, 'Tubuh itu menarik. Teksturnya mirip dengan entiti biologi yang sebenar."
'Namun, makhluk itu tidak mempunyai pakaian dan saya yakin bahawa makhluk cerdas akan mengenakan sesuatu seperti baju ruang angkasa atau 'coverall'."
Tapi peminat UFO mula menuduh kerajaan Rusia cuba untuk menutup kejadian tersebut. "Kami tahu apa yang kami lihat. Orang-orang atasan tentera hanya tidak ingin kami melihatnya," kata salah seorang dari mereka.
[Metro.co.uk]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)