Berita Terkini

E-syariah mudahkan urusan perceraian

hati hancur kes cerai
KUALA TERENGGANU 31 Julai 2011 - Penggunaan sistem e-syariah di mahkamah syariah di Terengganu terbukti berjaya menyelesaikan perbicaraan kes perceraian dengan mudah dan cepat, kata Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Datuk Ismail Yahya.

Beliau berkata, e-syariah memudahkan mahkamah untuk mencari dan mengesan tuntutan perceraian pasangan kerana melalui sistem itu kes akan dikesan sama ada sudah berdaftar mahupun tidak dengan Mahkamah Syariah lain.

Bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Dana Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di sini hari ini, Ismail berkata Mahkamah Syariah di negeri ini dinobatkan sebagai Mahkamah Syariah terbaik di Malaysia selepas berjaya menyelesaikan kes mengikut tempoh ditetapkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Turut hadir pada majlis tersebut Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat, bagi menyampaikan dana kepada ibu tunggal yang terbabit dalam kes perceraian yang belum selesai.

Ismail berkata, melalui sistem ini kes perceraian dapat diselesaikan hanya dalam jangka masa enam minggu namun apa yang melambatkan kes selesai adalah penyediaan alasan penghakiman.

"Kita akan mampercepatkan penyelesaian alasan penghakiman ini dalam masa satu jam saja dengan mewujudkan sistem e-filing yang akan dilampirkan terus ke e-syariah.

"Melalui alasan penghakiman tersebut, kita akan menyelesaikan kes dalam masa enam minggu dan tempoh paling lama 180 hari," katanya.

[Bernama]


Walaubagaimana canggih pun servis yang diadakan di Mahkamah Syariah, tetapi tetap sayang kerana ianya masih lebih rendah taraf dari Mahkamah Majistret.

Sabda Rasullah s.a.w: ertinya: "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya." (Hadis Riwayat Bukhari).  Sepatutnya Undang-undang Islam yang lebih tinggi, tetapi kita sekarang meletakkan Undang-undang British lebih tinggi. Adakah British lebih hebat dari Allah?  Fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah .......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.