Jambatan Jiaozhou Bay berharga 10 billion Yuan ($1.55 billion dolar) , lebar 110 kaki (35 meter), disokong oleh 5,000 tiang dan mengambil masa 4 tahun untuk dibina, telah mula dibuka pada hari Khamis.
Ia menghubungkan bandar timur pelabuhan Qingdao ke pulau Huangdao. Jambatan - yang juga mempunyai terowong dasar laut - dibuka kepada orang ramai hari ini selepas lulus ujian keselamatan. Dijangka akan menampung lebih dari 30,000 kereta sehari.
Jambatan Jiaozhou adalah 42.4 km (26.3 batu) panjang, iaitu 2.5 batu (4 km) lebih panjang daripada pemegang rekod sebelumnya untuk jambatan di atas air, yang dipegang oleh Lake Pontchartrain Causeway di Louisiana, Amerika Syarikat.
[Xinhua , BBC , RT]
Bayangkan kalau kita ditengah2 jambatan tu dan datang ombak besar. Kemana nak lari? :-S Tak berani lerrrrrrr.....
BalasPadamTapi tak dapat dinafikan; memang cantik infrastructure nya.
psssttt... ada campur melamine tak ni? ;)