Linda Christian bersama Tyrone Power
Gadis pertama James Bond, Linda Christian dikhabarkan meninggal dunia pada hari Jumaat 22 Julai 2011 di Palm Desert. Berita kematian ini dibenarkan oleh anak perempuan Christian, Romina Power.
Christian meninggal pada usia 87 tahun setelah bergelut dengan penyakit kanser usus besar.
Dilahirkan di Mexico, Christian mengejar kerjaya lakonan di Los Angeles dan akhirnya menandatangani kontrak dengan MGM. Beliau membuat filem pertamanya bersama Danny Kaye dalam filem komedi muzikal 'Up In Arms' pada tahun 1944.
Setahun setelah berlakon filem 'Tarzan and the Mermaids', Christian berkahwin dengan lelaki paling popular di zamannya, Tyrone Power. Namun, perkahwinan mereka tidak berjalan lancar. Keduanya bercerai pada tahun 1956.
Pada tahun 1954, dia memainkan peranan sebagai gadis Bond dalam siri televisyen yang diadaptasi dari novel 'Casino Royale'.
[Yahoo News , AP]